Friday, April 15, 2011

SUPPLEMENT FOOD UNTUK MENINGKATKAN DAYA IMUNISASI PEMBAWA HIV (KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT)


BAHAN AKTIF PENTING DALAM BUAH TUNJUK LANGIT

1.         FLAVONOIDS

Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti-pengoksidaan:

Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

- Mengurangkan tahap gula dalam darah
- Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
- Memperbaiki kelancaran peredaran darah
- Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
- Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
- Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

2.         SAPONINS

Saponins di dalam buah TUNJUK LANGIT dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah.

Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku.

Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax:

Fungsi-Fungsi Utama Saponins

- Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
- Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas
- Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
- Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
- Melancarkan sistem saluran pernafasan
- Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
- Memperbaiki sistem peredaran darah
- Menyah-toksid dalam badan (detoksifikasi)
- Mengelakkan kemabukan dan keracunan
- Mententeramkan fikiran dan otak
- Menghilangkan kelesuan minda
- Melambatkan proses penuaan
- Memperbaiki insomnia
- Menguatkan hati 
3.         BITTER ALKALOIDS

Di dalam buah TUNJUK LANGIT terdapat unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah TUNJUK LANGIT adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan Bitter Alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan kita berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan/pembiakkan pelbagai jenis virus dan bakteria.

Ianya secara tidak langsung  bertindak memusnahkan habitat virus dan bakteria di dalam tubuh. Bitter Alkaloids juga dapat membantu dalam pembinaan  sel-sel matang darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.


Sumber: sini