MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih,menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
BAYI/KANAK-KANAK:
1. Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
2. Menyembuh dengan segera cirit-birit.
3. Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
4. Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
WANITA:
1. Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
2. Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
3. Membantu dalam keghairahan hubungan kelamin.
LELAKI:
1. Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
2. Menguatkan tenaga batin dan melambatkan proses klimak.
PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah). Amat rugi pengidap kencing manis tidak mengambil madu dalam kehidupan harian.
UNTUK SEMUA:
1.Mengelak daripada kegemukan yang tidak terkawal.
2.Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air.
3.Memulihkan penyakit berpanjangan.
4.Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
5.Menyembuhkan penyakit dalam perut.
6.Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
7.Memulihkan batuk dan lelah.
8.Menghindarkan badan letih dan lesu.
9.Kurangkan kesakitan bila datang haid.
10.Baik untuk perempuan bersalin.
11.Membantu/menerangkan pemandangan.
IBU MENGANDUNG:
1. menghilangkan rasa mual dan loya ketika awal mengandung.
2. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
3. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
ANAK DALAM KANDUNGAN:
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
BAGI BAYI YANG BARU LAHIR:
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi daripada 'najis gagak' yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar daripada sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak bayi daripada kembung perut.
BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK:
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
CARA MENGGUNAKANNYA:
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak akan membuatkan cepat lena ketika tidur.Anak-anak yang mengamalkan madu amat jarang sekali didengari kencing malam/kencing di tempat tidur.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa. Jika mengalami luka kecil, sapu madu ke atas luka. Ianya dapat memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung daripada kuman.
10.Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain.
11.Kudis, kurap dan lain-lain penyakit kulit.
MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN:
1.Makan bersama roti / biskut.
2.Bahan membuat kuih / kek.
3.Goreng atau panggang ayam.
PERHATIAN:
1. Jangan disimpan dalam peti sejuk.
2. Elakkan daripada memakan madu bersama tembikai.
3. Elakkan daripada terkena pancaran cahaya matahari.
4. Jauhkan daripada litar elektrik.
5. Kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
Rujukan:
Madu Lebah & Penyakit HIV
Oleh: Dr. Wan Nazirah Wan Yusuf (USM)
"Human Immunodeficiency Virus" atau lebih dikenali sebagai HIV adalah sejenis virus yang menyerang manusia. Ia mula dikesan pada awal tahun 80'an di mana sebilangan "gay" mula mendapat jangkitan kuman dan kanser yang tidak memberikan tindakbalas terhadap rawatan yang diberikan. Ketika itu AIDS belum mendapat nama, tetapi jelas mereka menderita sindrom yang sama.
Pada peringkat awal jangkitan, sesetengah pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala. Pada waktu itu HIV mula membiak di dalam badan dan melemahkan sistem pertahanan badan(imuniti) pesakit. Lama kelamaan sistem pertahanan badan dilumpuhkan sepenuhnya oleh virus HIV memyebabkan badan tidak berupaya untuk mempertahankan diri dari serangan kuman-kuman lain.
Pada individu yang sihat, sistem pertahanan badan mampun menghalang jangkitan kuman dan sekiranya individu tersebut mendapat jangkitan, sistem pertahanan badan mereka dapat melawan jangkitan tersebut dan membolehkan individu tersebut sembuh.

Bagi pesakit HIV yang telah lumpuh sistem pertahanan badannya, sebarang jangkitan kuman boleh memudaratkan mereka. Inilah punca kita dapat melihat penyakit yang biasanya tidak berlaku pada individu sihat berlaku di kalangan pesakit-pesakit HIV contohnya 'kaposi sarcoma' sejenis barah kulit, 'pneumocystic carinii pneumonia' dan sebagainya. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat AIDS. Jangkamasa dari pesakit disahkan HIV positif ke peringkat AIDS bergantung kepada keadaan sistem imun pesakit.
HIV boleh dijangkiti melalui hubungan seks, perkongsian jarum suntikan yang tercemar, pemindahan darah yang mengandungi HIV dan dari ibu kepada anak di dalam kandungan.
Mengikut data statistik dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada akhir tahun 2007, jumlah mereka yang hidup dengan HIV/AIDS di seluruh dunia adalah 33.2 juta di mana 15.5 juta adalah wanita dan 2.5juta adalah kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Terdapat 7,400 jangkitan HIV setiap hari dan jumlah kematian akibat HIV/AIDS adalah sebanyak 2 juta.
Di Malaysia, HIV/AIDS mula dikesan pada tahun 1986. Dari tahun 1986 hingga 2007, terdapat 80,938 kes jangkitan HIV dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 13,635 dari mereka berada di peringkat AIDS dan kebanyakan mereka adalah lelaki, berbangsa melayu dan berada dalam lingkungan umur 20 hingga 49 tahun.

Majoriti kes yang dikesan adalah hasil dari proses saringan yang dijalankan di pusat-pusat Serenti, penjara, klinik ibu mengandung dan ujian yang dijalankan ke atas mereka yang mempunyai pasangan yang disahkan HIV positif.
Hanya segelintir sahaja mereka yang termasuk dalam golongan berisiko tinggi menjalankan ujian HIV secara sukarela. Oleh itu kadar jangkitan sebenar HIV di Malaysia dijangkakan adalah lebih tinggi dari statistik yangs sedia ada.
Sehingga kini tiada vaksin yang dapat menghalang jangkitan HIV atau ubat yang dapat menyembuhkan jangkitan HIV/AIDS. Ubat-ubatan yang sedia ada sekarang dikenali sebagai 'anti-retrovirals' hanyalah dapat mengurangkan jumlah HIV dalam badan tetapi tidak dapat menghapuskan virus tersebut secara total.

Ini dapat memanjangkan jangkahayat pesakit tetapi tidak dapat menyembuhkan pesakit tersebut. Anti retrovirals ini menpunyai kesan sampingan yang teruk sehingga sesetengah pesakit gagal mengambil ubat-ubatan tersebut secara teratur.
Justeru itu, ramai yang telah mengambil keputusan untuk menggunakan rawatan alternatif bagi merawat penyakit HIV/AIDS seperti pengambilan herba, psikoterapi dan sebagainya. Sesetengah rawatan tidak memberikan kesan dan yang lainnya membawa mudharat.
Madu Lebah terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai seperti meningkatkan sistem pertahanan badan, mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi. Pengambilan madu lebah setiap hari dapat meningkatkan 47% kepekatan vitamin C di dalam darah. Di dalam Al-Quran ada disebutkan khasiat madu lebah di dalam surah An-Nahl: ayat 68-69 yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok kayu dan juga di bangunan yang didirikan manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai)serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu (dengan itu) akan keluarkan dari badannya minuman(madu) yang berlainan warnanya yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai penyakit). Sesungguhnya yang demikian itu adalah tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir"
Pesakit HIV mungkin mendapat manfaat dengan mengambil madu setiap hari di mana madu lebah berfungsi sebagai supplemen membekalkan zat dan nutrien kepada badan serta membantu meningkatkan imuniti (sistem pertahan badan) pesakit. Sehubungan dengan itu, kami (para penyelidik) sedang mengkaji kesan pengambilan madu lebah tualang terhadap pesakit HIV dengan melihat kepada kualiti hidup mereka. Sebahagian keputusan yang didapati akan dibentangkan semasa seminar akan datang

Sumber: sini