Saturday, July 16, 2011

TRUE STORY: PESAKIT TUA DICABUL DOKTOR WANITA!


Bukan maksud untuk share cerita mengarut tetapi supaya kita memandang sesuatu isu dengan perspektif yang tepat dan bersedia dengan perkara di luar jangka. Maaf kepada semua doktor di luar sana. Usik mengusik je. Kisahnya begini:

Latar masa: Lebih kurang 9:00 pagi.
Tempat: Wad Bunga Raya, Hospital XXX.
Tarikh: Lupa. (hujung September 2010)
___________________________________________________________

Doktor: Pakcik, ada kencing dan berak tak hari ni?
Tanya doktor wanita muda berwajah manis itu dengan lembut.

Pesakit: Ada.
Pesakit ceria kerana sepatutnya pada hari tersebut dia dibenarkan untuk keluar wad.

Doktor: Najis warna apa?

Pesakit: Kehijau-hijauan, macam orang banyak makan sayur.
Kalau hitam berkemungkinan besar ada pendarahan dalaman.

Doktor: Ada pendarahan tak masa kencing dan berak?

Pesakit: Tak ada, normal.
Muda lagi ni, manis pulak tu. Nampak macam bujang, bisik hati pesakit.

Doktor: Semalam ada nurse beri bekas untuk ambil sample najis kan?

Pesakit: Err... tak pasti, tak ada rasanya.
Jawab pesakit tergagap-gagap kerana cuba berbohong. Pesakit segera teringat bekas kecil (container) yang diserahkan nurse petang sebelumnya. Sepatutnya bekas tersebut diisi najis untuk diserahkan kembali kepada nurse tetapi pesakit secara senyap-senyap membuangnya.

Doktor: Tak apa, nanti kita beri yang lain, pakcik ambil sedikit untuk kita uji sample di makmal.

Pesakit: Doktor, saya boleh balik hari ni kan?
Pesakit sengaja mengalih isu dengan harapan dapat mengelak  daripada menempuh peristiwa tersebut.

Doktor: Belum, kita terpaksa confirmkan ujian makmal terhadap ujian sample najis pakcik dulu.

Pesakit: Ooo…ok.
Dengan nada yang sangat lemah. Dalam hatinya berkata, Ya Allah...lama lagilah aku duduk wad. Macam mana aku nak isi najis dalam bekas tu? Ingatkan dah lupa. Taktik aku tak menjadi nampaknya…

Doktor: Pakcik, platelet pakcik masih sangat rendah, kita takut ada pendarahan dalaman. Selain ambil sample najis, kita perlu periksa salur najis pakcik untuk check pendarahan.

Pesakit: HAH, CHECK PUNGGUNG???! Tak payah doktor, confirmed tak ada darah. Kalau ada saya mesti bagitahu.
Pesakit hampir terlompat mendengarnya sambil memandang sayu wajah doktor muda tersebut minta simpati.

Doktor: Tak boleh pakcik, kita mesti check, bahaya!

Pesakit: Betul doktor... sumpah tak ada darah!!
Pesakit mula panik dan tiba-tiba sahaja pandai bersumpah.

Doktor: Jangan risau pakcik, sekejap je. Saya dah biasa buat.

Pesakit: Ala doktor, tak payahlah... tak berdarah!
Muka pesakit mula pucat lesi. ‘Iskh... takkanlah doktor perempuan ni yang buatkan. Korek punggung pula tu. Kalau doktor lelaki tahanlah sikit tetapi jari doktor lelaki lagi besar...’ Tiba-tiba pesakit rasa macam nak menangis.


Doktor: Kejap ya pakcik, saya ambil rubber glove dan alat-alat. Nanti kita tutup langsir ni.

Pesakit: ?????
Tidak lama kemudian doktor manis kecil molek tu datang kembali. Langsir ditariknya menutupi keliling katil.

Doktor: Pakcik mengiring ya. Saya nak londehkan seluar ni sikit.

Pesakit: ???????
Pesakit hanya menurut dan keliru dengan situasi yang dihadapi.

Doktor: Bengkokkan kaki pakcik...

Pesakit: ?????????...
Pesakit tetap menurut sambil berkerut muka kerana malu, aib dan ngilu. Doktor menyapu pelincir, memasukkan jari dan mengorek di kawasan yang dikehendaki. Pesakit rasa nak terberak dibuatnya dan rasa tersebut kekal hampir separuh hari. Lebih kurang 2 minit segala-galanya selesai.

Doktor: OK, pakcik. Nasib baik memang tak ada pendarahan.

Pesakit: ...
Hanya diam dan tertunduk malu (seperti pengantin perempuan pada malam pertama). Mukanya merah padam!

Doktor: Kenapa pakcik....?
Lembut suara doktor bertanya.

Pesakit: Saya, saya... malu.

Doktor: Tak mengapa pakcik, ini memang tugas saya. Kalau nak ikutkan saya lebih malu daripada pakcik.

Pesakit: Mmmm....


AHP: Bersedialah dengan apa sahaja kemungkinan apabila berada di hospital...