Edisi Selatan: Ampun dosa saya
Oleh Paiman Selamat
am@hmetro.com.my
SEGAMAT: “Emak, ampunkan dosa saya dan halalkan semua makan minum serta air susu emak yang saya minum. Saya minta izin untuk tidur di atas katil emak. Saya teringin sangat hendak tidur di atas katil emak,” itulah permintaan terakhir Norizan Ismail, 46, sebelum dia menghembuskan nafas terakhir pada malam Jumaat lalu.
Allahyarham Norizan adalah mangsa jangkitan virus HIV ketika menjalani pemindahan darah di Hospital Daerah Segamat (HDS) selepas melahirkan bayinya empat tahun lalu.
Ibu kepada sembilan anak itu disahkan penghidap virus itu oleh pihak HDS pada 2002, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 11 malam, 24 Mac lalu selepas mengalami komplikasi berikutan virus merebak ke kepala, mata dan tekak.
Mangsa kecuaian HDS itu menghembus nafas terakhir selepas menderita selama empat tahun ketika menjalani rawatan di HKL.
Permintaannya dipenuhi apabila dia dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Teluk Kelubi, di sini, pada 20 Mac lalu sebelum kembali ke HKL pada 23 Mac lalu.
Ibu Allahyarham Norizan, Nafsiah Said, 65, berkata anaknya begitu beriya-iya mahu balik ke Segamat untuk berjumpa dia dan semua anak-anaknya kerana terlalu rindu selepas menjalani rawatan di HKL sejak awal bulan lalu.
“Permintaanya dikabulkan dan pihak HKL membenarkan dia bercuti. Selepas sehari tidur di rumahnya di Felda Palong Timor Satu, dia minta dihantar ke rumah saya di Kampung Teluk Kelubi.
“Ketika itu Allahyarham berkali-kali meminta ampun dan maaf serta minta dihalalkan segala makan minum termasuk minta dihalalkan air susu saya sebagai ibunya,” katanya sedih.
Agak menghairankan, kata Nafsiah apabila dia meminta izin untuk tidur di atas katil miliknya selama dua malam sambil berkali-kali merayu tidak dihantar semula ke HKL, sebaliknya meminta dirawat di HDS kerana mendakwa penyakitnya sudah tiada harapan untuk sembuh.
“Tetapi Allahyarham dihantar semula ke HKL untuk rawatan lanjut pada malam Khamis lalu bagi menjalani pembedahan tekak setelah mengadu sukar untuk menelan makanan dan meneguk air, selain matanya kabur.
“Bagaimanapun selepas sehari di HKL, Norizan meninggal dunia,” katanya.
Berita mengenai Norizan dijangkiti virus HIV selepas menerima pemindahan darah beg yang ke-11 di HDS lebih empat tahun lalu dilaporkan di muka depan akhbar ini pada 28 Disember lalu.
Pada 17 Julai 2001, Norizan menerima pindahan 11 pain darah kerana melahirkan anak ke-11 melalui pembedahan berikutan penyakit darah tinggi serta kandungannya tidak cukup bulan.
Beliau dilaporkan koma dua bulan selepas pembedahan itu dan anak yang baru dilahirkan itu meninggal dunia ketika berusia 18 hari. Sebelum itu, seorang anaknya juga meninggal dunia.
Setahun selepas pembedahan itu, pegawai unit tabung darah HDS datang ke rumahnya mengambil contoh darahnya dan suami serta anak-anak mereka untuk diuji.
Pihak hospital kemudian meminta pasangan itu datang ke hospital berkenaan dan memaklumkan beg darah ke-11 yang dipindahkan ke badannya ketika pembedahan melahirkan anak terdahulu tanpa disengajakan tercemar virus HIV.
Sementara itu suami Allahyarham, Rosli Mansor, 49, seorang peneroka Felda Palong Timor Satu, berkata ketika dirawat di HKL, isterinya amat berharap supaya segera dibedah.
“Tetapi hasratnya tidak kesampaian apabila Norizan meninggal dunia akibat virus HIV yang dihidapinya sudah merebak ke kepala, mata dan tekak.
“Sejak penyakitnya bertambah serius, Allahyarham dihantar ke HKL empat kali dan apabila hendak kembali semula ke hospital itu selepas berjumpa anak-anak serta ibunya pada Khamis lalu dia seakan-akan berat hati untuk pergi,” katanya.
Beliau berkata, Allahyarham isterinya ada memberitahu tidak mahu pergi ke HKL sebaliknya minta dihantar ke HDS dan mahu meninggal di HDS atau di rumah jika ditakdirkan.
“Tetapi saya dan keluarga terpaksa juga membawanya ke HKL kerana memikirkan dia akan menjalani pembedahan tekak pada waktu terdekat untuk membolehkan dia menelan makanan dan meneguk air.
“Tetapi rupa-rupanya, Allah lebih menyayanginya pada malam Jumaat lalu, ketika saya tiada di sisinya melainkan seorang anak perempuan saya, Norazira 18,” katanya dengan suara sebak apabila teringat pesan Allahyarham supaya menjaga sembilan anaknya dengan baik.
Rosli berkata, dia sedih kerana usaha membawa jenazah Norizan pulang ke Segamat pada awalnya menghadapi masalah kerana dia tidak mempunyai RM450 yang diminta HKL untuk kos menggunakan van jenazah.
Katanya, sehingga kira-kira lima jam selepas kematian Norizan, akhirnya dia mendapat pertolongan Pengarah HDS untuk menggunakan perkhidmatan van jenazah HDS.
Jenazah Norizan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong Timor kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu.
Ditanya hasrat Rosli dan keluarga yang sebelum ini akan mengambil tindakan undang-undang ke atas HDS kerana kecuaian memindahkan darah yang sudah dicemari virus HIV ke tubuh Allahyarham Norizan, Rosli berkata:
“Semua urusan memfailkan kes itu masih berjalan lancar dan tindakan undang-undang ke atas HDS akan tetap kami teruskan walaupun sesudah ketiadaan Norizan,” katanya.

AHP: Bukan maksud menuding jari. Fikirkan sesuatu yang positif daripada kisah ini untuk kita pelajari sesuatu dan perbaiki kelemahan.
Secara peribadi, aku berpendapat tidak perlu memanjangkannya hingga ke mahkamah. Mengapa? Di lain entry kita bercerita lagi.
Tetapi aku menghormati hak keluarga Allahyarhamah. Setiap orang mempunyai pandangan dan hak masing-masing yang perlu dihormati.
Semoga ruh Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.
Sumber: sini (p/s- ada satu lagi sambungan kisah allahyarhamah di URL tersebut)