Sunday, April 10, 2011

KISAH BENAR: LUAHAN HATI ISTERI PEMBAWA HIV (2)

setelah bbrp bln suamiku didiagnosis hiv positive…
 
pd awalnya, ada beberapa masa, abg mmg kelihatan resah & gelisah dgn diagnosis yg diperolehi. acapkali juga abg bertanya kepadaku & kakak, apakah agaknya punca dia memperolehi virus tersebut?

ada beberapa kali, abg menyatakan kepadaku bahawa jika aku ingin 'melepaskan diri' drpd marriage kerana tidak sanggup diuji sedemikian rupa, abg sanggup. ada sekali, abg slow-talk dgn aku, ceritakan segala kemungkinan, kesukaran, keperitan, kepayahan dan segala2nya yg negatif ttg future life menjadi isteri seorang yg hiv positive.
 
aku sendiri bukanlah seorang yg highly motivated. hidupku terlalu byk bergantung kpd org lain. sebelum kawen, aku bergantung dgn parents. semasa further study, aku bergantung dgn kwn². selepas kawen, aku bergantung dgn abg & family.

walaupun begitu, sebagai seorang wife, masih menjadi tanggungjawabku utk consult & console abg. Dgn pengalaman 10 tahun sbg isteri, abg yg aku kenal mmg bukan orgnya yg boleh mperolehi virus hiv tersebut drpd perbuatan onar seperti suntikan dadah atau seks rambang. nope!!! i know him pretty well.
 
hidup yg susah atau senang - itu semua adalah state of mind. it is simply depends on how we view things, our perception. kalu nak tgk penyakit tu sbg view yg negative, hiduplah dlm resah gelisah. kalu nak hidup tenang & blissed, pandai² la view penyakit tersebut sbg positive.

alhamdulillah, aku tgk abg berjaya mewujudkan persepsi positif terhadap sakit yg dihadapinya. sesekali, yes, abg nampak sedikit resah & gelisah. itu normal, sbb abg insan biasa, no matter how great he is.
 
abg juga berusaha pelbagai ikhtiar utk 'melawan' sakitnya. complementary medicines, supplementary foods, traditional herbs. mmg confirm sakit abg x ada ubat. tapi mmg confirm abg takkan duduk diam membiarkan dirinya terus sakit tanpa sebarang usaha dan ikhtiar.
alhamdulillah, brp pun kosnya, family kami sgt memahami, because we maintain unconditional love.
 
not to say yg abg x jaga solat b4 this, no! abg sgt menjaga. tetapi selepas bbrp bulan abg didiagnosis, aku tgk abg bukan sahaja SANGAT² menjaga solat fardhunya, tetapi memastikan kami sekeluarga menjaga solat fardhu kami, malah selagi tiada halangan masa atau kekangan
kesihatan, kami dipastikan utk solat berjemaah. ayat² shifa' kami amalkan selepas setiap solat fardhu.
 
abg juga aku perhatikan sgt sering mengingati mati. "kalau abg tak ada nanti...", "jaga diri baik² bila abg dah tak ada nanti..." abg kata, abg dah ada everything yg dia nak dlm hidup - isteri, anak, keluarga bahagia, rumah, kenderaan, kerjaya, alhamdulillah. jadi, abg mmg bersedia sekiranya Allah nak jemput pergi. that is one attitude that i don't have!!!
alangkah bagusnya jika aku ada attitude sebegitu. jauh sgt level aku dgn abg...
 
abg, aku bangga dgn abg. dgn sakit yg sgt digeruni dan ditakuti, penuh dgn stigma & judgmental, abg sgt mampu menghadapinya dgn sgt kuat, sgt tenang, sgt bergaya =) aku bangga dgn abg.

tahniah, abg. aku yakin abg akan kekal positif dlm segala hal kehidupan & urusan akhirat. biar brp tahun pun lagi selepas abg didiagnosis, abg akan tetap hebat menghadapinya, malah akan mengharungi hidup dgn jauh lebih tenang bbanding org yg sihat.


AHP: Ini bukan sessi puji memuji tetapi renungan kepada pasangan HIV yang lain. Kepada para suami, bangkitlah, anda leader! Jangan aniaya anak dan isteri dengan masalah kita.