Friday, April 01, 2011

AKTIVITI SEKS AKU SEBAGAI SEORANG PEMBAWA HIV (The Return)


ATAS BEBERAPA RASIONAL TERTENTU SETELAH MENERIMA BEBERAPA PANDANGAN  MELALUI EMEL, AKU PAPARKAN KEMBALI ENTRY INI. TERIMA KASIH KEPADA PEMBACA YANG PRIHATIN.


Entry ini aku dedikasikan khas kepada seorang rakan yang bernama ‘Z’ dan tunangannya.

Sebenarnya sebelum ini, secara berkias aku telah kongsikan cabaran dan ranjau aktiviti seks sebagai seorang pembawa HIV untuk renungan bersama. Almaklum blog ini turut dibaca oleh anak-anakku dan generasi muda, jadi aku rasa segan juga. Walau bagaimanapun anak-anakku telah dididik bahawa hubungan intim yang halal antara suami isteri adalah satu nature dan ibadah.

Barangkali pendekatan berlapikku itu kurang jelas bagi sesetengah pembaca. Jadi atas prinsip ilmu dan atas kewajipan ingat mengingatkan, kali ini aku publish dengan cara yang lebih terbuka. Maaf jika ada bahasanya dianggap agak lucah. Ini bahasa dewasa, bahasa pendidikan. Ini bukan kisah suka-suka, ada sesuatu yang mahu aku sampaikan khususnya kepada yang mahu berkahwin dengan pembawa HIV.

Sebelum itu apa kata jika pembaca klik di sini dan sini untuk lebih memahami maksudku ini.

Pendapatku ini pendapat peribadi. Mungkin betul, mungkin tidak. Kalau nak terima, terimalah. Kalau tak, abaikan. Lain orang, lain persepsinya.

Secara jujurnya sebagai seorang lelaki, kenikmatan hubungan intim sejak aku didiagnos HIV positive merosot kira-kira 50%. Bukan itu saja, aku sebenarnya trauma untuk menikmatinya.

Kenapa?

Bayangkan aku berkahwin hampir 21 tahun dan tidak pernah memakai ‘baju hujan’ (condom) ketika melakukan hubungan intim. Kaedah pencegahan hamil yang aku amalkan hanyalah melalui cara anzal / pancut luar. Tiba-tiba hubungan tersebut dilapisi satu lapisan getah yang membataskan nikmat sentuhan antara dua kemaluan. Terasa bagaikan tiada haba kerana hakikatnya antara kulit ke kulit tidak bersentuhan. Terpenjara... 

Kadang-kadang tension punya pasal, aku melawak pada isteriku, “kalau macam ni baik abang salut je dengan plastic sampah hitam kat dapur tu…”

Itu masih ok…  

Kemudian bayangkan segala aktiviti pemanasan dan rangsangan seperti kucupan, sentuhan, belaian, sedutan, jilatan erotic dan sebagainya tidak berani aku lakukan kerana sentiasa bimbang menjangkitkan virus kepada pasangan. Kalau ada pun sekadar sentuhan yang paling minima. Lebih teruk daripada amatur!

Aku tidak mampu ‘enjoy’ dalam keadaan serba takut. Betul… ada yang berpendapat hubungan tersebut selamat kerana begitu begini tetapi aku tidak mampu mengambil risiko walau 0.1% percent sekalipun terhadap isteri-isteri yang tercinta. Ibu kepada anak-anakku.

Aku bimbang jika tanpa sedar ada ulcer atau luka di mulut atau gusiku, aku bimbang jika ada luka di jari atau di celah kuku dan aku bimbang ‘terkasar’ sehingga menyebabkan berlaku pendarahan di badan tanpa sengaja dan sebagainya. (Alah.., engkau orang-orang buat-buat tak faham maksud aku. Kadang-kadang semasa  berhubungan, tercakar, tercubit dan tergigit tidak mustahil boleh berlaku)

Aku juga bimbang jika berlaku kebocoran pada ‘baju hujan’ dan aku takut jika ada virus yang ‘terlepas’ tanpa disedari. Virus bukan boleh dilihat dengan mata kasar. Kesihatan pasangan bukan taruhan untuk nikmat yang cuma seketika. Syukur, aku redha dan rela diuji dengan virus ini asalkan keluarga aku selamat. Sekurang-kurangnya anak-anakku ada ibu dan umi untuk bermanja.

Perlahan-perlahan kekangan-kekangan tersebut membuatkan aku tertekan untuk melakukan hubungan intim. Bukan tiada tuntutan naluri tetapi kerisauan aku lebih tinggi. Akhirnya aku lebih rela memendam perasaan kecuali apabila ‘diminta’ untuk menjalankan tanggungjawab. Perasaan sendiri sudah tidak penting lagi.

Jadi cuba bayangkan jika perkara ini berlaku kepada pasangan muda dan baru belajar meneroka aktiviti seks. Nampak macam ganas tapi skill masih kurang. Lebih lajak daripada laju. Nak cuba itu nak cuba ini tapi belum apa-apa dah termuntah. Teroka sana, teroka sini dan akibatnya terbabas melanggar peraturan pencegahan kehamilan atau keselamatan.

Aku pun pernah muda. Orang muda ni kalau bulan puasa pun bukan boleh percaya sangat bila duduk berdua-duaan. Isteri masih belum habis pantang, dia dah merengek. Nampak anak menyusu, dia pun sibuk nak menyusu.

Sebab itu aku pernah bagitahu, kalau nak kahwin dengan pembawa HIV, kahwinlah tetapi kenalah betul-betul memahami dan sanggup mematuhi langkah-langkah keselamatan. Jangan lupa bahawa pasangan seks pembawa HIV merupakan golongan yang berisiko tinggi. Jangan mula-mula sahaja sanggup begitu begini kemudian perang besar.

Bayangkan jika mula-mula masalahnya cuma seorang, kemudian berjangkit kepada pasangan dan akhirnya anak-anak. Betul anak adalah anugerah Allah tapi janganlah menyesal pula menghadapi segala ujian yang berlipat kali ganda jika kita sendiri yang cuai. Mesti tetap pendirian.


AHP:  Kepada Z, anda bebas HIV dan bebas hepatitis. So, apa masalahnya Z? Selagi halal dan dibenarkan syarak, belasah je.... haha!. Jangan dilayan sangat perasaan was-was tu. Bimbang ianya bisikan syaitan yang ingin merosakkan iman. Jika betul-betul sayangkan tunang, Z mesti jadi leader, tough dan positive!