BAGAIMANA ANDA BOLEH MENDERMA DARAH
1. Anggaplah diri anda dijemput ke Pusat Darah Negara/Tabung Darah Hospital atau Klinik Mobile untuk menderma darah.
2. Daftarkan diri anda di kaunter untuk menderma darah.
3. Tekanan Darah diuji untuk mempastikan ada mempunyai tekanan darah yang normal.
4. Sedikit contoh darah anda diambil dari hujung jari untuk mengenalpasti kumpulan darah.
5. Tahap hemoglobin (kandungan protin dan zat besi haruslah melebehi 12.5 %) dikenalpasti bagi mempastikan ada layak mederma darah
6. Anda perlu mengisi borang mengenai maklumat diri anda.
7. Anda memberi kebenaran untuk menderma darah dengan menandatangani borang kebenaran.
8. Pegawai peubatan akan membuat kaunseling dengan anda untuk mengetahui latar belakang anda untuk memastikan anda adalah penderma berisiko rendah.
9. Kini anda layak untuk menderma darah
10. Sedikit ubat pelali diberikan untuk menghilangkan rasa sakit
11. Anda akan menderma darah dalam keadaan selesa dan ianya mengambil masa antara 7 ingga 10 minit.
12. Kini beg darah dermaan anda telah penuh dan anda diminta terus berbaring atas katil.
13. Sedikit darah anda akan diambil dalam dua tabung uji untuk tujuan ujian makmal.
14. Anda berbaring sambil menekan bahagian cucukan jarum sehingga darah tidak mengalir keluar.
15. Jururawat akan mempastikan bahagian lengan anda kering sebelum anda beredar dari bilik menderma darah.berehat
SELEPAS MENDERMA DARAH
1. Anda akan dijamu dengan minuman dan makanan ringan sebelum pulang.
2. Anda perlu mengambil sebiji zat besi dan folik asid setiap kali selepas makan seperti yang syorkan.
3. Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari aktiviti sukan atau senaman yang berat, membuat kerja yang menggunakan tenaga yang banyak atau menggendalikan jentera berat dalam tempoh masa 4 jam selepas menderma darah.
4. Elakkan dari minum minuman keras, merokok atau makan hingga terlalu kenyang.
5. Minum lebih banyak air dalam masa 24 jam selepas menderma darah.
6. Sekirannya anda mengalami sebarang reaksi seperti berasa pening, pitam, dapatkan bantuan orang terdekat dan terus baring dengan kedua kaki ditinggikan seketika sehingga pulih.
7. Sila hubungi pegawai perubatan dari Pusat Darah Negara atau Tabung Darah yang berdekatan untuk mendapat sebarang nasihat.
Sumber: sini
AHP: Jika anda menjalani gaya hidup yang sihat dan dikategorikan layak untuk menderma darah, dermalah darah anda. Bermula dengan setitis darah, anda mungkin telah menyelamatkan satu nyawa dan membahagiakan sebuah keluarga.