PENGENALAN
Etika dalam kerja sosial memainkan peranan penting untuk membantu pekerja sosial menjalankan amalan profesiannya dengan baik dan berkesan. Dalam konteks ini pegangan etika yang betul boleh memandu arah kelakuan pekerja sosial dan pada masa yang sama dapat memastikan pekerja sosial benar-benar komited dan berintegriti dalam menjaga kebajikan klien. Pekerja sosial seharusnya mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang etika dan prinsip kerja sosial serta matlamat yang jelas. Ini kerana ianya mencerminkan kredibiliti pekerja sosial sebagai seorang profesional. Klien memerlukan perkhidmatan etika yang cekap daripada pekerja sosial. Oleh itu, pekerja sosial perlu bertanggungjawab dalam memenuhi tuntutan klien dan memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan profesion kerja sosial adalah perkhidmatan yang berintegriti dan terus diyakini oleh klien. Dengan adanya pengetahuan tentang etika dalam kerja sosial pekerja sosial dipercayai boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam membantu meningkatkan kefungsian dan kesejahteraan hidup klien dalam kumpulan dan ahli-ahli kumpulan yang lain.
1.1 ETIKA
Etika menurut Pojman (2002), istilah etika berasal daripada baha Latin dan Greek iaitu ethos yang mendefinisikan etika sebagai domain moraliti dan falsafah moral kerana kedua-duanya mmpunyai ciri-ciri persamaan. Pendapat ini telah disokong oleh oleh Reamer (1993), yang turut melihat etika sebagai falsafah moral ini kerana kedua-duanya menitikberatkan tentang nilai, kebaikan, prinsip-prinsip dan praktis walaupun mengunakan cara yang berbeza. Namun berlainan pula dengan Fox dan DeMarco (2001), yang telah mendefinisikan etika sebagai peraturan-peraturan atau prinsip-prinsip yang menjadi pegangan atau dinyatakan dengan jelas oleh seseorang aau kumpulan. Selain itu, etika juga didefinisikan secara umum sebagai satu pernyataan yang berurusan dengan persoalan apakah yang baik dan buruk dan apakah yang betul atau salah dalam kelakuan manusia (Moore,1903 dalam Fox dan deMarco, 2001). Menurut Aristotle mengatakan dalam etika, kita cuba untuk mencari apakah yang baik dan apakah yang patut kita buat untuk mencapai kebaikan (Fox dan DeMarzo, 2001). Etika juga menitikberatkan pekara yang asas moralnya betul atau salah dan baik atau buruk (Reamer, 1993).
Terlalu banyak definisi etika yang diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, ” kajian filosofikal terhadap moraliti”. Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai “prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesien” dan sebagai “satu standard tingkahlaku “. Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian mengenai isu-isu ’standard moral’ yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu meningkatkan integriti profesien mereka. Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya.
1.2 DILEMA
Pekerja sosial sering kali berhadapan dengan dilema etika dalam amalan profesionnya. Pekara ini berlaku kerana terdapat isu-isu etika yang jelas dan mudah untuk diselesaikan oleh pekerja sosial dan ada juga yang rumit dan kompleks untuk diselesaikan sehingga mewujudkan pertelingkahan dan salah faham tentang etika. Reamer (1995:4 dalam Kenyon, 1998) telah mendefinisikan dilema etika sebagai satu situasi apabila tugas dan obligasi profesional yang berpaksikan nilai-nilai teras, berkonflik. Apabila situasi ini wujud, pekerja sosial perlulah menentukan nilai manakah (sebagaimana dinyatakan dalam pelbagai tugas dan obligasi) akan menjadi keutamaan. Manakala menurut Kenyon (1998), pekerja sosial mestilah menyeimbangkan tugas-tugas yang berkonflik dan berkemungkinan akibat tindakan dan seterusnya memilih tindakan yang terbaik yang memberikan manafaat kepada individu yang terlibat.
1.3 KUMPULAN
Kumpulan adalah dua orang atau lebih yang mempunyai hubungan dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk menjalankan kefungsian masing-masing.
1.4 KELUARGA
Menurut Dural keluarga merupakan sekumpulan orang yang mempunyai hubungan dengan ikatan perkahwinan, adopsi, kelahiran yang bertujuan untuk meningkatkan dan mempertahankan budaya yang umum akan meningkatkan perkembangan fisik, mental, emosional dan sosial dari setiap anggota keluarga itu. Pendapat ini telah disokong oleh Bailon dan Maglaya yang menyatakan keluarga adalah sekumpulan dua orang atau lebih yang bergabung kerana hubungan darah, perkahwinan, atau adopsi, hidup dalam satu rumah tangga, yang saling berinteraksi antara satu sama lain dalam menjalankan kefungsian dan menciptakan serta mempertahankan sesuatu budaya.
2.0 CONTOH KES
Masalah Kerahsiaan antara pekerja sosial dan klien terhadap keluarga penghidap HIV/AIDS
Kebanyakkan isu-isu atau masalah-masalah dalam kumpulan dan keluarga bermula pada peringkat individu (mikro) yang melibatkan pemahaman sebab munasabab. Terdapat isu-isu yang menjadi masalah etika ini memerlukan pemahaman yang kompleks untuk memahami interaksi nilai (iaitu semua nilai, diri sendiri, terhadap perbuatan yang dilakukan, profesion dan nilai orang lain (kumpulan dan keluarga). Ini dapat di perjelaskan lagi dengan menggunakan masalah yang dihadapi oleh keluarga penghidap HIV/ AIDS sebagai contoh permasalahan kes. Kes ini di perolehi daripada buku Congress iaitu Social Work Values and Ethics yang di terbitkan pada tahun 1999, untuk menunjukkan bagaimana Model Ethic boleh di aplikasikan oleh pekerja sosial (halaman 133-137). Kes ini telah di ubahsuai mengikut konteks Malaysia bagi memudahkan pemahaman kes. Kes ini menceritakan tentang sebuah keluarga yang menghadapi masalah rumah tangga berpunca daripada masalah penagihan dadah.
Ahmad merupakan seorang bekas penagih dadah yang sudah pulih dan bebas dari pusat serenti lebih kurang enam bulan yang lalu. Ahmad telah mendapat kerja sebagai pembantu kedai dan baru mendirikan rumah tangga dengan Fatimah. Ahmad dan fatimah telah berjumpa dengan pekerja sosial yang berkerja di Agensi Perkhidmatan Keluarga kerana menghadapi konflik rumah tangga yang teruk. Pada awalnya keluarga ini tidak menghadapi masalah tetapi, setelah Ahmad berhubungan semula dengan kawan-kawan lamanya dia kembali terjebak dalam penagihan dadah. Semasa ditahan di pusat serenti, Ahmad telah menjakani pemeriksaan perubatan dan mendapati ia telah menghidap HIV positif. Pada mulanya Ahmad tidak mempercayainya dan menafikan keputusan doktor. Walaupun doktor memberikan bukti bertulis yang mengesahkan dia penghidap HIV positif. Dalam masa itu ia tidak memberitahu isterinya kerana bimbang isterinya akan meninggalkannya .Walaubagaimanapun semasa berjumpa dengan pekerja sosial ahmad mendedahkan tentang keadaannya dan meminta pekerja sosial menjaga kerahsiaan penyakitnya daripada pengetahuan isterinya. Pada masa yang sama pekerja sosial mengalami dilema sama ada ingin menjaga kerahsiaan Ahmad atau mendedahkannya kepada fatimah kerana bimbang fatimah akan di jangkiti HIV. Penyelesaian bagi dilema etika yang dihadapi oleh pekerja sosial adalah berpandukan Model Ethic oleh Congress.
3.0 MODEL PEMBUATAN KEPUTUSAN ETIKA : CONGRESS
Model pembuatan keputusan Congress ini (1999:31-33), telah memperkenalkan model ini dan dikenali sebagai model etika yang khusus untuk membantu pekerja sosial membuat keputusan etika dengan cepat dan berkesan. Menurut model ini ianya merangkumi pertimbangan tentang nilai-nilai pekerja sosial, kod etika dan juga dalam konteks kerja sosial. Butiran lanjut model ini adalah seperti yang terdapat dalam jadual di bawah.
Jadual 1.1 Model Pembuatan Keputusan Etika: Congress
1.Kaji | Kaji nilai peribadi,sosial,agensi,klien dan profesional |
2. Fikir | Fikir tentang piawai etika |
3.Hipotesis | Andaian pelbagai tindakan dan kemungkinan akibat |
4. Kenal pasti | Kenal pasti siapa yang mendapat manafaat dan siapa yang akan mendapat kemudaratan |
5. Runding | Berunding dengan penyelia dan rakan sekerja bagi menentukan tindakan yang wajar di pilih. |
Sumber: Congress, (1999)
4.0 PENYELESAIAN DILEMA ETIKA
4.1 KAJI (KAJI NILAI PERIBADI, SOSIAL, AGENSI, KLIEN DAN PROFESIONAL)
Pekerja sosial sangat berhati-hati tentang reaksinya terhadap individu yang menghidapi HIV / AIDS kerana biasanya kumpulan (Komuniti, Masyarakat dan Keluarga) termasuklah pekerja sosial yang mempunyai sikap negatif atau pandangan negatif terhadap penghidap HIV/AIDS (Ahmad). Pekerja sosial juga teringat seseorang iaitu saudaranya yang sering menimbulkan kacau bilau akibat pengaruh dadah dan telah meninggal dunia selepas menghidap penyakit tersebut. Pekerja sosial tahu agensi dia berkerja tidak mempunyai dasar secara bertulis tentang AIDS. Pekerja sosial juga tahu yang profesion kerja sosial percaya individu yang menghidap HIV/ AIDS sering distigma, disisih dan didiskriminasikan oleh kumpulan. Oleh itu, menjaga kerahsiaan klien adalah penting bagi mengelak klien daripada disisihkan oleh kumpulan. Walau bagaimanapun, pekerja sosial sedar yang dia mempunyai tanggungjawab terhadap kedua-dua kliennya, iaitu Ahmad dan Fatimah. Oleh sebab itu, sekiranya perlu, dia akan mendedahkan untuk melindungi pihak ketiga (Fatimah).
4.2 FIKIR (FIKIR TENTANG PIAWAIAN ETIKA)
Berdasarkan Kod etika NASW yang menyatakan pekerja sosial perlu menghormati hak privasi klien. Pekerja sosial tidak seharusnya mendedahkan maklumat pribadi klien melainkan ianya penting untuk memberikan perkhidmatan atau mengendalikan penilaian atau penyelidikan kerja sosial. Apabila maklumat peribadi dikongsi bersama, piawai kerahsiaan perlulah di aplikasikan . Walaubagaimanapun, pendedahan boleh dilakukan seandainya, pada penilaian profesional pekerja sosial, klien boleh mendatangkan bahaya terhadap diri sendiri dan orang lain iaitu kumpulan.
4.3 ANDAIAN (ANDAIAN TENTANG KEPELBAGAIAN TINDAKAN DAN KEMUNGKINAN AKIBAT)
Seandainya, pekerja sosial menjaga kerahsiaan Ahmad, Ahmad akan meneruskan intervensinya dengan pekerja sosial. Selain itu, dia boleh membantu Ahmad dan menyokong Ahmad untuk berhadapan dengan penyakitnya. Pekerja sosial juga boleh menggalakkan Ahmad agar memberitahu isterinya Fatimah tentang status kesihatannya tetapi, sekiranya pekerja sosial tidak mendedahkan maklumat pribadi Ahmad kepada isterinya berkemungkinan Fatimah akan di jangkiti HIV. Dalam hal ini, dia memudaratkan keadaan Fatimah serta tidak melindungi bahaya. Selain itu, pekerja sosial boleh mendedahkan status kesihatan Ahmad dan berkemungkinan Fatimah boleh menerima keaadaan Ahmad dan menyokong suaminya itu bagi meneruskan kehidupan.
4.4 KENAL PASTI (KENAL PASTI SIAPA YANG MENDAPAT MANAAFAAT DAN SIAPA YANG AKAN MENDAPAT KEMUDARATAN)
Seandainya, pekerja sosial menjaga kerahsian ini bermakna Ahmad akan mendapat manafaat kerana kerahsiaannya terjaga. Fatimah pula mendapat kemudaratan kerana tidak menyedari suaminya penghidap HIV dan mungkin di jangkiti. Kod etika NASW menitikberatkan tanggungjawab utama pekerja sosial adalah terhadap klien yang terdedah. Oleh itu, dalam kes ini Fatimah merupakan klien yang lebih terdedah kepada bahaya .Oleh itu bagi menjaga kebajikan, Fatimah lebih di utamakan dan lebih penting terhadap pekerja sosial .
4.5 BERUNDING ( BERUNDING DENGAN PENYELIA DAN RAKAN SEKERJA TENTANG TINDAKAN YANG PERLU DI PILIH)
Rakan sekerja pekerja sosial berpendapat kita perlu memanggil Fatimah dan berbingcang tentang keadaan Ahmad kerana Fatimah juga merupakan kliennya. Sementara itu rakan sekerja pekerja sosial yang lain menyatakan pekerja sosial sepatutnya menitik beratkan hal Ahmad kerana seandainya pekerja sosial mendedahkan kerahsiaan Ahmad berkemungkinan besar dia tidak akan mempercayai Pekerja sosial itu lagi dan akan menamatkan intervensinya. Keadaan Ahmad juga akan menjadi semakin buruk. Setelah mengambil kira pelbagai pandangan pekerja sosial telah membuat keputusan untuk berbincang tentang kerahsiaan dan HIV/AIDS dengan kedua-dua kliennya. Ahmad dan Fatimah ialah sepasang suami isteri, oleh itu, mereka harus di ajak berbincang bersama-sama dan pada masa itulah pekerja sosial akan menggalakkan Ahmad memberitahu isterinya tentang status kesihatanya yang telah di sahkan menghidap penyakit HIV positif.Hal ini kerana berkemungkinan besar Fatimah boleh menerima keadaan suaminya dan turut sama membantu suaminya menghadapi penyakitnya.
Dengan menggunakan Model Pembuatan Keputusan Etika Congress ini pekerja sosial dapat menyelesaikan dilema etika yang dialami oleh pekerja sosial berkaitan dengan permasalahan kerahsiaan dan HIV/AIDS secara rasional dan sistematik mengikut piawaian prinsip kerja sosial sepertimana yang di tetapkan oleh NASW.
5.0 PENUTUP
Dapat disimpulkan etika sebenarnya memainkan peranan penting dalam menbantu para profesional dan pengamal kerja sosial untuk memahami bagaimana keadaan itu berlaku. Selain itu etika dapat juga membantu pekerja sosial menstrukturkan kehidupan yang tidak bernilai harganya ini. Pengetahuan tentang etika dan dilema boleh memperbaiki amalan pekerja sosial dan pada masa yang sama memberikan panduan dan mengawal tingkahlaku mereka agar lebih beretika. Dengan adanya pengetahuan ini maka di harapkan pekerja sosial lebih prihatin terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada klien kerana klien merupakan tanggungjawab utama pekerja sosial. Kesimpulannya, pekerja sosial hendaklah memastikan kesejahteraan klien terjaga dan kebajikan klien dan kumpulannya terbela dengan memberikan perkhidmatan etika yang efektif dan efisien.
6.0 RUJUKAN
Congress, E. , 1999 . Social Work Values and Ethics : Identifying and Resolving prefessional Dillemmas . Chicago : Nelson-Hall publisshers.
Fox, R . M . dan De Marco, J.P. , 2001 . Moral Reasoving : A Philosophy Approach to Applied . Edisi ke-2 . Orlando : Harcourt, Inc .
Kenyon, P. , 1998 .What would you do? An Ethical Case Workbook for Human service profesionals . Parcific Group ( A:Brook/ Cole Publishing Company.
Pojman , L . P . , 2002 . Ethics : Doscoveving Right or Wrong . Edisi ke-4 . Belmont CA : Wadsworth.
Reamer , F.G . , 1993 . The Philosophical Foundations of Social Works. New York : Colombia University Press.
Reamer , F.G . “ The evolution of social work ethics ” dlm. Social Work 43 : 6 hlm . 488–500 , 1998 .
Sumber: sini