Monday, February 21, 2011

HAK PESAKIT KE ATAS REKOD PERUBATAN


Walaupun Rekod Perubatan merupakan dokumen hakmilik hospital, maklumat di dalamnya adalah mengenai pesakit dan dari segi perundangan tidak menghalang pesakit untuk membaca atau mendapatkan maklumat didalam rekod perubatannya sendiri.

Kebiasaannya pesakit memohon mendapatkan laporan perubatan yang disediakan oleh pihak hospital. Laporan perubatan dipohon dari pelbagai tujuan dan di antaranya tuntutan insuran, SOCSO, KWSP, Kes perundangan di mahkamah dan sebagainya.

Sekiranya pesakit memohon untuk mendapatkan salinan rekod perubatannya, Antara perkara yang perlu dilakukan oleh hospital ialah
1.      Permohonan rasmi kepada pengarah hospital hendaklah dibuat oleh pesakit sendiri dengan menyatakan tujuannya.

2.      Pesakit perlu dijelaskan bahawa pihak hospital tidak akan bertangggungjawab keatas apa-apa interperasi atau laporan perubatan yang dibuat oleh pihak lain berpandukan kepada maklumat yang diperolehi dari salinan rekod perubatan.

3.      Pesakit perlu datang sendiri untuk mengambil salinan rekodnya dan menandatangani borang pengesahan penerimaan salinan rekod untuk simpanan pihak hospital.

4.      Bagi mengenalpasti borang dan dokumen kepunyaan pesakit dalam rekod berkenaan, setiap muka surat borang dan dokumen hendaklah dicatitkan MRN (Nombor Rekod Perubatan) pesakit.

5.      Walaupun pesakit berhak ke atas maklumat didalam rekod perubatannya, terdapat beberapa bahagian dalam rekod perubatan yang bukan menjadi hak pesakit, contohnya maklumat yang diperoleh dari pihak ketiga yang perlu di rahsiakan dari pesakit dan pendapat atau pandangan dari intelektual doktor berdasarkan keputusan ujian yang dijalankan. Terpulang kepada pihak hospital untuk menentukan bahagian-bahagian rekod yang bukan hakmilik pesakit tidak perlu diberikan.

Sekiranya permohonan diterima daripada pesakit yang mana kesnya sedang disiasat kerana berkemungkinan berlaku "Medical Negligence", pihak hospital perlu merujuk kepada kementerian untuk mendapatkan pandangan.
Sumber: sini & sini