Friday, February 04, 2011

KEHIDUPAN HARIAN SEBAGAI HIV POSITIF


Lain orang lain caranya. Ini caraku, seorang insan yang masih bertungkus lumus menerima hakikat dan cuba menghadapinya sepositif  mungkin. Aku kongsikan di sini sebagai renungan jika difikirkan sesuai bagi pesakit HIV yang lain.

1.     Rapatkan diri dengan Allah, muhasabah dan memperbaiki diri. Jaga solat dan jadikan al-Qur’an sebagai teman. Jalani kehidupan seperti biasa.
2.     Terima kenyataan. Walaupun berjuta tanda tanya berlegar di fikiran, usah terlalu memikirkannya. Cuba neutralkan segala kerungsingan dengan mengingatkan diri bahawa Allah Maha Mengetahui dan lebih ramai insan yang lebih malang di luar sana.
3.     Cuba dapatkan maklumat sebanyak mungkin dan fahami penyakit tetapi kena bijak menapis maklumat. Utamakan pandangan mereka yang terlibat di bidang perubatan.
4.     Cuba berfikir dan bertindak secara positif. Hindari stress.
5.     Menikmati masa-masa emas bersama keluarga tersayang dan elakkan perkara-perkara tertangguh dalam kehidupan. Kita tidak tahu berapa lama lagi masa yang tinggal.
6.     Ikut nasihat doctor. Bagi aku, sangat penting untuk menjaga diet dan mengawal  bacaan gula kerana aku juga seorang pengidap diabetes. Setiap pesakit kencing manis memang mempunyai masalah immunity.  
7.     Lakukan senaman ringan secara konsisten. Aku mengamalkan mengayuh basikal static (aku tak tau nama/ istilahnya yang tepat). Aku mengayuhnya selama lebih kurang 30 minit setiap hari.
8.     Mengambil supplement food bagi meningkatkan imunisasi badan.
9.     Membuat rawatan complementary tanpa meninggalkan ubatan klinik yang dibekalkan. Hati-hati dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
10. Berkongsi masalah dengan anak isteri tanpa melibatkan orang lain. (kecuali golongan senasib dan kakitangan professional di bidang perubatan)
11. Peka dengan kesihatan dan kebersihan diri. Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi serta dapatkan rawatan seawal mungkin jika mengalami apa-apa masalah kesihatan .
12.  Cuba berkongsi masalah dengan cara membantu insan lain yang senasib. Setakat ini media yang aku gunakan hanyalah melalui blog ini. Semoga ada manafaatnya kepada yang mahu mendapatkan maklumat berkaitan walau pun setelah aku ‘tiada’ nanti.

AHP : Tiada lain kecuali mesti POSITIF, POSITIF, POSITIF!