Bincang tentang SEKS YANG SELAMAT dengan pasangan anda. Ini adalah penting. Pada mulanya, anda mungkin rasa segan atau susah hendak membangkitkan perkara ini. Anda perlu jujur dan berterus-terang dengan pasangan anda supaya dia memahami dan menghormati kehendak dan batasan anda.
Sediakan kondom. Adalah OK untuk merancang dan membuat persediaan untuk perhubungan seks.
Walaupun anda sudah tahu cara-cara seks yang selamat, ini tidak bermakna anda tidak akan tergoda dengan seks yang tidak selamat. Anda mungkin melakukan seks yang tidak selamat jika anda menghadapi kesukaran memakai kondom, mabuk, khayal atau terlalu ghairah. Mungkin anda tengah bercinta ataupun merasa sedih dan kesunyian. Dalam keadaan tersebut, pastikan anda mengamalkan seks yang selamat juga.
Sekiranya anda melakukan seks yang TIDAK selamat, tanya diri mengapa demikian. Belajarlah daripada kejadian itu supaya ia tidak berulang lagi. Sediakan diri untuk manghadapi situasi sedemikian.
SEKS YANG SELAMAT melindungi anda. Amalkan perhubungan seks yang sihat, kreatif dan selamat.
Sumber sini
AHP: Sebagai muslim, JAUHI zina, taubat nasuha dan ambil pengajaran.