Friday, July 08, 2011

CABARAN DALAM MENJAGA ORANG SAKIT



Menjaga Orang sakit merupakan satu tanggungjawab yang besar, amat murni dan seringkali mencabar. Justeru setiap individu terutamanya anak-anak yang menjaga ibu bapa sakit, harus membuat anjakan paradigma dan membuat persediaan agar dapat menjaga orang sakit dengan sabar dan gigih.

Masalah dan cabaran dalam menjaga orang sakit termasuklah:

·         Jahil mengenai penjagaan orang sakit.
·         Tiada bantuan orang lain sehingga merasa teraniaya.
·         Kerenah orang sakit yang mencabar perasaan dan kesabaran.
·         Ada tanggungan dan tanggungjawab lain yang juga mencabar.
·         Tidak dihargai oleh orang lain dan juga pesakit.
·         Menghadapi masalah peribadi yang berat dan tidak difahami oleh orang lain.
·         Gagal melihat bahawa menjaga orang sakit adalah satu ibadah dan           bakal mendapat ganjaran yang besar.

Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang dapat membantu mereka yang diamanahkan menjaga orang sakit:

·        Sentiasa berdoa agar diberi kesabaran dan pesakit yang dijaga tidak banyak karenah dan akan segera sembuh.
·        Bawa pesakit jumpa pakar untuk mendapat rawatan yang sewajarnya.
·         Yakin bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya.
·         Bersihkan hati setiap hari dengan solat, istighfar, memaafkan semua orang, membaca al Quran dan bersedekah mengikut kemampuan.
·         Ubah suai dari segi persekitaran dari segi warna, hiasan, aroma dan sebagainya agar lebih selesa dan kondusif untuk pesakit dan perawat.

*Ulasanku:

Pepatah Melayu ada mengatakan, "Seorang Ibu Boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu."

Bagi sesiapa yang pernah berdepan menjaga orang tua, pasti tahu bagaimana kerenah sesetengah mereka. Namun bagi warga tua yang sudah biasa solat dan Al Quran sebagai santapan rohani sehariannya, biasanya tidak banyak kerenahnya.

Begitu juga bagi yang menjaga orang sakit, sabar memang kena tinggi. Berkata sabar itu mudah namun untuk melaksanakannya sukar apatah lagi mempertahankannya sehingga ke akhir hayat.

Kita kena ingat, ada orang diuji dalam bentuk kesenangan, ada yang diuji dalam bentuk susah.

Bagi orang yang sakit, kenalah sabar juga dengan musibah yang menimpa. Bukankah sakit itu sebagai penghapus dosa kalau kita sabar? Ada orang yang sedia menjaga kita itu pun dah dikira besar tuahnya kepada kita. So, syukurlah pada Allah SWT.


AHP: Terima Kasih & jazakallah khier kepada:
http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/?p=1603