Thursday, February 10, 2011

PENTING DAN SERIUS/ BAHAYA PEMINDAHAN DARAH (1)


APAKAH DARAH YANG DIPINDAHKAN KEPADA PESAKIT SELAMAT?
Pihak hospital sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan terhadap darah yang digunakan untuk pemindahan. Langkah-langkah keselamatan ini ialah menjalankan kaunseling penderma, ujian saringan pada darah, ujian keserasian serta pengendalian darah yang selamat semasa pemindahan.
Oleh itu tidak ada sebab wujudnya risiko terhadap penggunaan darah setelah semua langkah-langkah keselamatan dipatuhi kecuali dalam keadaan tertentu.

MASALAH-MASALAH KESIHATAN YANG KEMUNGKINAN BOLEH WUJUD SELEPAS PEMINDAHAN DARAH
1.  Darah kemungkinan tercemar dengan kuman/virus lain
Walaupun dipastikan darah yang dipindah itu selamat digunakan, namun wujud kemungkinan darah tersebut dicemari dengan kuman/virus lain yang tidak dikenali yang boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada pesakit yang menerima darah tersebut. Ini kerana pihak hospital lebih memberi keutamaan bagi ujian-ujian mengenalpasti virus yang membahayakan iaitu Virus HIV, Hepatitis B, Hepatitis C dan Siflis.
2.  Window Period
Terdapat juga keadaan di mana penderma menderma darah dalam masa 'window period' ataupun masa pengeraman. Window Period merupakan satu tempoh masa antara waktu kuman/virus memasuki badan hingga ke waktu badan menghasilkan antibodi untuk menentang kuman/virus tersebut.

Oleh itu penderma yang baru dijangkiti kuman/virus sesuatu penyakit dan menderma darah ketika waktu window period, ujian darahnya kemungkinan besar menghasilkan keputusan negatif (kehadiran kuman/virus gagal dikesan).

Dalam keadaan tersebut, walaupun ujian darah menunjukkan darah yang didermakan itu bebas dari jangkitan kuman/virus,
risiko penderma tersebut merebakkan kuman/virus kepada penerima melalui pemindahan darah wujud. 
3.  Darah yang dipindahkan tidak sesuai dengan sistem daya tahan badan penerima
Kadang-kadang darah yang dipindahkan boleh menyebabkan penerimanya mengalami kesan sampingan walaupun ujian keserasian menunjukkan darah penderma dan darah penerima adalah serasi. Ini kerana Sistem Daya Tahan Badan (immune system) penerima tidak dapat menerima darah tersebut dan dengan itu mengakibatkan kesan sampingan selepas pemindahan darah

Sumber dan artikel penuh: sini

AHP: Adakah kita benar-benar selamat semasa pemindahan darah di hospital? Fikir-fikirkanlah…