Perkara utama yang biasanya dibangkitkan dalam permasalahan HIV dan AIDS memfokuskan kepada rawatan dan penyembuhan penyakit ini. Jumlah penduduk dunia yang dijangkiti HIV bertambah dari masa ke masa secara berterusan dan mendadak (All & Fried: 1994). Rawatan yang maju di Eropah dan Amerika Utara menunjukkan jangka hayat bagi pengidap HIV ialah dalam lingkungan 10 tahun (Mann et al,.: 1994).
Perkembangan ini diiringi dengan peningkatan kesedaran tentang kualiti hidup oleh mereka yang mengidap HIV (Friedland, Renwick & McColl: in press). Isu kualiti hidup adalah penting dan pengidap HIV positif perlu bergaul dengan masyarakat bagi memperbaiki kefungsian sistem imun mereka (Goodkin et al: 1992).
Faktor terbesar yang biasanya mempengaruhi kualiti hidup adalah seperti strategi penyelesaian dan sokongan sosial. Pengetahuan tentang hubungan antara kualiti hidup, penyelesaian dan sokongan sosial membolehkan pengidap HIV mempunyai lebih kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan intervensi pemulihan yang memfokuskan kepada nilai kualiti hidup pesakit HIV (Renwick & Friedland: 1996).
Dalam isu kualiti hidup, penghidap HIV akan berhadapan dengan masa depan yang tidak pasti. Pengidap HIV tidak tahu bila, apa dan bagaimana keadaan dan tahap kesihatan mereka pada masa akan datang. Mereka akan berhadapan dengan kemungkinan kematian yang sebenar pada usia yang muda (All & Fried: 1994).
Kehilangan berganda dan keperluan untuk penyesuaian yang sedang berlaku adalah biasa bagi penghidap HIV. Akibat daripada infeksi HIV, mereka akan kehilangan gaya hidup dan cara hidup (pekerjaan, rumah dan insurans) (Rabkin et al.: 1993).
Dalam kehidupan manusia, tekanan adalah pengalaman biasa dalam kehidupan harian. Namun, bagi mereka yang mengidap penyakit serius atau mereka yang cacat, tekanan akan memburukkan lagi keadaan mereka. Individu yang mengidap HIV akan berdepan dengan tekanan yang berganda. Sokongan sosial dapat menjadi penampan kepada kesan negatif tekanan terhadap kesihatan (Cobb: 1976), walaupun tekanan itu wujud bersama- sama penyakit kronik (DiMatteo & Hays: 1981).
Lennon et al. (1990) menyatakan sokongan sosial yang memadai menjadi pengantara kepada kesan-kesan tekanan yang mendatangkan masalah kepada individu yang mengidap HIV kerana penyakit mereka seringkali memberi kesan buruk kepada jaringan sosial dan sumber sokongan mereka. Pola sokongan yang berbeza mungkin digabungkan dengan aspek yang berbeza dalam kualiti hidup.
Contohnya kesihatan dan komponen-komponen kualiti hidup mungkin memberikan pengaruh positif berdasarkan jenis dan tahap sokongan dari menerima kepuasan dengan komponen-komponen hidup. Tedapat beberapa jenis sokongan sosial yang dikenalpasti seperti informasi, emosi dan instrumental (Friedland, Renwick & McColl, in press).
Intervensi sokongan sosial telah digunakan untuk mengurangkan tekanan dan memperbaiki kesudahan seseorang yang berdepan dengan kecacatan dan penyakit kronik. Namun, hasilnya tidak selalunya berjaya (Cwikel & Israel: 1987).
Coping merupakan sumber lain seperti sokongan sosial yang memberi kesan
positif terhadap kesihatan dan kualiti hidup. Menurut Fleishman & Fogel (1994), different coping strategies are associated with different outcomes for person with HIV.
Para pengkaji ini melaporkan positive coping behaviors adalah bergantung kepada tahap tekanan yang rendah. Folkman et al. (1993) menunjukkan individu yang boleh menangani masalah mempunyai tahap kemurungan yang rendah.Coping merupakan faktor yang bernilai dalam tujuan intervensi untuk mengekalkan dan nilai kualiti hidup.
Sumber & artikel penuh: sini
AHP: Pembawa HIV mesti bijak menyaring maklumat dan bersikap postif untuk mengurangkan tekanan. Mesti lawan segala tekanan. Semuanya ketentuan Allah. Virus HIV juga sekadar makhluk ciptaan yang Maha Pencipta!