Saturday, April 16, 2011

AIDS DAN KANAK-KANAK (HIV BUKAN UNTUK DIWARISI)



Di Malaysia, lebih 50% daripada mereka yang HIV positif terdiri daripada golongan yang berusia di bawah golongan umur 30 tahun. Tidak menghairankan sekiranya kita berharap bahawa kita tidak mengenali mereka yang dikategorikan dalam kumpulan ini.

Namun, 18% daripada golongan belia (18-21 tahun) dan 5% daripada pelajar sekolah menengah di negara kita pernah mempunyai pengalaman seksual dan sudah menjadi kepastian yang kita akan mengenali sekurang-kurangnya seorang yang berada pada lingkungan umur ini.

Pendidikan dikatakan sebagai alat yang paling berkesan dalam menghentikan perebakkan penyakit AIDS. Namun, kandungan pengajaran adalah tidak kurang pentingnya berbanding dengan cara kita menyampaikan mesej pengajaran kita mengenai penyakit yang merbahaya ini kepada kanak-kanak.

Ramai ibu bapa tidak suka berbincang tentang hal-hal berkenaan dengan seks kerana mereka tidak ingin menerima hakikat bahawa golongan muda telah melibatkan diri dalam aktiviti seks secara aktif. Mereka juga bimbang yang program untuk menghindar aktiviti seks, sebaliknya akan menggalakkan aktiviti seks di kalangan muda mudi (WHO, 1989a).

Pada umumnya, perasaan ingin tahu tentang seks di kalangan insan muda biasanya menimbulkan perasaan bimbang dan marah di kalangan orang dewasa.

Akibatnya, golongan muda akan diselubungi perasaan takut, malu dan bersalah. Kombinasi respon sebegini dan sifat keghairahan akan membawa kepada perasaan dan tingkah laku seks yang merbahaya dan memudaratkan.

Untuk menentang masalah perebakan AIDS, kita perlu memberi fokus kepada aspek perubahan sikap dan perwatakan setiap individu. Kita tidak boleh hanya bergantung kepda bidang perubatan bagi menyelesaikan masalah ini. Tumpuan harus diberikan kepada golongan muda bagi meningkatkan pemahaman mereka tentang risiko yang akan ditanggung dan kehidupan mereka yang mungkin berubah.

Kita perlu memujuk anak-anak kita supaya menangguh keinginan mencuba aktiviti seks. Anak-anak juga harus dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada segala eksperimen yang berkaitan dengan penggunaan dadah dan alkohol. Usaha sebegini harus digabungkan dengan informasi tentang cara-cara mengelakkan diri daripada dijangkiti virus AIDS.

Ini termasuklah pengajaran penggunaan kondom secara efektif dan betul bagi mereka yang aktif dalam aktiviti seks. Sudah menjadi lumrah bagi golongan remaja untuk memiliki sifat menentang dan cuai.

Pada masa yang sama, ia juga merupakan satu peringkat umur yang sesuai bagi golongan ini untuk mempelajari kelakuan yang sihat, terutamanya dalam soal seks dan seksualiti.

Oleh itu, tindakan menyalahkan golongan ini apabila masalah sosial melanda negara tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya strategi yang lebih berkesan ialah menjadikan mereka sebagai fokus dan menasihati mereka supaya menjalani
kehidupan yang sihat.

Sebagai hasilnya, mereka akan menjadi contoh yang baik bukan sahaja kepada rakan-rakan sebaya, tetapi juga kepada golongan dewasa. Golongan muda akan melindungi dan menyayangi diri hanya apabila menyedari dan memahami erti nilai kehidupan. Hasil daripada menyedari aktiviti ini, Kementerian Kesihatan telah melancarkan satu program remaja yang bernama ‘PROSTAR’ - Program Sihat Tanpa Aids Remaja.

KESAN AIDS TERHADAP KANAK-KANAK

AIDS kini membawa ancaman yang lebih tinggi berbanding sebelumnya kepada kanak-kanak. Di seluruh dunia, kanak-kanak di bawah umur 15 tahun mewakili 1 daripada 6 kematian yang berkaitan dengan AIDS dan 1 daripada 7 jangkitan-jangkitan HIV yang baru.

Seorang kanak-kanak di bawah umur 15 meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan AIDS setiap minit setiap hari, seorang anak muda berumur di antara 15 - 24 tahun mendapat jangkitan HIV setiap 15 saat manakala 15 juta orang kanak-kanak di seluruh dunia telah menjadi anak yatim disebabkan oleh AIDS. (Angelino AF, Treisman GJ 2001)

Di Malaysia, jangkitan-jangkitan HIV yang baru kini berganda dua kali setiap tiga tahun dengan purata 17 orang diuji HIV positif setiap hari. Daripada 74,000 orang yang telah dijangkiti di Malaysia, lebih kurang empat puluh peratus (40) daripada mereka adalah yang berumur kurang daripada 29 tahun. Jangkitan HIV daripada ibu kepada anak juga telah meningkat daripada 0.2% pada tahun 1991 kepada 1.2% pada tahun 2005.

ANTARA KESAN AIDS TERHADAP KANAK-KANAK:

1.       Tekanan psikososial 
Penyakit dan kematian kedua ibubapa telah menyebabkan tekanan psikososial yang dahsyat± yang menjadi lebih teruk disebabkan oleh stigma dan rasa malu yang berkait dengan HIV/AIDS.

2.       Kesukaran Ekonomi
Dengan kedua ibubapa tidak dapat bekerja, dan simpanan yang ada terpaksa dihabiskan untuk penjagaan, kanak-kanak mungkin terpaksa mengambil-alih tanggungjawab orang dewasa seperti menjaga ahli keluarga yang sakit dan juga mencari sumber pendapatan untuk menampung keluarga.

3.      Pendidikan dan Persekolahan 
Tekanan untuk mencari pendapatan dan menjaga kedua ibubapa dan adik-beradik yang lain boleh membawa kepada kanak-kanak ini tidak dapat selalu menghadirkan diri ke sekolah atau terpaksa berhenti daripada sekolah. Tekanan untuk meninggalkan sekolah semakin menjadi sekiranya salah seorang atau kedua ibubapa meninggal dunia.

4.      Kekurangan nutrisi dan Penyakit
Kanak-kanak, lebih-lebih lagi mereka yang yatim piatu mempunyai kebarangkalian yang lebih untuk mendapat kekurangan nutrisi atau jatuh sakit dan kurang mendapat penjagaan sekiranya mereka memerlukannya. Kemiskinan merupakan faktor penyebab utama, tetapi pembiaran dan diskriminasi oleh orang-orang dewasa di mana penjagaan kanak-kanak ini telah diberikan juga merupakan faktor-faktor utama yang lain.

5.      Kehilangan harta warisan 
Kanak-kanak yatim piatu ini juga selalnuya ditipu daripada harta warisan mereka.

6.      Ketakutan dan Pemisahan 
Kanak-kanak yang telah dipisahkan mungkin dipaksa ke tempat-tempat yang tidak dikenali dan tidak selamat.

7.      Meningkatnya Risiko terhadap jangkitan HIV 
Miskin dan tanpa kedua ibubapa untuk mendidik dan melindungi mereka, kanak-kanak yatim piatu dan kanak-kanak yang HIV/AIDS telah memberi kesan kepada kehidupan mereka terpaksa menghadapi penderaan dan risiko, termasuklah kemungkinan jangkitan HIV. Ramai yang telah dipaksa untuk melakukan kerja yang merbahaya ± termasuklah menggantikan duit dengan seks; makanan; perlindungan; dan juga tempat berlindung.

Sumber: sini


AHP: Sesungguhnya HIV bukan untuk diwarisi. Kita mampu mencegahnya. Kasihanilah mereka yang tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa.