Ermm… bagaimana ya? Alhamdulillah aku rasa biasa-biasa saja. Barangkali jika tidak kerana rawatan yang perlu dilalui, aku terlupa bahawa aku seorang pembawa HIV.
Menghadapi ujian Allah ini sebenarnya tidaklah sesusah mana. Mungkin juga kerana aku belum memulakan rawatan HAART tetapi entahlah, memang aku tak terasa apa-apa masalah sangat pun... Sikit-sikit masalah tu biasalah.
Ala…kan Allah dah janji, (INGAT, INI JANJI ALLAH, BUKAN KITA YANG JANJI) "Sesungguhnya dalam setiap kesusahan ada kesenangan.” (Surah Al Insyirah) jadi apalah nak dirisaukan sangat!
Ala…kan Allah dah janji, (INGAT, INI JANJI ALLAH, BUKAN KITA YANG JANJI) "Sesungguhnya dalam setiap kesusahan ada kesenangan.” (Surah Al Insyirah) jadi apalah nak dirisaukan sangat!
Dalam doa iftitah pula kita dah janji kepada Allah, ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku kerana Allah Tuhan semesta alam." Aku percaya, jika kita doa betul-betul, insya-Allah doa dimakbulkan. Doa kan senjata mukmin! Selain itu berusaha adalah wajib, selebihnya tawakkal. Mustahil Allah akan aniaya aku.
Aku malas nak sakitkan kepala mengandaikan begitu begini seolah-seolah nak mendahului kuasa Allah. Bukan boleh ubah apa-apa pun. Paranoid can kill you! Bagaimana aku mati, keluarga, stigma, judgmental dan diskriminasi, suka hati oranglah nak nilai. Yang penting, aku mesti redha dan serahkan kepada Allah.
Untuk apa sakitkan kepala kerana orang lain? Dia yang Maha Menjaga dan Memelihara. Lebih baik aku enjoy masa-masa berharga ini bersama keluarga sepuas-puasnya. Taburkan bunga ke mana saja kaki melangkah. Lagi best!
Lagipun dalam soal iman, kena bandingkan dengan mereka yang lebih beriman dan taqwa. Baru boleh upgrade diri. Kalau dalam soal harta dan penderitaan, bandingkan dengan mereka yang lebih miskin dan menderita. Barulah hati rasa tenang.
TETAPI,
Aku mengaku hatiku cepat tersentuh dan sedih apabila ada di kalangan rakan-rakan pembawa HIV atau pesakit-pesakit kronik lain bersedih, mengaku kalah dan mengeluh. Aku resah jika mereka enggan bangkit terutamanya yang sudah ada anak isteri. Jangan hukum anak isteri yang tak bersalah kerana masalah kita. Aku jadi sedih sesedihnya.
Jika sebaliknya mereka sangat tabah, aku terasa aura tesebut turut meresap dan mengalir di urat nadiku. Jadi, jangan bersedih kawan. Jangan tinggalkan aku yang memerlukanmu untuk menumpang sedikit ketabahan.
AHP: Alangkah indahnya didikan Allah… marilah doa-doakan semoga iman kita terpelihara dengan apa jua bentuk ujian-Nya yang tidak seberapa ini. Terima kasih & jazakallah khier kepada semua pihak yang menyokong, mendoakan dan membantu.