Sunday, July 31, 2011

HIV – KENAPA TERGAMAK BUAT MACAM NI?

Kali ini aku kongsikan satu lagi pengalaman daripada salah seorang isteri pembawa HIV sebagai renungan bersama. Perkongsian ini beliau kongsikan dalam ruangan komen beberapa entry.

Sebelum kita dengan begitu yakin berkata “padan muka” kepada pembawa HIV, fikirkan dalam-dalam bahawa stigma, diskriminasi dan judgmental itu turut ditanggung oleh seluruh anggota keluarga mereka yang tidak bersalah.

Jika kita rasa selamat dan lebih mulia daripada mereka, tolonglah sedar bahawa kita mungkin telah menganiaya mereka dengan kejahilan dan prasangka.  Adakah itu sikap orang yang berilmu, mulia dan beragama?

Mari baca:

Melalui entry RISIKO HIV- SIASAT PASANGAN JIKA MENIMBULKAN SYAK

Salam semua.sy xde niat nk kondem cuma nk meluahkan. sbg seorg isteri n dh ada anak sy sedih dgr kaum lelaki islam ke rmh urut.ye lah nafsu mengatasi segala2 tp seronok nya cuma kejap je..tp sengsaranya sampai mati.n lepas mati, mungkin anak dan isteri pulak yg menanggung sengsara..kesian lah kpd ibu kita, bakal isteri dan anak2. pd yg blum bkahwin cpt2 bt ujian.xmahal pun rm25 kat BP lab buka isnin-ahad.jd bila2 pun blh pegi.keputusan 3hr bkerja. jgn tggu dh nk kawin br nk bt test. itu lg akan mengeruhkan keadaan. mn nk pikir family,jemputan yg dijemput, brg2 yg dh ditempah,bakal isteri lg...jadi fikir secara waras dn rasionalnya sblum pilih nafsu. -sy melaluinya..-


Melalui entry BAGAIMANA PROSEDUR UJIAN HIV DIJALANKAN?


Terdapat 3 komen beliau:

 
1.   Salam AHP. sy br je terjumpa blog ni.itu pn kebetulan, it started when i want to find out some info on hiv test for my baby.bagus blog ni...byk info,pengajaran yg blh dibaca oleh org lain yg sebenarnya pun menghadapi masalah yg sama, jugak kpd yg xmelaluinya. sy isteri kpd suami hiv+..sejak kawin sehingga mengandung dah jadi rutin sy akan bt test di bp lab.biasanya sy akan bt 3-6 bln sekali.kali terakhir ujian sy sblm sy bersalin.utk pengetahuan AHP sy tiada hiv, utk sy mgandung bukannya senang. sy bt solat hajat dan baca quran sebelum dan setelah didapati hamil.alhamdulillah sy tiada hiv setakat ujian terakhir sblm bersalin.masalah sy sekarang, sy nk bawa baby sy utk ujian tp sy xsanggup nk pegi ke klinik kerajaan sbb sy dan suami dh melaluinya sms kami bt ujian utk kawin. dan sy jugak xsanggup nk bawa anak ke bp lab sbb di bp lab dia mengambil darah kita sehingga 1 tiub tabung. x seperti di klinik kerajaan di mana mereka mgunakan screen test kit dgn jarum yg halus dan hanya ambil setitik 2 darah saja, mcm bt ujian sblm kawin.so sy nk dptkan pandangan AHP atau yg lain, di mn tpt yg sesuai utk sy bt ujian utk anak sy.sy tau test kit for hiv sekarang ni pun dah blh beli secara online (rm45)tp sy xberani nk bt sendiri utk anak. -sy melaluinya..-

2.   Anonymous said...
      Maaf, saya kurang maklumat tentang hiv, diharap dapat membantu.

      Jika seseorang didapati positif hiv, bolehkah dia hidup macam biasa? Tidakkah ianya merbahaya, takut berjangkit kepada orang lain?

      Terima kasih.

      July 25, 2011 12:46 PM

       saudara,xperlu takut dgn org hiv,hidup kita dgn dia sama je mcm dgn org lain.ILMU KENE BANYAK.itu yg blh sy katakan. xde ilmu pengetahuan mmg tak blh hidup. jgn kita sisihkan diorg.mmg dioarg dh bt salah but past is past.penting ukt kita tau mcm mn nk protect ourself and for him not to spread the virus. mcm mn nak lindung diri sndr dan pesakit xsebarkan virusnya.- sy melaluinya..-

3.   syukur alhamdulillah.akhirnya...!sy dah jumpa tempat yg betul utk bkongsi masalah dan panduan.sedih and happy bercampur baur..sampai menangis sy. trima kasih ye AHP sbb memahami..

      sebenarnya suami sy x pernah terima HAART atau apa sje treatment dr doktor.screen test pertama kami (2bln seblm nikah) di KK AU2 pd 2009.slps tu suami ada bt blood test to see cd4 count. klau xsalah ms tu cd4 nya 800 lebih dkt 900.waktu tu doktor masih lg rasa tak perlu lg utk mengambil sebarang ubat sehingga temujanji utk ujian darah yg kedua.(dr salmah ni byk membantu emosi sy dan suami).kemudian doktor di KK AU2 tu transfer ke tpt lain dan suami disuruh sujuk ke Selayang.tp sampai sekarang suami sy xpenah pegi dan dptkan apa2 ujian,nasihat,atau treatment.sy akan berusha lg utk pujuk suami.sy faham suami masih lg tak percaya yg dia hiv+.mungkin sy yg patut bt temujanji tu utk dia dan pegi sama2..??

      panduan kpp pembaca lain.klau ada yg btanya pendapat dgn sy sekarang ini,berkenaan utk pregnant,sy akan kata dont proceed.byk benda yg kita kene baca,research,pikir, tempuh dan plan betul2.utk pengetahuan,sy kene menghitung waktu subur setepat yg blh utk mengandung supaya cubaan pertama tu akan terus berjaya!kerana kami sedar yg kami tak blh expose kan diri dgn hubungan suami isteri yg xselamat.

      sampai hr ni, keluarga dan rakan2 sy xtau perkara sebenar.ini lah rahsia kami 3 beranak..

      wassalam. sharing is caring! -sy melaluinya..-

AHP: Jika para pembaca membaca dengan teliti komen beliau, para pembaca akan dapati suami beliau telah disahkan HIV positif tetapi enggan mendapatkan rawatan dan sanggup mendedahkan risiko jangkitan kepada pasangan dan zuriat. Kenapa sampai begitu sekali tergamaknya hati?

Sebenarnya setiap kali berdepan dengan kes seperti beliau, aku sangat-sangat sedih dan terkilan. Sedih dan terkilan dengan sikap mana-mana suami  HIV positif yang sepatutnya menjadi khalifah dalam rumahtangga dan bertanggungjawab terhadap keselamatan pasangan dan anak-anak.

Tidak cukupkah lagi pengorbanan mereka selama ini sebagai bukti kasih sayang mereka terhadap kita. Kalau kita dapati isteri atau bakal isteri ada HIV, silap-silap awal-awal lagi dah angkat kaki. Apatah lagi untuk mengandung. (a’ah ek, memanglah lelaki tak boleh mengandung, hehehe…)

Semakin dinafikan kita mempunyai HIV, semakin besar pembohongan kita kepada diri sendiri. Semakin mudah iblis syaitan memesongkan hati kita dan semakin kita meletakkan pasangan dan masa depan anak-anak dalam risiko.

Secara peribadi aku berpendapat adalah sangat tidak adil meletakkan ego dan kepentingan diri lebih utama daripada kebajikan keluarga.

HIV bukanlah sebahaya manapun jika kita memahaminya. Ianya didikan dan  tanda kasih sayang Allah. Kenapa tergamak aniaya anak isteri? Berani buat, beranilah tanggung. Takkan dengan sedikit ujian atau kena kritik sikit terus lari menonong, bersedih pilu macam cerita hindi. Patutnya bersyukur apabila diberi peringatan. Arrgh.. boringlah dengan si lembik dan pengecut!

Dan aku sebenarnya sangat tidak faham kenapa pembawa HIV sendiri takut sangat dengan HIV, HAART dan sebagainya sedangkan merekalah yang sepatutnya menyedarkan masyarakat memahami hiv dan mencegahnya dengan cara yang betul. Semua orang matilah bro… rasional sikit! Macamlah orang lain tak mati-mati.

Berdasarkan maklumat (u.p: rekod lama) yang beliau kongsikan juga, suami beliau memang belum sampai ke tahap perlu menjalani rawatan HAART tetapi pemantauan secara tetap dan berkala sangat penting. Jangan sampai terlambat. Ini bukan soal main-main.

Jika sampai ke tahap perlukan HAART, risiko jangkitan terhadap pasangan dan baby boleh dikatakan sifar tetapi seks selamat tetap sangat-sangat  diperlukan. Bayangkan betapa tulusnya kasih sayang isteri rela merisikokan diri. Kau masih mampu sedap-sedap je bro?

Nasihatkan aku kepada beliau, jika suami masih enggan mendapatkan rawatan, beliau berhak melindungi diri beliau dan bayi. Kalau semuanya ada HIV nanti, siapa nak jaga baby?

Kalau suami beliau betul-betul sayangkan beliau, suami  sepatutnya lebih alert. Bukan minta apa-apa, minta pergi dapatkan rawatan untuk diri sendiri je pun…

Kalau pergi mdapatkan rawatan untuk diri sendiripun tak mahu, susahlah. Basic pun tak clear! Kalau aku, menyentuh isteripun aku tak sanggup jika ianya mendatangkan merisikokan jangkitan. Kalau ada yang sanggup tu, aku memang pelik. Dah usaha tapi berlaku juga, itu takdir. Usaha dulu baru tawakkal. Bukan main terjah je…

Pandangan aku ini bukan bermakna aku mengapi-apikan atau marah kepada sesiapa. Aku cuma kecewa sebab ianya memalukan aku dan pembawa HIV yang hebat-hebat di luar sana. Aku mahu para pembawa HIV yang lain berfikir dengan rasional, terutamanya para suami. Ianya tidak sepatutnya terjadi.

Maaf atas segala kekasaran bahasa.

Saturday, July 30, 2011

AL FATIHAH UNTUK MOHD ASHRAF HAFIZ ABDUL AZIZ. ALLAH LEBIH MEYAYANGIMU.




Masih ingat dengan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz? Jika kurang pasti sila klik sini dan sini. Kini Allah telah menjemput beliau kembali untuk selama-lamanya.


KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.



AHP: Innalillahi wainna ilahi roji’uun... Semoga allahyarham ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Hanya penilaian Allah yang Maha Adil. Jangan sesekali menghukum dan membuat andaian.


PANDANGAN BEBERAPA AGAMA TENTANG ZINA


Apa kata agama tentang zina?
Dalam artikel kali ini, saya ingin ketengahkan hal-hal berkaitan zina dari perspektif yang sedikit ilmiah, yang mana saya cenderung untuk berkongsi pandangan beberapa agama mengenai zina. Terlebih dahulu, pohon maaf saya pinta andai perkongsian saya ini akan menimbulkan sedikit rasa sensitif bagi sesetengah pihak. Namun, saya harap kita dapat bersikap positif dalam hal ini. Dengan komitmen kita untuk memastikan gejala zina ini benar-benar dapat dibanteras seluruhnya, sedikit ilmu mengenainya elok juga menjadi bekalan kita.
Saya mulakan perbincangan ini dengan meninjau pandangan Islam tentang zina. Ulama-ulama silam pernah memberikan beberapa definisi mengenai zina. Antara yang telah saya temui ialah pandangan daripada al-Qarafi, al-Kasani dan al-Shirazi, melalui pembacaan saya dalam buku "Jinayah Dalam Islam - Satu Kajian Ilmiah Mengenai Hukum-hukum Hudud" hasil karya Dr Mahfodz Mohamad.
Bagi al-Qarafi dalam kitabnya "al-Dakhira", zina ialah pencabulan kemaluan perempuan yang diharamkan melalui wati (memasukkan hasyafah* dan menenggelamkannya ke dalam faraj) yang haram pada bukan milik dan bukan milik yang kesamaran. Kata al-Kasani dalam bukunya "Badai' al-Sanai'" pula, beliau mendefinisikan zina sebagai nama bagi wati yang diharamkan ke dalam kemaluan perempuan yang masih hidup, dengan kerelaannya, dilakukan dalam dar al-'adil yang iltizam dengan hukum-hukum Islam dan yang sunyi daripada milik dan milik yang samar-samar dan daripada hak milik serta daripada nikah yang sebenarnya dan nikah yang samar-samar.
(*Hasyafah - bahagian kepada zakar)
Al-Syirazi pula menukilkan dalam bukunya "al-Muhazhzhab", zina ialah seorang lelaki daripada penduduk negara Islam yang melakukan wati ke atas perempuan yang diharamkan ke atasnya dengan tidak melalui akad atau akad yang kesamaran dan tidak milik atau milik yang kesamaran dan lelaki itu berakal lagi baligh dan tidak dipaksa serta mengetahui hukum zina.
Daripada definisi-definisi tersebut, Dr Mahfodz Mohamad dalam buku beliau tersebut telah menyimpulkan bahawa bolehlah dikatakan, zina ialah:
1. Perbuatan wati yang diharamkan;
2. Dilakukan dengan sengaja; dan
3. Dilakukan oleh orang yang cukup syarat sebagai mukallaf.
Maka, ketiga-tiga perkara di atas ini telah dipersetujui oleh kebanyakan ulama sebagai rukun-rukun bagi kesalahan zina. Oh, zina pun ada rukun-rukunnya juga. Ini ilmu baru buat saya, dan mungkin juga anda. Selama ini pun yang kita tahu hanya rukun iman, rukun Islam, rukun solat, rukun puasa dan rukun haji sahaja.
Apa pula kata al-Quran tentang zina? Ada beberapa ayat Allah yang relevan dengan hal zina ini. Antaranya ialah firman Allah:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji (fahisyah) dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
(Al-Israk: 32)
Di sini Allah menjelaskan tentang kejinya zina, yang mana perkataan “fahisyah” bermakna perbuatan keji atau kotor yang sudah mencapai tingkat yang tinggi dan diakui kekejiannya oleh setiap orang yang berakal, bahkan oleh sebahagian banyak binatang. Dalam hal ini, Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya menyebutkan, daripada Amru bin Maimun al-Audi, beliau berkata, “Aku pernah melihat – pada masa jahiliah – seekor kera jantan yang berzina dengan seekor kera betina, lalu datanglah kawanan kera mengerumuni mereka berdua dan melempari keduanya sampai mati.” Dalam ayat tersebut juga Allah mengisytiharkan bahawa zina adalah seburuk-buruk jalan, ia adalah jalan kebinasaan, kehancuran dan kehinaan di dunia serta menempa seksaan dan azab di akhirat.
Zina adalah perbuatan terkutuk dan tergolong dalam dosa-dosa besar. Di samping itu, perbuatan zina ini boleh menyebabkan perbuatan dosa besar lain oleh si pelakunya, misalnya pembunuhan. Hal ini berlaku apabila wanita yang mengandungkan anak hasil perbuatan zina berusaha menggugurkan anak dalam kandungan. Jika gagal berbuat demikian, bayi yang dilahirkan akan dibuang di merata-rata tempat seperti tempat pembuangan sampah, dalam tandas awam, di tepi longkang dan ada kalanya ditinggalkan di kawasan masjid, yang mana tindakan sedemikian boleh menjadi penyebab kepada kematian bayi tersebut.
Mengenai hal ini, perhatikan firman Allah berikut yang merupakan ayat selepas ayat mengenai zina tadi:
"Dan janganlah kamu membunuh diri seorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau-lampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan."
(Al-Israk: 33)
Daripada kedua-dua ayat yang berturutan ini, jelaslah akan kaitannya antara jenayah zina dan pembunuhan. Ia bagaikan isi dengan kuku.
Mari kita perhatikan pula firman Allah berikut:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan (sebahagian) daripada pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
(An-Nur: 30)
Ayat ini menegaskan bahawa orang-orang lelaki yang beriman wajib menahan pandangan mata mereka daripada memandang kepada wanita yang bukan mahram. Zina mata membawa kepada zina hati, yang mana membawa pula kepada zina anggota dan ini akan menyebabkan kemurkaan dan laknat Allah. Walau bagaimanapun, pandangan yang tidak disengajakan adalah dimaafkan tetapi tidak boleh diulangi. Manakala pandangan kerana suatu hajat atau darurat dari segi syariat adalah diharuskan, seperti untuk meminang atau mengubati.
Manakala bagi kaum wanita, renungilah firman Allah ini:
"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada perempuan-perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan (sebahagian) daripada pandangan mereka (daripada memandang lelaki yang ajnabi) dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung (khumur) ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu mencapai falah, yakni mendapat keuntungan, kemenangan atau kebahgiaan yang hakiki."
(An-Nur: 31)
Sememangnya Islam amat menitikberatkan kesejahteraan hidup manusia dengan ikatan pernikahan yang sah. Perbuatan zina amat dilarang keras oleh Islam kerana perbuatan ini adalah jenayah yang banyak menimbulkan masalah kepada masyarakat dan negara. Berleluasanya zina akan menyebabkan masyarakatnya menjadi porak-peranda dan berpecah-belah, merosakkan keturunan, membawa bermacam-macam penyakit, merosakkan kesihatan rohani dan jasmani, menghilangkan ketenangan dan mencemarkan kesucian Islam, bahkan boleh menjadi penyebab kepada turunnya bala daripada Allah.
Kita tinjau pula secara ringkas apa kata agama lain tentang zina. Bagi agama Buddha, zina jelas menjadi suatu amalan yang dilarang untuk dilakukan oleh penganutnya. Hal ini terkandung dalam lima larangan dalam agama Buddha iaitu jangan membunuh, jangan berzina, jangan berbohong, jangan mencuri dan jangan meminum arak. Perkara-perkara ini ada disebut dalam Sutta Nipata 815, Dhammapada 309-10 dan Sutta Nipata 123.
Jika dilihat pula dalam adat tradisi masyarakat Cina zaman dahulu, hukuman ke atas mereka yang berzina ini amat berat. Penzina-penzina ini akan dimasukkan ke dalam bekas atau raga babi dan dicampakkan ke dalam sungai.
Begitu juga larangan dalam agama Kristian. Agama tersebut mengharamkan zina kepada penganutnya, sepertimana yang disebut dalam Bible, 1 Corinthians 6:18-20 dan 1 Corinthians 7:1-2.
Jika dibaca kitab Hindu, Bhagavad Gita1.40-42, zina juga diharamkan dalam agama Hindu. Perlakuan berzina dianggap sebagai penghinaan kepada undang-undang agama Hindu (Laws of Manu, 9.95, 101).
Dalam ajaran Sikh pula, salah satu daripada lima dosa besar adalah berzina.
Dalam beberapa ajaran lain seperti Konfucianisme, Taoisme, Jainisme, Zoroastrianisme, Shintoisme, Judaisme dan Bahai juga jelas terdapat larangan zina ini (rujuk artikel bertajuk 'A Comparison of Morality from the religions from Around the World', http://usminc.org/other.html).
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa tidak ada satu pun agama atau ajaran di dunia yang menghalalkan perlakuan tidak bermoral seperti berzina atau hubungan seks luar perkahwinan ini. Sememangnya semua agama mahu memastikan penganutnya menjadi manusia yang mempunyai moral yang tinggi, bermaruah dan sebagainya.

AHP: Maksud hadis Rasulullah s.a.w:  “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia ubah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

(Riwayat Muslim)

ASAH MINDA- Jika kita buat pembahagian tanggungjawab terhadap golongan yang WAJIB mencegah berlakunya gejala zina berdasarkan maksud hadis di atas, siapakah golongan tersebut?

1.   Ubah dengan tangan.
Ubah dengan tangan (kuasa) adalah menjadi tanggungjawab pemerintah, pihak berkuasa dan berwajib. Bagaimana? Fikirkan sendiri.

2.   Ubah dengan lidah.
Ubah dengan lidah (nasihat/teguran) adalah menjadi tanggungjawab golongan ulama’, cendiakawan dan ilmuan dalam pelbagai bidang. Bagaimana? Fikirkan sendiri.

3.   Ubah dengan hati.
Ubah dengan hati bermaksud benci dan tidak redha dengan perbuatan tersebut.
Biasanya orang awam yang dungu macam aku ni lah. Bagaimana? Menjauhi perkara yang boleh menjerumuskan diri, meningkatkan keimanan, menjaga maruah diri dan nasab (keturunan), bertaubat kalau tersasar dan sebagainya.

SOALANNYA: Jika pemimpin gagal melaksanakan tanggungjawab, apakah langkah yang kita WAJIB ambil untuk memastikannya terlaksana? (setiap muslim wajib menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran)

Friday, July 29, 2011

HIV VS HEPATITIS 1.4 JUTA PENGHIDAP HEPATITIS DI MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Tahap kesedaran masyarakat negara ini mengenai bahaya penyakit hepatitis B dan C yang mempunyai risiko kematian tinggi akibat sirosis hati, kegagalan hati dan kanser hati masih rendah, kata Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Dr Zaininah Mohd Zain.

Beliau berkata, di Malaysia dianggarkan lima peratus penduduk atau 1.4 juta orang menghidap hepatitis B manakala dua peratus lagi menghidap hepatitis C.

“Kebanyakan orang takut mendengar mengenai Human Immunodeficiency Virus (HIV), tetapi sebenarnya virus hepatitis B dan C lebih mudah berjangkit berbanding HIV,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Hepatitis Sedunia 2011 di HKL di sini, semalam.

Dr Zaininah berkata, antara risiko yang dikenal pasti untuk penyakit hepatitis B dan C ialah berkongsi jarum suntikan, hubungan seks dengan pasangan yang mempunyai jangkitan dan melalui kelahiran iaitu daripada ibu kepada bayinya.

“Jadi menjalani ujian saringan untuk penyakit ini terutama bagi yang berisiko tinggi adalah langkah mudah dan singkat untuk mengetahui diagnosis,” katanya.

Beliau berkata, hepatitis B atau C dan jangkitan virus ini bukan saja berlaku di negara ini, malah ia ancaman global kesihatan manusia sejagat dan dianggarkan lebih 500 juta penduduk dunia dijangkiti penyakit itu.

Justeru beliau menyeru orang ramai supaya menjalani pemeriksaan darah di hospital kerajaan.

Dr Zaininah berkata, pada masa ini hanya terdapat vaksin terhadap hepatitis B dan sejak 1989 semua bayi yang dilahirkan di hospital kerajaan diberi imunisasi penyakit itu secara percuma.

Mengenai sambutan itu beliau berkata, ia bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam terhadap bahaya penyakit hepatitis B dan C menerusi forum awam, ujian darah secara percuma serta pameran. – Bernama



AHP: Aku sarankan supaya para pengunjung betul-betul teliti membaca maklumat yang terkandung dalam entry ini. Punca jangkitan penyakit ini hampir sama 100% dengan HIV dan sangat bahaya cuma kurang mengalami stigma kerana vaksin telah dijumpai. Tetapi ingat, vaksin tersebut hanya untuk Hepatitis B.

BEBERAPA FAKTA PENTING MENGENAI HPV


Fakta:

Sekitar 50% daripada mereka yang aktif seks boleh mendapat virus HPV. Kebanyakan dari mereka tidak tahu mereka telah dijangkiti.

Apakah jangkitan HPV merupakan sesuatu yang biasa?
Jangkitan virus human papillomavirus (HPV) merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita melalui hubungan hubungan seks.

Kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV in tidak mempunyai apa-apa tanda.


Kajian mendapati jangkitan virus HPV disebarkan melalui:
Tidak ada kajian yang mengesahkan jangkitan virus HPV disebarkan melalui:
Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti virus HPV, iaitu:
  • Melalui faraj dengan orang yang dijangkiti virus HPV
  • Melalui anal/lubang dubur orang yang dijangkiti virus HPV
  • Tempat duduk tandas
  • Bercium di mulut, berpeluk atau berpegangan tangan
  • Kurang menjaga kebersihan diri
  • Berkongsi makanan atau alat/bekas makanan
  • Berenang di kolam mandi awam



Siapa yang akan dijangkiti?

Sesiapa sahaja yang melakukan hubungan seks dengan orang yang telah dijangkiti HPV. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan seterusnya mereka yang dijangkiti ini boleh memindahkan virus HPV ini kepada pasangan yang lain melalui hubungan seks, tanpa mereka sedari. Oleh kerana virus HPV sukar dikesan dan boleh “menyorok” untuk jangka masa yang panjang, seseorang yang dijangkiti itu, boleh “menyimpan” virus HPV ini walaupun telah bertahun tidak melakukan hubungan seks.

Apa yang membuatkan seseorang itu lebih cenderung untuk dijangkiti HPV?

Mengadakan hubungan seks pada usia yang terlalu awal, mempunyai ramai pasangan dan mempunyai pasangan yang sering bertukar ganti pasangan seksual. Tidak semua yang dijangkiti virus HPV akan mengalami apa-apa masalah kesihatan. Terdapat banyak jenis virus HPV, dan ianya terbahagi kepada 2 kumpulan utama.

Kumpulan pertama boleh menyebabkan Ketuat Kelamin (HPV “risiko rendah”/”low-risk” HPV), dan kumpulan kedua boleh mengakibatkan kanser pangkal rahim bagi wanita (HPV “risiko-tinggi/“high-risk” HPV).

Virus HPV bukan virus yang sama dengan virus HIV atau virus Herpes Simpleks (HSV-1/HSV-2). Walaupun kesemua virus-virus ini tersebar melalui hubungan seks, virus-virus ini memberi simtom dan penyakit yang berbeza.

Apakah yang dimaksudkan dengan HPV “risiko rendah”?

Dikenali sebagai HPV “risiko rendah” kerana ia tidak menyebabkan kanser. HPV “risiko rendah” menyebabkan kesan perubahan yang tidak ketara kepada pangkal rahim wanita. Perubahan tidak ketara ini tidak akan menyebabkan kanser. Ianya tidak berbahaya dan bersifat sementara.

Kadangkala HPV “risiko rendah” boleh juga menyebabkan Ketuat Kelamin. Ketuat Kelamin tidak akan bertukar menjadi kanser. Tiada penjelasan yang jelas mengapa HPV “risiko rendah” yang menyebabkan timbulnya ketuat kelamin ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan HPV “risiko-tinggi?

Dikenali sebagai HPV “risiko-tinggi” kerana ianya berkait rapat dengan kanser pangkal rahim. HPV “risiko-tinggi” juga dikaitkan dengan kanser di bahagian kelamin yang lain seperti zakar dan dubur. Lazimnya, HPV “risiko-tinggi” tidak mengakibatkan masalah kesihatan. Untuk sesetengah orang, HPV “risiko-tinggi” akan tinggal di dalam badan dan menyebabkan perubahan sel.

Perubahan sel inilah yang boleh membawa kepada kanser, jika dibiarkan tanpa apa-apa rawatan.

Adakah HPV “risiko-tinggi bermaksud kanser?

Tidak. HPV “risiko-tinggi” bukan kanser. HPV “risiko-tinggi” boleh menyebabkan kanser jika ia terus tinggal di dalam badan dan mengubah sel-sel tubuh selama beberapa tahun. Barah pangkal rahim adalah masalah kesihatan yang serius yang diakibatkan oleh HPV “risiko-tinggi”.

Walau bagaimanapun, barah pangkal rahim boleh dielak dengan melakukan ujian Pap Smear bagi mengesan sebarang kelainan kepada alat kelamin dan organ reproduksi anda. Pengesanan awal perubahan yang diperoleh daripada ujian ini adalah langkah pencegahan terbaik bagi mengelakkan barah pangkal rahim.

Terdapat juga vaksin yang boleh melindungi wanita dari kebanyakan kes kanser pangkal rahim. Sila hubungi doktor anda untuk keterangan lanjut mengenai vaksin ini.


Thursday, July 28, 2011

TRUE STORY: PENYESALAN SEORANG BEKAS PENZINA


Baru-baru ini entry bertajuk MENERIMA KEPUTUSAN HIV POSITIF (3) menerima komen yang merupakan perkongsian pengalaman dan pengajaran daripada salah seorang pengunjung,
Memandangkan ianya boleh dijadikan renungan dan iktibar bersama, aku publish kembali komen tersebut dalam entry ini. Mari baca:

Salam Saudara,
Saya mempunyai pengalaman yang saya lalui sendiri dan ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.
Straight to the point, Saya dulu suka langgan pelacur. Namun apabila saya telah memiliki teman wanita saya sudah berhenti buat maksiat tu lagi. Tapi hati saya masih takut sekiranya saya dijangkiti HIV. Saya gelisah apabila memikirkan perancangan perkahwinan. Apa jadi sekiranya saya HIV? Saya pasti tidak dapat memiliki gadis yg saya cintai buat selama-lamanya. Bagaimana dengan kerja?? Bagaimana saya nak menanggung perbelanjaan ibu bapa?? Mcm mana saya nak jaga mereka?? Tu semua bermain dalam kepala otak saya berbulan-bulan lamanya.
Saya tertekan setiap kali nampak bintik-bintik merah kat badan saya walaupun tu hanya gigitan serangga atau ruam. Saya juga akan menghabiskan masa depan cermin utk memeriksa mulut saya kalau-kalau ada tompok-tompok putih sudah ada dalam mulut. Sebab tu jer tanda HIV yg saya tahu.
Saya telah menjalani ujian darah 2 kali. Pertama selepas setahun kali terakhir saya langgan pelacur,itu pun kerana keperluan kerja mewajipkan ujian darah. Resultnya negatif. Tapi saya masih ragu-ragu dan masih dibelenggu kegelisahan yang amat-amat menyeksakan. Lalu saya dengan sukarela membuat ujian yang kedua selepas setahun ujian pertama. Syukur alhamdullilah ujian tersebut juga negatif.
Beberapa hari selepas dapat result tersebut, saya kembali menyusuri tempat-tempat pelacuran yg pernah saya kunjungi. Saya lakukan untuk menginsafi diri. INI LAH TEMPAT YG HAMPIR MENJAHANAMKAN AKU. Saya marah dengan diri saya sendiri. Saya bertekad tidak akan mengulangi kesilapan yg sama.
Namun yg menyedihkan kelihatan ramai org berkumpul di pusat pelacuran itu. Sedih saya tengok anak-anak muda menaiki tangga rumah kedai itu untuk melanggan pelacur. Ada juga yg baru turun dari kenderaan, menuju ke rumah pelacuran tu. Ingin sahaja saya nak berteriak jangan naik!!! Saya menitis air mata kerana saya dulu pun macam tu juga. Namun saya masih diberi peluang untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi mcm mana dengan mereka?? adakah mereka bernasib baik seperti saya atau sebaliknya??
Saya suka ingatkan sahabat-sahabat terutama golongan muda yg baru nak melihat gelagat dunia, janganlah melanggan pelacur. Janganlah dengan sengaja mencari musibah. Nikmat bersama pelacur hanya sekejap sahaja tapi boleh meranapkan perancangan hidup, cita-cita dan harapan yg ingin dibina.
Sekian.. Yang terbaik hanyalah dari Allah swt. Yang buruk datang dari diri saya sendiri.

AHP: Terima kasih kepada pembaca berkenaan. Sebagai peringatan bersama. Firman Allah yang bermaksud:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (Al-Isra’:32)

Kepada yang terlanjur dan tersalah langkah, bertaubat nasuhalah. Insya-Allah kesalahan diampunkan. Fokus ke depan memperbaiki diri.
p/s- ada sesiapa boleh share tentang maksud JANGAN HAMPIRI ZINA?