Thursday, April 21, 2011

TINGKAHLAKU VIRUS HIV


Virus HIV adalah sejenis organism yang mengandungi protein RNA. Di dalam sistem soma yang normal, RNA atau ribonucleic acid diperlukan bagi membawa maklumat yang berkaitan dengan perkembangan sesuatu organism.

Pada kebiasaannya, RNA disintesis daripada DNA atau deoxyribonucleic acid. Tetapi keadaan ini berbeza dengan virus HIV. Virus ini sebaliknya memerlukan DNA yang diperolehi daripada proses sintesis daripada RNA bagi memperolehi maklumat genetik sesuatu organism dan ia memerlukan sejenis enzime dikenali sebagai reverse transcriptase enzyme, sejenis enzime yang diperlukan dalam proses sistesis tersebut.

Bersadarkan kepada orientasi genetik virus ini, ia telah digolongkan ke dalam kumpulan retrovirus.

Ia kemudiannya menggunakan maklumat genetik DNA ini untuk mengawal dan menguasai mobiliti dan tingkahlaku organism lain yang telah dijangkitinya.

Seterusnya, ia akan menyamar dan menyerupai organism yang telah dijangkitinya itu berdasarkan kepada maklumat genetik yang telah dicerobohnya untuk memasuki sistem darah dengan tujuan untuk melemah, menyerang dan menguasai sistem pertahanan badan seseorang itu.

Tujuan utama penyamaran oleh virus ini adalah untuk menghampiri dan menyerang sel T4 LYMPHOCYTES, sejenis sel darah putih yang juga dikenali sebagai DC4, iaitu sel yang berfungsi memusnahkan benda asing daripada memasuki dan menguasai sistem badan manusia.

Virus ini seterusnya akan memusnahkan sel-sel T berkenaan dan melumpuhkan sistem daya tahan badan seseorang.

Mereka yang telah diserang oleh virus ini mempunyai bilangan atau jumlah DC4 yang berkurangan daripada normal (WHO menetapkan bilangan sel T4 berkurangan sebanyak 20% daripada paras normal untuk diagnosis AIDS).

Keadaan ini menjadikan sistem badan tidak mempunyai bilangan sel-sel penentang yang mencukupi untuk mempertahankan sistem badan daripada diserang oleh benda asing kerana sistem daya tahan badan telah lemah dan semakin lumpuh.

Oleh yang demikian, sebarang benda asing seperti virus, bakteria, protozoa dan kulat yang memasuki badan atau yang telah sedia ada mendiami organ-organ tertentu di dalam badan yang pada asalnya tidak merbahaya, kini boleh membawa maut.

Sebagai contohnya, Pneumocystis carinii pneumonia yang disebabkan oleh aktiviti mikro organism yang telah sedia ada mendiami paru-paru. Jangkitan lain seperti Candidiasis dan Cryptococcosis, kedua-duanya berpunca daripada jangkitan kulat.

Terdapat juga jangkitan daripada protozoa yang dikenali sebagai Toxoplasmosis, yang menyerang paru-paru, organ seks dan otak, juga boleh menyebabkan kecacatan kongenital seperti kerencatan otak dan buta bagi janin dan biasanya boleh membawa maut untuk pesakit AIDS.


Sumber: sini