Monday, April 04, 2011

PRO AND CONTRA PERKAHWINAN KEPADA PEMBAWA HIV


Mari baca komen dan respon yang aku kongsikan dengan salah seorang sahabat dalam entry ini. (sila click)


As said...
baru je bincang pasal ni semalam dengan sahabat2...
just terfikir, beruntung mereka yang menghidap HIV +ve selepas perkahwinan...sekurangnya ada sesorang di sisi yang sanggup berkongsi...
berbanding penghidap hiv +ve yang belum berkahwin dan teringin berkahwin...



papepun rahmat dan kasih sayang Allah melebihi segalanya

as,
ada untung dan ada kalanya rugi as...
komen as menyebabkan sy terfikir utk membuat 1 entry berkaitan dlm waktu terdekat.

betul, rahmat dan kasih syg Allah melebihi segalanya.

kdg2 sakit ini cuma sbb. ramai pun yg sihat, 'cantik molek tertarik kau mmg the boom' tak kawin2 juga. cantik, menawan, tampan, berharta dan bergaya bukan jaminan jodoh atau bahagia. Dia yang maha mengatur segala2nya.

As said...
yes as sangat setuju :)



Apa pandangan pembaca lain? Bagi aku, ada kalanya untung dan ada kalanya rugi. Ianya banyak bergantung kepada bagaimana individu tersebut menghadapinya. Secara ringkasnya lebih kurang begini…

Bagusnya kepada pembawa HIV yang berkahwin ialah mereka mempunyai pasangan yang setia berkongsi susah senang sama ada menyokong, membantu, menjaga, merawat dan sebagainya. Sebagai pesakit, individu terbabit sangat-sangat memerlukan  sokongan emosi, berkongsi resah gelisah dan rasa dilindungi. Dalam beberapa keadaan, mereka ada kalanya sangat sensitive.

Walau bagaimanapun semua akan menjadi negative jika mereka gagal mengawal tekanan. Antara cabaran terawal pembawa HIV ialah adakah status sebagai pembawa HIV atau kesilapan silam mereka dapat diterima serta dimaafkan pasangan. Jika diterima tetapi mereka sendiri pula sentiasa meratap nasib dan mengharapkan simpati, itu silap besar. Jangan lupa bahawa kecederaan emosi sebenarnya turut ditanggung oleh seluruh anggota keluarga.  

Kalau asyik merajuk, bad mood dan negative thinking, lama-lama siapa yang tahan? Pasangan dan keluarga mereka juga turut terdedah kepada pelbagai tekanan seperti stigma, judgmental, kemungkinan didiskriminasi keluarga atau masyarakat, beban rawatan, kewangan dan lain-lain. Tanggungjawab pembawa HIV terutamanya lelaki sebagai leader dan ketua keluarga tetap besar sekalipun sakit. Keluarga anda juga memerlukan sokongan anda!

Tersilap langkah, masalah sedia ada menjadi berganda disebabkan masalah rumahtangga. Banyak kes para pembawa HIV dihalau dan dihina oleh pasangan, dilarang berjumpa anak-anak dan sebagainya. Cinta yang indah menjadi nanah. Pedih dan menderita.

Itu belum termasuk tekanan jika virus menular kepada pasangan dan zuriat. Cuba bayangkan kesannya. Boleh pupus keturunan akibat HIV! Rasa bersalah dan useless boleh membunuh mereka. Sebab itu aku cukup hormat pasangan pembawa HIV yang sabar dan setia. (sudah tentulah terutamanya isteri-isteri aku. Ayat bodek ni, hehe... )

(Ada antara pembaca blog ini yang sering berkongsi info denganku adalah isteri pembawa HIV yang sangat hebat bahkan tak jemu-jemu memberikan semangat. Bila membaca pengalaman mereka, aku jadi kuat, terharu dan kagum dengan keikhlasan serta ketabahan yang ditunjukkan)

Bagi pembawa HIV yang single atau bujang, sudah tentu mereka terasa sangat memerlukan seseorang untuk mendapatkan moral support dan lain-lain keperluan psychology. Mereka sangat-sangat sepi dalam keriuhan. Tertanya-tanya tentang masa depan. Segalanya terpaksa sendiri dan berdikari.

Positivenya pula mereka tidak tertekan dengan masalah rumahtangga atau rasa bimbang menularkan virus kepada pasangan.  Meraka bebas tekanan dalam beberapa perkara seperti soal menyara keluarga, hubungan dengan mertua atau ipar duai, risiko celaan dan ungkitan daripada pasangan dan sebagainya kecuali tekanan-tekanan umum sebagai pembawa HIV.

Conclusion?

Begitulah, ada kalanya untung, ada kalanya rugi. Yang Maha Menjaga dan Maha Memelihara hanya Allah. Perjalanan abadi kita adalah di sana. Kita terlalu gusarkan urusan dunia yang bersifat sementara sehingga terlupa bahawa sama ada keseorangan atau mempunyai keluarga, terpulang kepada bagaimana individu terbabit menghadapinya dan qadha qadar masing-masing.

Mempunyai anak yang ramai belum menjamin kita dijaga di hari tua. Belum pasti ditemani ketika memerlukan. Hidup keseorangan belum tentu kita bersendirian menghadapi segala ujian dan ketika menyahut panggilan Ilahi.  Yang penting adalah keikhlasan masing-masing dan redha dengan ujian Allah.

Hakikatnya dalam kubur, semuanya kembali kepada fitrah, hanya sendiri...

Firman Allah yang bermaksud,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”  -Surah Al-Baqarah ayat 216

AHP: Terima kasih As kerana berkongsi idea ini.  Kepada para pengunjung, Insya-Allah dalam waktu terdekat aku akan publish pula entry berkaitan dilemma  pembawa HIV yang ingin berkahwin mengikut perspective mereka. Selama ini kita hanya mendengar keluhan orang sihat yang keliru untuk berkahwin dengan pembawa HIV. Kali ini biar kita tahu apa pula pembawa HIV terpaksa lalui apabila mahu berkahwin. Baru fair and square…