Saturday, July 23, 2011

PERMOHONAN MAAF DARIPADA PEMBAWA HIV TUA...


Aku minta maaf kepada semua pembaca yang menghantar emel dan komen kepadaku kerana kali ini aku agak lambat reply. Kesibukan memang tahap ekstrem dan aku seperti ‘mabuk tidur’ dalam 2,3 hari ni. Penat sangat agaknya.

Entry terakhir sebelum ini yang bertajuk PESANAN TERAKHIR SEORANG PEMBAWA HIV KEPADA SEMUA nampaknya menimbulkan persoalan dan salah faham kepada ramai pembaca blog. Ada yang anggap aku dah ‘tewas’. Terima kasih atas segala nasihat, teguran, peringatan dan dorongan.

Jangan risau, setakat ini Alhamdulillah aku seperti biasa sahaja.  Mari renungkan maksud hadis ini:

Dari Syaddaad bin Aus dari Nabi S.A.W. baginda telah bersabda:  Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan ke atas Allah [Hadis Riwayat Imam at Tirmizi]

Dunia ini cuma sementara, akhirat juga yang kekal abadi dan setiap makhluk pasti mati (binasa).

Cuma aku sedikit ralat kerana beberapa emel penting masih belum mampu aku balas. Aku hanya sempat check komen dan emel  melalui handphone. Nak on PC atau netbook pun rasa tak ada mood bila asyik nak tidur ni. Insya-Allah besok aku cuba reply pelan-pelan. Kepada yang janji nak chatting pun, jangan marah ya, sabar... orang tua ini ada had kemampuannya.

Ok , insya-Allah besok kita jumpa lagi.


p/s- Frustrated Malaysia kalah dengan Singapore terutama dengan gol terakhir tu. Pengulas pula aku rasa banyak cakap sangat. Dia orang sibuk mengulas perkara tak perlu sampai terganggu tumpuan aku. Aku nak tengok bola, bukan nak dengar kau orang menceceh. Boringlah...