Thursday, February 10, 2011

PENDERMA DARAH YANG BERISIKO TINGGI


PENDERMA BERISIKO TINGGI YANG KEMUNGKINAN BOLEH MENGHADAPI KOMPLIKASI ATAU MASALAH KESIHATAN SEMASA ATAU SELEPAS PENDERMAAN

Penderma juga dikategorikan sebagai penderma berisiko tinggi sekiranya pendermaan darah boleh menyebabkan kemungkinan berlakunya komplikasi ataupun masalah kepada penderma darah itu sendiri semasa atau selepas pendermaan darah (contohnya: pitam, pening, sesak nafas, konvulsi).

PENDERMA-PENDERMA DALAM KATEGORI INI TERDIRI DARIPADA 2 KUMPULAN
1.     Penderma yang harus mengecualikan diri (self-exclusion)
2.     Penderma yang buat penangguhan sendiri (self-deferral)

PENDERMA KUMPULAN PERTAMA
Penderma kumpulan pertama ialah mereka yang menghidapi masalah kesihatan seperti :
  1. Penyakit Darah Tinggi
  2. Penyakit Diabetes
  3. Penyakit jantung
  4. Penyakit Sawan
  5. Penyakit Asma
  6. Penyakit TB
  7. Penyakit Kelamin
Penderma-penderma ini juga dinasihatkan untuk mengecualikan diri dari menderma darah.

PENDERMA KUMPULAN KEDUA
Penderma kumpulan kedua ialah mereka yang tidak boleh menderma untuk sementara waktu sahaja disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak mengizinkan seperti :
  1. Demam
  2. Berat badan kurang dari 45 kg
  3. Makan ubat antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma
  4. Tidur kurang dari 5 jam
  5. Telah mengambil minuman berakohol 24 jam sebelum menderma darah.
  6. Menjalani pembedahan dalam masa 6 bulan sebelum menderma darah.
  7. Mendapat rawatan gigi dalam masa 24 jam sebelum menderma darah.
  8. Mendapat vaksinasi dalam masa 3 minggu sebelum menderma darah.
  9. Menindih telinga, akupuntur , tattoo dalam masa satu tahun sebelum menderma darah.
Penderma-penderma ini dinasihatkan untuk menangguhkan niat untuk menderma darah ke suatu masa yang lain yang lebih sesuai.

DARAH - KOMPONEN DAN KEGUNAANNYA
Darah yang telah didermakan akan melalui proses pemecahan kepada beberapa komponen sebelum ianya digunakan. Ianya boleh dpecahkan kepada komponen-komponen seperti berikut :
1.     Sel Darah Merah
2.     Plasma
3.     Platelet
4.     Fresh Frozen Plasma
5.     Cryoprecipitate
6.     Cryosupernatant
7.     Factor VIII
8.     Faktor IX

SEL DARAH MERAH DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT :
1.     Thalassaemia
2.     Leukaemia (kanser)
3.     Kehilangan darah
4.     Anaemia (kekurangan darah)

PLASMA DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT :
1.     Mangsa kebakaran
2.     Kes-kes kehilangan darah

PLATELET DIGUNAKAN UNTK MERAWAT PENYAKIT :
Thrombocytopenia atau platelet dyfunction

FRESH FROZEN PLASMA DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT :
Deficiency of multiple clotting factions

CRYROPRECIPITATE DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT :
1.     VII deficiency
2.     Wilebranddisease
3.     Afibrinigenamia or dysfibrinogenemia
4.     Uremia

CRYROSUPERNATANT DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT :
1.     Kegagalan hepar (liver failure)
2.     Vit. K deficiency
3.     Warfarin overdose
4.     Liver pathology
5.     HDN
6.     Volume expander

Sumber dan artikel penuh: sini