Thursday, April 14, 2011

PEMBAWA HIV MESTI BIJAK SARING MAKLUMAT


Sebagai pembawa HIV dan sentiasa mencari maklumat berkaitan, aku terdedah dengan pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber.  Ramai yang berminat untuk berkongsi maklumat tersebut tetapi bercampur baur dengan stigma, prejudice dan judgmental.

Bentuk maklumat yang songsang begini termasuklah daripada segelintir kakitangan KKM sendiri sama ada melalui blog, forum, facebook & twitter.

Perkongsian tersebut  kelihatan seperti ingin menyampaikan mesej positif menentang HIV/AIDS. Tanpa sedar mereka melemahkan semangat juang pesakit bahkan tidak menyumbang apa-apa pun kecuali menyebarkan persepsi negative.

Contohnya perkongsian-perkongsian yang bergantung kepada fakta lama, mempromosikan gambar-gambar sensasi atau ngeri mayat-mayat pesakit AIDS dan kadangkala mereka menjadikan kesengsaraan orang lain sebagai bahan lawak atau ‘daya penarik’ untuk meningkatkan traffic pelawat.

Salah satunya aku kongsikan seperti di bawah ini. Bagi mereka yang sihat, mungkinlah mereka tidak rasa apa-apa dengan entry tersebut tetapi bayangkan kesannya terhadap para pembawa HIV, keluarga dan saudara mereka.

Mari kita baca,

pengalaman aku sewaktu praktikal di hospital...
hospital apa tak perlu disebutkan tapi hospital pendalaman..

ok banyak kes yang aku jumpa...
masa start praktikal seminggu tak makan nasi loya dengan benda2 yang aku tengok kat hospital
lama2 dah biasa..dan steady B-)

(nampak mayat menggelabah jugak huhu)

paling tak dapat dilupakan tentang pesakit hiv..
pesakit hiv ni mesti diasingkan didalam bilek ISO..

hari 1st abang tu masuk dia nampak sehat masih boleh makan dan tersenyum
muka hensem badan sasa...mesti hero kampung ni..('',)
tapi hari ke hari dia makin lemah dan mula pakai pempers terbaring ja atas katil...
mulut dia pon hancur teruk sebab banyak kulat
(kuman candida albicans)
macam dalam gambar kat bawah ni...




dokter cakap abg ni dapat hiv akibat seks rambang...
ok ok ok tak heran muka hensem badan sedap2 mestilah ramai perempuan suka kan...

so esok nya aku datang la bekerja macam biasa kat wad lelaki..
tengok abg tu dah takda...aku tanya staf nurse
mana abg tu?...staf nurse cakap abg tu dah "KENA TAPAW"
maksudnye dah kena bungkus la yelah pesakit hiv kan
kena bungkus khas sebelom dikebumikan..

so?
hentikan seks rambang
jangan kongsi jarum
bla..bla..bla..

semoga rohnya dicucuri rahmat

kalau boleh biarlah kita meninggal dalam keadaan yang tenang
dan tidak dipandang serong oleh masyarakat

sayangi diri anda!!


Jadi, untuk mengelakkan rasa sakit hati, lemah semangat dan stress, pandai-pandailah menyaring maklumat. Kalau ikutkan hati memanglah sakit hati tetapi kita doakan yang baik-baik sahajalah untuk mereka. Tuhan Maha Adil. Hari ini hari kita, besok lusa siapa yang tahu...

Sumber: sini


AHP: Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada otak, pakai. Para pembawa HIV pula, janganlah sensitive sangat. Nak fikir apa orang cakap, sampai ke sudah tak ada penyelesaiaannya.