Entry ini khas kepada mereka yang bertanya tentang CD4/CD8 dan Viral Load. Sebenarnya terdapat entries sebelum ini yang pernah memuatkan maklumat yang sama. Kali ini aku publish kembali dalam bentuk yang lebih mudah difahami.
Ada tiga unsur yang berbeza:
1. HIV, iaitu virus penyebab AIDS, yang masuk ke dalam darah, mampu menggandakan dirinya secara cepat bila seseorang dijangkiti.
2. Antibodi terhadap virus tersebut, yang terbentuk oleh sistem kekebalan tubuh secara semulajadi dapat dikesan mulai tiga minggu sehingga tiga bulan setelah seseorang dijangkiti.
3. Sel CD4, adalah bahagian penting daripada sistem kekebalan tubuh. Sel ini akan dimanipulasi oleh virus HIV untuk menggandakan dirinya yang menyebabkan kekebalan tubuh terhapus (mati) secara perlahan-lahan.
Ujian HIV adalah untuk mencari antibodi terhadap serangan virus HIV. Jika dijumpai, ujian memberikan reaksi. (reaktif). Jika tidak dijumpai antibodi terhadap virus HIV, tidak ada reaksi (non-reaktif).
Non-reaktif terjadi bukan semata-mata kerana individu tersebut tidak dijangkiti tetapi mungkin juga kerana pembawa virus masih pada peringkat awal jangkitan. (sebelum antibodi terbentuk) - masa ini disebut ‘masa pengeraman’ atau window period. Jika individu tersebut menderma darah ketika window period, kemungkinan besar virus tidak dapat dikesan.
Setelah dijangkiti, HIV mula menggandakan diri dan akibatnya jumlah virus (viral load) dalam darah semakin tinggi.
Dalam proses menggandakan diri, sel CD4 dibunuh, Akibatnya jumlah CD4 akan menurun. Ujian viral load dan ujian CD4 adalah untuk mengetahui tahap jangkitan virus HIV dalam tubuh. Kedua-dua ujian ini umumnya hanya dilakukan terhadap individu yang telah disahkan dijangkiti virus HIV.
Nisbah CD4/CD8 tidak menentukan peringkat HIV, tetapi pengiraannya bertujuan untuk menentukan adakah masanya telah sampai bagi pesakit HIV tersebut memulakan rawatan HAART. Kayu ukur ini berbeza antara satu negara dengan negara yang lain.
Selalunya apabila CD4 kurang daripada 350 barulah rawatan dimulakan. Namun ada negara yang mengambil kira faktor viral load. Sekiranya CD4 masih belum menurun hingga 350, nilai viral load yang tinggi di dalam badan akan memberi “hint” kepada doktor untuk memulakan rawatan segera sebelum sakit yang dialami bertambah teruk dan tidak dapat dikawal lagi.
Antara sumber: cyberclinics
AHP: Ingat ya, aku bukan pakar atau kakitangan KKM. Semua maklumat hasil pemahaman peribadi dan carian internet. Mohon teguran daripada pakar jika terdapat kesalahan fakta.