Thursday, February 03, 2011

FAKTA-FAKTA MENARIK MENGENAI PENYAKIT AIDS


Oleh :
Dr Ahamad bin Jusoh,
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan


PENDAHULUAN

Manusia mendapat penyakit sebab dijangkiti oleh kuman yang menyebabkan penyakit. Manusia mendapat penyakit AIDS sebab dijangkiti oleh kuman yang menyebabkan penyakit AIDS iaitu HIV.

AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh kuman HIV. HIV adalah sejenis virus.

Acquired Immuno Deficiency Syndrome (AIDS) adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus (HIV).

Virus HIV digolongkan didalam kumpulan virus retrovirus. Ini bermakna virus ini sangat lemah dan tidak dapat membiak dengan sendiri.

Semua virus jenis retrovirus perlu masuk didalam sel perumah (di dalam hal kes AIDS ialah manusia) dan mencuri bahan genetik perumah berkenan untuk membiak.

Maklumat yang ada menunjukkan virus HIV mengambil masa 8 hingga 10 tahun untuk menyebabkan penyakit AIDS. Maklumat yang ada juga menunjukkan hampir semua jangkitan HIV akan berakhir dengan AIDS.

Walaupun begitu bukan semua penularan HIV menyebabkan jangkitan HIV. Ini bermakna didalam keadaan tertentu (ahli sains dan pakar perubatan masih tidak pasti apakah keadaan "tertentu" berkenaan), virus HIV masuk kedalam badan manusia tetapi tidak menyebabkan penyakit.

Laporan ada menunjukkan terdapat pesakit HIV kanak-kanak yang "sembuh" selepas 5 tahun dijangkiti HIV. Kanak-kanak berkenaan yang disahkan dijangkiti oleh kuman HIV selepas dilahirkan oleh ibunya yang juga dijangkiti HIV tidak menunjukkan tanda-tanda yang biasanya dialami oleh pesakit HIV kanak-kanak.

Pemeriksaan lanjut menunjukkan kuman HIV tidak ditemui lagi di dalam tubuh kanak-kanak berkenaan (Ref :saya akan memberikan rujukan kemudian, masa sekarang lupa!).

Laporan juga ada menunjukkan terdapat kes HIV dewasa yang telah dijangkiti selama melebihi 10 tahun tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda AIDS.

Didalam satu kes yang melibatkan seorang dewasa wanita di Afrika. Kes satu lagi melibatkan penderma darah dan penerima darahnya. Jumlah sel CD4+ (yang biasanya dijadikan petunjuk keadaan kes-kes AIDS) juga berada di dalam keadaan normal.


SEJARAH

AIDS bermula daripada akhir tahun 1970. Pada awal 1980 dimana pakar-pakar perubatan di beberapa bandar besar Amerika Syarikat telah mula menemui suatu keadaan yang ganjil. Ianya ditunjukkan oleh gejala kurang daya tahan melawan penyakit. Ia ditemui di kalangan lelaki yang dahulunya sihat.

Keadaan baru ini ditunjukkan oleh bengkak kelenjar linfa seluruh tubuh, infeksi opportunistik (selalunya radang paru-paru yang disebabkan oleh Pneumocystic carinii, mucosal candidiasis dan disseminated cytomegalovirus infection) dan Karposi sarcoma.

Pada bulan Jun 1981, penyakit ini telah menarik perhatian ramai pakar perubatan apabila Centers for Disease Control (CDC) melaporkan lima pesakit lelaki dari Los Angeles di dalam Morbidity and Mortality Weekly Report (MMWR).

Selepas itu terdapat beberapa laporan dimana penyakit yang sama ditemui di kalangan lelaki homoseksual dan penagih dadah secara suntikan. Mereka-mereka ini menunjukkan sel T limfosit yang tidak bertindak balas dengan ransangan antigen dan mitogen (Sebagai pertahan utama tubuh, sel T limfosit akan menyerang semua bahan asing yang masuk kedalam tubuh samada ianya antigen atau mitogen).

Beberapa lama selepas itu keadaan menjadi lebih jelas. Penyakit kurang daya tahan ini juga melibatkan beberapa kumpulan lain. Kumpulan berkenaan ialah pendatang dari kepulauan Haiti, pesakit hemofilia (sejenis penyakit keturunan di mana tubuh secara semula jadi memusnahkan sel darah.

Oleh itu darah perlu diberikan kepada pesakit untuk terus hidup), penerima darah dan pasangan seks atau anak-anak kumpulan ini juga didapati mengidap penyakit yang sama.

Oleh itu sehingga pada masa berkenaan kumpulan-kumpulan di bawah didapati mengidap penyakit ganjil ini:

1.      Homoseks lelaki

2.      Pendatang daripada pulau Haiti

3.      Pesakit hemofilia

4.      Penerima darah

5.      Pasangan seks pesakit ganjil berkenaan

6.      Anak pesakit ganjil tersebut

Kajian seterusnya menunjukkan, penyakit ini disebarkan atau diperolehi melalui hubungan seks dan pemindahan darah dengan orang-orang yang dijangkiti dan disyakki disebabkan oleh agen mikrob.

Memandangkan keadaan ganjil ini adalah baru dan tidak pernah dilaporkan di dalam sejarah ilmu perubatan moden, ianya di gelar Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS)

Di antara tahun 1981 hingga 1983, beberapa agen mikrob telah ditemui dan dianggap penyebab penyakit AIDS ini. Pada tahun 1983, ahli-ahli sains dari Institut Pasteur Peranchis menjumpai sejenis retrovirus yang didapati daripada pesakit asimptomatik (tidak menunjukkan tanda atau simptom) yang mengalami lymphadenopathy (bengkak kelenjar linfa) seluruh badan dan tidak diketahui asal usulnya.

Virus baru ini dinamakan LAV ( Lympadenopathy Associated Virus).
Berlainan dengan retrovirus lain, virus ini didapati membunuh sel CD4 limfosit di dalam kultur tisu. Pakar-pakar sains lain juga mengasingkan virus yang sama didalam pesakit AIDS dalam tahun 1984.

Adalah jelas selepas itu bahawa virus ini adalah agen etiologi penyakit AIDS yang semasa itu ditemui di Amerika Syarikat, Eropah dan Afrika Tengah. Virus tersebut seterusnya dinamakan Human Immunodefeciency Virus (HIV).

Pada tahun 1986, satu lagi virus ditemui yang hampir bersamaan dengan virus HIV yang ditemui pada tahun 1984. Ianya ditemui dikalangan penduduk Afrika Barat dan juga menyebabkan AIDS. Virus ini dinamakan HIV-2 dan virus yang ditemui pada tahun 1984 dinamakan HIV-1.

Sehingga sekarang AIDS didapati disebabkan oleh dua jenis virus yang hampir sama iaitu HIV-1 dan HIV-2.


 AIDS : AGEN PENYEBAB (Virus HIV-1 dan HIV-2)

Banyak hal-hal berkenaan penyakit AIDS yang masih kurang jelas. Di antaranya ialah sel apakah yang yang mula-mula diserang oleh virus HIV yang menyebabkan gejala seperti selsema di awal jangkitan?

Dibahagian manakah di dalam badan yang mula-mula diserang oleh virus ini (sel darah periferal, tisu limfa, tisu sel dendrit atau sumsung tulang)?

 Apakah sel monoklonal CD4 yang diserang oleh virus berada didalam keadaan rihat atau tidak aktif?

Apakah faktor (faktor-faktor) yang menyebabkan keadaan klinikal pesakit menjadi AIDS?

Apakah kehilangan CD4 sahaja dapat menerangkan semua keadaan ini?

Maklumat lanjut tentang virus juga menjadi masaalah kerana keadaan yang seakan-akan kelenjar limfa secara mikro sukar atau tidak boleh diadakan di dalam kelalang kultur tisu. Walaupun begitu maklumat tentang virus HIV yang ada sekarang didapati dari kultur tisu atau dikiaskan berlaku di dalam tubuh manusia dari analisa klinikal spesimen yang diperolehi dari pesakit yang seropisitif.

Virus HIV seperti retrovirus lain adalah virus RNA. Ianya memerlukan sejenis enzim yang dinamakan reverse transcriptase untuk menukar bentuk kepada DNA dan seterusnya membiak didalam sel tubuh manusia. Seperti retrovirus lain juga, virus HIV mempunyai bahan genetik group specific antigen yang dinamakan gag, polymerase (pol) dan envelope (env).

Virus HIV-1 dan virus HIV-2 dibezakan oleh sejenis bahan genetik yang menghubungan pol dan env. HIV-1 mempunyai bahan genetik vpu, sementara HIV-2 mempunyai bahan genetik vpx.

Apabila virus HIV memasukki tubuh manusia, ia menyerang sel limfosit monoklonal CD4.

Untuk menjadikan ianya berjaya hidup didalam tubuh manusia, virus ini mesti melakukan satu proses yang dinamakan replication.

Replication virus HIV hanya akan berjaya jika ianya dapat menghasilkan bahan progeni yang mengandungi:

1.     Dua salinan genon RNA 9.2 kilobase (kb) yang dirangkumi oleh ucleocapsid protin Gag.
    
2.     Enzim (pretease, reverse transcriptase-RNase, dan integrase).

3.     Membran lipoprotin luar dan kulit glikoprotin viral yang bersangkutan.


AIDS: RIWAYAT HIV SECARA IN VIVO

Sepanjang abad lalu, pengentahuan lanjut didalam virologi, biologi sel, immunologi dan biologi molekular telah menyebabkan pemahaman lebih mendalam jangkitan HIV secara klinikal.

HIV ditularkan dari seorang keseorang melalui darah dan hasil darah, cairan faraj, air mani tetapi tidak melalui hasil biologi yang telah diperoses seperti gamma globulin.

Ianya juga boleh dijangkitkan dari ibu ke anak di dalam kandungan, berkemungkinan besar semasa bersalin dan proses bersalin.

Partner studies menunjukkan individu yang dijangkitan dan mempunyai tahap daya pertahanan tubuh yang teruk serta mempunyai kadar virus didalam badan yang tinggi mempunyai kemungkinan yang lebih besar menularkan jangkitan.

Adalah dianggarkan kemungkinan jangkitan adalah 1 per 3 ke 4 untuk ibu ke anak, 1 per 100 ke 500 setiap hubungan seks secara liwat, 1 per 500 ke 1,000 untuk setiap hubungan seks lelaki-perempuan melalui faraj, 3 ke 4 per 1,000 setiap tusukan percutaneous darah yang dicemari.

Jangkitan primer virus HIV ditunjukkan dengan genjala sementara selalunya beserta dengan demam, bengkak kelanjar limfa, sakit tekak, ruam, sakit perut dan kadang-kadang genjala neulogi.

Jika pemeriksaan darah dilakukan semasa ini, partikel virus dapat dikultur dan diasingkan. Selepas itu bilangan virus di dalam tubuh berkurangkan dengan mendadak disertai oleh pembentukan antibodi kepada protin Gag dan Env. Keadaan ini selalunya berlaku didalam masa 2 hingga 4 minggu selepas gejala pertama.

Bilangan virus semasa ini boleh menjadi begitu rendah sehingga tidak dapat di asingkan dari pesakit. Jangka masa latent ini dianggarkan selama 8 hingga 10 tahun. Adalah tidak dapat dipastikan kenapakah keadaan ini berlaku tetapi teori jangkitan virus herpes diketengahkan.

Virus herpes simplex yang menyebabkan penyakit kayap juga hidup secara dormant didalam sel ganglia saraf manusia sehingga satu ketika di mana virus itu aktif dan menyebabkan penyakit. Virus herpes juga dikatakan akan berada di dalam tubuh seseorang seumur hidup apabila dijangkiti.


AIDS : PENGESANAN

Memandangkan masa inkubasi yang panjang ( 8 hingga 10 tahun ), adalah tidak praktikal menunggu tanda-tanda klinikal penyakit untuk mengesahkan seseorang itu dijangkiti kuman HIV atau tidak.

Secara teori bila seseorang dijangkiti virus HIV, kesan tindakbalas tubuh terhadap penyakit berlaku. Tindakbalas ini boleh dikesan di makmal dengan melakukan pemeriksaan darah untuk mengesan antibodi terhadap virus HIV.

Suatu teknik yang dinamakan Enzyme Link Immuno Assay (ELISA) digunakan. Pemeriksaan ini dijalankan dihampir seluruh dunia dan di semua pusat pengesanan HIV di seluruh Semenanjung Malaysia.

Teknik ini sangat sensitif. Dengan menggunakan kaedah yang betul tahapnya ialah 99.99 peratus (Bermakna kaedah ini hanya gagal mengesan 1 kes bagi setiap 10,000 pesakit yang mempunyai kuman HIV).

Satu lagi ujian yang dijalankan dan juga mengesan kehadiran antibodi dinamakan Partical Agglutination (PA) digunakan. Cara ini didapati kurang sensitif daripada ELISA tetapi lebih spesifik. Ianya digunakan sebagai ujian kedua selepas sesuatu darah pesakit disahkan mempunyai antibodi dengan ujian ELISA.

Ujian Western Blot juga menggunakan kaedah pengesan kehadiran antibodi terhadap virus HIV. Ujian Western Blot (WB) hanya dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IPP) di Malaysia. Ini kerana ujian WB memerlukan peralatan yang khusus dan keputusan hanya boleh dibaca oleh orang yang mahir sahaja.

Ujian WB pada asasnya dijalankan dengan mengesan kehadiran env protin virus HIV di dalam darah. Ujian WB digunakan sebagai ujian pengesahan kehadiran virus HIV.

Satu lagi ujian yang dijalankan ialah Polimerase Chain Reaction (PCR). Ujian ini mengesan kehadiran virus HIV dengan melihat virus berkenaan dan bukan antibodi terhadap virus seperti ketiga-tiga ujian diatas. Ujian PCR dijalankan untuk kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti HIV untuk mengesahkan kehadiran kuman HIV.

Secara umumnya seseorang pesakit akan menjalani:

1.     Ujian ELISA sebagai saringan pertama

2.     Ujian PA sebagai saringan kedua

JIKA kedua-dua ujian diatas reaktif (menunjukkan tindakbalas positif), darah baru akan diminta daripada pesakit. Ujian ELISA dan PA kali kedua akan dijalankan.

1.     Ujian WB di IPP

2.     Ujian PCR jika berumur kurang daripada 18 bulan.

Selepas doktor berpuas hati dengan semua keputusan ujian-ujian di atas, pesakit akan disahkan samada dijangkiti HIV atau TIDAK.

Memandangkan virus HIV sangat spesifik kepada manusia, ianya tidak dapat dibiakkan didalam tisu haiwan lain. Oleh itu pengesanan virus dengan menggunakan kaedah haiwan yang disuntik oleh serum pesakit yang mungkin dijangkiti virus tidak dijalankan.

Walaunpun begitu kaedah kultur tisu ada digunakan didalam penyelidikan. Sepasukan pakar dari Universiti Kyoto, Jepun dapat membiakan virus HIV di dalam monyet dengan melakukan sedikit perubahan struktur genetik virus berkenaan.


AIDS : TANDA KLINIKAL

Tanda-tanda klinikal AIDS bergantung kepada kriteria yang digunakan untuk mendiagnos AIDS.

Mengikut kriteria yang digunakan oleh Malaysia sekarang, tanda-tanda AIDS ialah:

1.     Susut berat badan melebihi 1/3 dalam masa 1 bulan.

2.     Demam berpanjangan melebihi 1 bulan

3.     Cirit birit berpanjangan melebihi 1 bulan

4.     Batuk berpanjangan melebihi 1 bulan

5.     Mendapat jangkitan kandidiasis oral

6.     Mendapat jangkitan 'Kaposi sarcoma'

7.     Mendapat jangkitan kayap yang kerap atau tidak sembuh


Sumber: sini

11 comments:

  1. cuma disini tiada ditunjukkan sekali mengenai waktu jendela untuk ujian HIV bagi semua orang. jika tak keberatan, elok AHP buat 1 artikel khas mengenai waktu jendela yang benar benar muktamad dengan mendapat rujukan dari doktor yg merawat AHP. Semoga dapat membantu ramai pembaca diluar sana nanti. (hanya skadar cadangan)

    ReplyDelete
  2. anonymous,

    t kasih atas cadangan.
    sesiapa pun boleh search maklumat tu, emel sy & sy kongsikan di blog.
    sy pun pembawa HIV biasa yg punya kekangan masa & tenaga.
    sama seperti org lain.
    scara peribadi sy tak ada masalah & fhm tentang window period.
    rasanya dah jelas maklumat tersebut melalui beberapa entry.
    mmg tak sama bagi setiap individu.
    3 bulan adalah adalah secara umum.
    macammana kita nak standardkan.

    p/s- elok anda google maklumat dgn pusat darah negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbetulkan minda dan cara berfikir , itu saja.

      Nak macammana , nak tepat mcmmana lagi. Window period sukar nak telah lainlah kalau virus itu boleh bercakap atau beritau kita , so kita ambil jalan mudah dan selamat untuk bersegera mendapat rawatan yang sepatutnya.

      Ada yang 3 bulan dan 6 bulan pun boleh. 2 minggu rasanya terlalu awal sebab virus tu baru nak masuk tadika.

      Untuk pengetahuan adik anonymous di atas , abang rasa apa yang diterangkan dalam blog ini sudah memadai.

      Delete
  3. apa ssh, dh tau berisiko buatlah ujian darah
    bincanglah dgn doktor.
    mana boleh standardkan kancil 660cc dgn civiv type r

    ReplyDelete
  4. salam, saya ada kayap sdh 2thn. dr segi fisik/kulit dah sembuh tp bhgian dalam dia msh sakit (kadang gatal dan nyeri) dokter ckp bila saya stress virus tu akan dtg balik dan aktif. dan saya tak prnh merawatnya dg obat stlh bekas luka hilang. saya hny menghindari stress shj.

    saya ingin melakukan tes HIV krn prnh buat sex rambang. tp utk menghindari false positif tes apa yg sesuai krn ada herpes?

    saya prnh demam dan batuk tp tak sampai 1bln dah sembuh. tp ada selseme tiap pagi hari. tp akan hilang bila mkn ubat. dan saya juga malas makan juga tido tak teratur shga tmbah kurus.

    tlg jwbannya. t kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat dulu ujian pastu br kita tengok false positif atau tidak..

      kenapa tidak di rawat kayap tersebut? kayap merupakan virus opurtunistik.. yg mn bertindak apabila sistem imun bdn rendah. Kayap bukan hanya di permukaan kulit .. boleh jadi di dalam organ dan salur darah... wallahualam...

      Delete
    2. tak boleh malas , kena rajin berusaha demi kebaikan dan masa depan adik.

      Delete
    3. terima kasih abang One dan abang Fareez,
      dokter ckp virus kayap tak blh mati psl tu sy fikir tak yah lah minum ubat lg slpas kulit sy normal meskipun msh rasa gatal2 dan kebas di bhgian brkenaan (lgpun ubat dia sgt mahal). dan sypun tak tahu langsung yg pnykit ini brhbngan dg HIV. tp stlh baca blog ni sy baru sedar dan trus cari matlumat. dan sy baru cuba mulakan rwtan trdisional dg suplemen minyak klpa dara yg ktnya blh bunuh smua virus trmsk virus HIV. smoga ianya betul. dan ubat tu cuma blh didptkan dg sistem mlm. stlh 3bln nnt sy akan buat tes darah.

      trm kasih krn blog ini tlah membuka minda saya.

      Delete
    4. Virus HIV tak boleh mati dik.. minyak kelapa dara hanya mampu meningkatkan sedikit sistem imun bukan mengekebalkan sistem imun. perlu fahami ilmu HIV secara positif adik moga tak terus hanyut dalam perseptif diri sendiri terutamanya dalam memahami ilmua alam ciptaan Allah yang cukup ilmunya.

      Apabila anda memulakan sesuatu ubat harus habiskan kerana bimbang bakteria tersebut mengalami kekebalan terhadap ubat tersebut jadi jika di serang lagi penyakit bakteria tersebut tidak akan mati dengan ubat yang telah anda makan.. jadi anda kena makan ubat yang lebih kuat.

      virus kayap adalah sama dengan virus demam campak.. apabila kecil kita di serang demam campak.. bila dewasa sistem imun badan kita sangat kuat jadi virus dalam keadaan pendam.. namun bila sistem imun rendah virus demam campak akan jadi kayap dan mula memasuki sistem saraf dan ini sangat bahaya..

      wallahualam..

      Delete
    5. abang one , abang one , abang nan satu gittewww...

      uhukkkk , uhukkkk..tersedak

      Delete

Sila berikan pandangan positif anda dan semoga segala perkongsian maklumat akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.