Friday, April 22, 2011

PEMINDAHAN DARAH DAN KEMUNGKINAN JANGKITAN VIRUS HIV

Apakah Tindakan Yang Diambil Sebelum Setiap Darah Dipindahkan Kepada Pesakit

Darah yang didermakan perlu dikenalpasti kumpulan, jenis dan kandungannya.

Setiap darah yang diperolehi akan menjalani ujian penentuan kumpulan darah sama ada A,B,AB,O dan ujian jenisnya sama ada rhesus negatif atau rhesus positif, sub kumpulannya dan kandungan antigen.

Ujian Saringan
Ujian saringan akan dijalankan bagi mempastikan darah yang bakal dipindahkan kepada pesakit bebas dari Virus HIV, Hepatitis B, Hepatitis C dan Siflis. Hanya darah yang bebas dari virus tersebut sahaja yang akan digunakan untuk pesakit.

Ujian Keserasian
Sekiranya seorang pesakit memerlukan darah, sedikit sampel darah (10ml.) akan diambil dari pesakit. Sampel darah pesakit ini akan dihantar ke makmal untuk menentukan keserasiannya dengan darah penderma. Kaedah ini dipanggil Ujian Keserasian.

Apakah Darah Yang Dipindahkan Kepada Pesakit Selamat.
Pihak hospital sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan terhadap darah yang digunakan untuk pemindahan. Langkah-langkah keselamatan ini ialah menjalankan kaunseling penderma, ujian saringan pada darah, ujian keserasian serta pengendalian darah yang selamat semasa pemindahan.

Oleh itu tidak ada sebab wujudnya risiko terhadap penggunaan darah setelah semua langkah-langkah keselamatan dipatuhi kecuali dalam keadaan tertentu.

Masalah-Masalah Kesihatan Yang Kemungkinan Boleh Wujud Selepas Pemindahan Darah

1.   Darah kemungkinan tercemar dengan kuman/virus lain

Walaupun dipastikan darah yang dipindah itu selamat digunakan, namun wujud kemungkinan darah tersebut dicemari dengan kuman/virus lain yang tidak dikenali yang boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada pesakit yang menerima darah tersebut. Ini kerana pihak hospital lebih memberi keutamaan bagi ujian-ujian mengenalpasti virus yang membahayakan iaitu Virus HIV, Hepatitis B, Hepatitis C dan Siflis.

2.   Window Period

Terdapat juga keadaan di mana penderma menderma darah dalam masa ‘window period’ ataupun masa pengeraman. Window Period marupakan satu tempoh masa antara waktu kuman/virus memasuki badan hingga ke waktu badan menghasilkan antibodi untuk menentang kuman/virus tersebut.


Oleh itu penderma yang baru dijangkiti kuman/virus sesuatu penyakit dan menderma darah ketika waktu window period, ujian darahnya kemungkinan besar menghasilkan keputusan negatif (kehadiran kuman/virus gagal dikesan).

Dalam keadaan tersebut, walaupun ujian darah menunjukkan darah yang didermakan itu bebas dari jangkitan kuman/virus, risiko penderma tersebut merebakkan kuman/virus kepada penerima melalui pemindahan darah wujud.

3.   Darah yang dipindahkan tidak sesuai dengan sistem daya tahan badan penerima

Kadang-kadang darah yang dipindahkan boleh menyebabkan penerimanya mengalami kesan sampingan walaupun ujian keserasian menunjukkan darah penderma dan darah penerima adalah serasi. Ini kerana Sistem Daya Tahan Badan (immune system) penerima tidak dapat menerima darah tersebut dan dengan itu mengakibatkan kesan sampingan selepas pemindahan darah.


Sumber: sini

AHP:
1.   Teringat kisah benar seorang kawan. Bertahun-tahun derma darah dan akhirnya beliau disahkan menghidap hepatitis apabila didiagnos untuk mengesan  penyakit lain. Beliau kini sering risau jika darah yang telah didermakannya itu menyebabkan jangkitan. Adakah anda percaya semua prosedur keselamatan telah dijalankan dengan betul untuk mengesan virus dalam darah penderma? Wallahu a’lam!

2.   Kalau dracula tu betul-betul wujud, agak-agak dia takut tak nak hisap darah aku? Hehehe…