Langkah 1 – Fahami Punca Stress
· Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
· Cari masalah dalam diri satu persatu.
· Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.
Langkah 2 – Letakkan Keutamaan
· Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
· Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.
· Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.
Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu
· Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
· Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
· Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.
Langkah 4 – Menangis
· Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.
· Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.
· Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.
Langkah 5 – Ketawa
· Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
· Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
· Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.
Langkah 6 - Bersenam Atau Beriadah
· Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh
· Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
· Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan.
Langkah 7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit
· Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata
· Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh
· Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.
Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari
· Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
· Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
· Kebiasaannya kita akan tertawa apabila membaca semula catatan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan di dalam diari.
Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib.
· Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.
· Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.
· Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu.
Langkah 10 – Meditasi Atau Bertafakur
· Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkah laku yang telah dilakukan.
· Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan.
· Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.
Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan
· Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.
· Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung.
· Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.
Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah
· Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.
· Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
· Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.
Langkah 13 – Bersantai
· Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.
· Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan
· Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.
Langkah 14 – Ambil Mudah
· Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
· Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokan harinya.
· Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.
Langkah 15 – Mengadu Kepada Kaunselor
· Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
· Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil.
· Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.
Langkah 16 – Berurut
· Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
· Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
· Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stress.
Langkah 17 – Refleksologi Atau Akupuntur
· Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
· Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung.
· Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.
Langkah 18 – Hipnosis
· Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah.
· Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah.
· Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.
Langkah 19 – Terima Keadaan Seadanya
· Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.
· Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya.
· Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.
Langkah 20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat
· Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.
· Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
· Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.
Sumber: sini
AHP: Pandai-pandailah pilih yang sesuai ya. Bagi aku, yang paling penting jaga hubungan dengan Allah dan sesama insan. Insya-Allah bila jaga 2 perkara tersebut, segalanya beres…