Semalam, 10 Februari 2011. Aku menerima SMS daripada Dr. Iskandar Firzada. Mesejnya begini:
“As Salam. InsyaAllah seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) akan menghubungi Tuan (melalui telefon) untuk memohon kebenaran mendapatkan maklumat berhubung masalah kesihatan Tuan. Tujuannya adalah untuk mengumpul data serta maklumat berkaitan masalah kesihatan tersebut. Segala maklumat akan dikendalikan sebagai SULIT (CONFIDENTIAL). Maklumat ini akan dapat membantu kami untuk menambah baik lagi perkhidmatan kesihatan yang kami berikan. Kerjasama pihak Tuan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, Dr. Iskandar.”
(Cute je mesej Dr. Iskandar ni, kan? Sangat gentleman, formal dan teliti. Malu pula rasanya bila aku dibahasakan sebagai “Tuan”)
Aku sebenarnya blur tentang maksud PPKP tersebut dan bidang tugas mereka. Jadi aku pun google di internet dan inilah hasil cariannya.
____________________________________________________________
Di bawah Program Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, jawatan Inspektor Kesihatan yang bermula dengan gelaran Merinyu Kesihatan, cukup penting bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini, sejak sekian lama.
Pada pertengahan tahun 1999 gelaran itu bertukar lagi kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP). Pada 2005, skim jawatan IK (PPKP) dinaik taraf kepada skim bersepadu yang membolehkan mereka berpeluang dinaikkan pangkat daripada kumpulan sokongan kepada kumpulan Profesional dan Pengurusan, seperti juga dinikmati oleh lain-lain anggota paramedik dalam kementerian..
Peranan utama PPKP dalam kesihatan awam adalah mencegah dari berlakunya kejadian penyakit berjangkit dan mengawal apabila berlaku kejadian wabak di sesuatu kawasan.
Berikut adalah unit-unit utama di bawah seliaan PPKP :
Berikut adalah unit-unit utama di bawah seliaan PPKP :
1. Unit Inspektorat dan Perundangan
2. Unit Kawalan Penyakit Berjangkit
3. Unit Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan VEKTOR
4. Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan
5. Unit Kawalan Mutu Air Minum
6. Unit BAKAS
7. Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar
8. Unit Kesihatan Am
9. Unit Kesihatan Antarabangsa
10. Unit Pendidikan Kesihatan
PPKP merupakan pegawai yang menjalankan penguatkuasaan bagi undang-undang yang berkaitan kesihatan awam.
AHP: Ooo… baru aku faham, kalau dulu-dulu mereka dipanggil Merinyu Kesihatan!
(Sebenarnya, setiap kali aku terpaksa ke mana-mana hospital atau klinik atau berurusan dengan kakitangan perubatan selain Dr. Firzada, aku rasa sangat tidak selesa. Tengok hospital pun aku resah kerana banyak perkara yang ‘melukakan’ aku semasa di sana)
(Sebenarnya, setiap kali aku terpaksa ke mana-mana hospital atau klinik atau berurusan dengan kakitangan perubatan selain Dr. Firzada, aku rasa sangat tidak selesa. Tengok hospital pun aku resah kerana banyak perkara yang ‘melukakan’ aku semasa di sana)

Beb
ReplyDeleteanggap ni sebagai ibadah beb. Ko kasi full cooperation, lepas tu maklumat diproses tu boleh bantu orang lain masa depan.
deaf-angel
ReplyDeletet kasih byk2.
betul. stuju 100%
biarpun saya cuma pelatih PPKP, tp saya berbangga dgn profesyion yg bakal saya jawat tak lama lagi. tugas PPKP memang orang taknampak, tak seperti nurses, pharmacist ataupun x-ray, tp hanya orang2 yg terpilih sahaja dpt mengenali apa maksud PPKP sebenarnya. insyaALLAH semoga anda dinaungi rahmat ALLAH SWT selamanya. :)
ReplyDeleteYukiko Yusof,
ReplyDeletet kasih & jzzkhier...
tahniah anda berbangga dgn kerjaya anda.
apapun kerja yg ikhlas akan mendapat balasan yg setimpal di sisi Allah. apatah lagi kerja membantu masyarakat spt anda.
Saya pun baru faham , hairan juga bila ada prgawai kesihatan talipon tanya pasal masalah saya dulu. Terfikir dlm hati siapalah yang buka cerita m rupanya memang ada inspektor kesihatan buat pemantauan begini.
ReplyDeleteMula prajudia juga , punya tanya merata.
Fareez Fauzi
Fareez Fauzi,
ReplyDeleteprosedur biasa kawalan penyakit berjangkit.
tapi saya dulu dia orang tak call pun...
agaknya dia orang pantau melalui blog ni, hahaha
AHP yang di kasihi
ReplyDeleteHe...he... maybe AHP telah dipantau lah tu.
Selepas 1st time saya ke Hospital unutk temujanji selang 2 minggu ada sesaorang memperkenalkan diri nak jumpa saya.
Mula2 tu geram jugak sebab benda2 peribadi ni di canang staff kat Kementerian kesihatan.
Inspektor Kesihatan tu rupanya mmg tugas nya. Kalau kita relek dan beri kerjasama tak ada apapun nk dirisaukan. Dia ada beritau saya ramai yang dia jumpa tak akan beri kerjasama ( betul ke tak tak tahu lah maybe dia nak ambil hati saya kot)
Rupa2nya tujuan mereka sekadar nak pantau supaya HIV tak direbakkan oleh pengidap pada orang lain. Dia beri nasihat dan tanya rakan sex kita. Masa tu pandai2 lah menjawabnya.
Dari sini , kita buat kesimpulan ini adalah tanggungjawab sesama manusia untuk memastikan sesuatu musibah tak merebak.Bagi saya pula , saya boleh terima dan kalau pun kita ada baby HIV jangan nak buat aniaya kasi kat orang lain pulak. Kena insaF dan jgn buat org lain menderita dgn sebab kita ,dgn ini sesuatu yang bermakna Allah akan beri kepada kita yakni KEIMANAN.
Fareez Fauzi
kenkadang tu org yg ade medic backgroud (especially nurses yg rawat HIV patient di wad)yg takut plak, walhal bukan kita nak beromen ngan dia (kawan petik ayat nurse ID masa kami berbual je yek).
ReplyDeletekalau org2 yg xde medic backgroud nak takut ngan kita, aku memang accept lar.. biasa lar..stigma masyarakat hasil dari iklan2 melebih kat tv area 90's dulu..
hehe..
ReplyDeletekalo ade penyakit bahaya or wabak ke di sesuatu tempat,
PPKP yg akn masuk dulu..yg last skali doc..
sama mcm kat kapal..PPKP yg akn masuk dulu sblm polis ke tentera ke doc ke..sape2 jelaa..
kalo nk kena tembak mmg PPKP dulu yg kena..besarnya pengorbanan nak bagi org lain selamt..cayalah PPKP.
TENGS AHP, sebab adakan Entry ni.atleast public tau ttg profesion ni.... sbb saya pun pmegang title PPKP.
ReplyDelete* to AHP : disetiap sesuatu kesulitan pasti ade kebaikan di penhujungnya ~
saye pn pemegang tittle PPKP unit HIV kan ikhwan..
DeleteBagus profesion ni, harap2 dapat la lepas temuduga nanti..
ReplyDelete