Monday, April 18, 2011

GEJALA AIDS


AIDS atau Acquired Immunodeficiency Syndrome adalah satu bentuk tanda gejala yang wujud kerana adanya jangkitan dari virus HIV atau Human Immunodeficiency Virus ke atas seseorang.

Jangkitan yang berlaku menjadikan seseorang yang dijangkiti mengalami kegagalan fungsi sistem daya tahan badan melawan sebarang agen biologikal yang memasuki badan.

Virus HIV bukanlah satu virus yang bersifat fatal. Ia bukanlah virus yang boleh membawa maut. Kebanyakan mangsa AIDS pula bukan mati kerana virus ini, tetapi mereka mati kerana sindrom AIDS, iaitu satu komplikasi tidak langsung daripada tingkahlaku virus HIV tersebut.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila kita sering mendengar ungkapan seperti ‘infecting HIV is not the end of the world atau dijangkiti HIV bukanlah bermakna hidup kita telah sampai ke penghujungnya.

Walaupun ada benarnya, satu realiti yang harus diterima ialah risiko jangkitan virus HIV akan berakhir dengan maut!!!

Sumber: sini


AHP: Entahlah kenapa, aku rasa terdapat unsur stigma dalam pendapat penulis  di bahagian yang aku ‘birukan.’ Sensitivity setiap individu adalah berbeza.  Memanglah setiap penyakit pun (terutama yang kronik) risikonya maut. Orang sihat pun mati beb..!