Sunday, April 03, 2011

JAKIM TIDAK SEKAT PASANGAN HIV POSITIF BERKAHWIN


BANGI 24 Disember - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak menyekat atau menolak permohonan mana-mana pasangan yang disahkan positif HIV untuk berkahwin kerana mereka berhak berbuat demikian.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, sehingga Jun 2008, seramai 97,879 calon telah menjalani ujian saringan HIV dan daripada jumlah tersebut, seramai 46 orang didapati positif.

Beliau berkata, tujuh daripada 46 orang itu bersetuju meneruskan perkahwinan mereka.

“Kita tidak menerima tekanan daripada calon yang ingin berkahwin untuk menjalani ujian ini, malah ada antara mereka yang memilih untuk menjalani secara sukarela.

“Sekiranya positif HIV, calon berhak membuat pilihan sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau tidak dengan pasangan masing-masing, ini termasuk bagi pasangan yang bukan Islam," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1430H/2008M di sini hari ini.


Sumber: sini