1. Pertama, adanya generasi yang disebut ‘The Greatest Generation’
Iaitu generasi yang lahir dalam lingkungan tahun 1901-1920. Pada generasi ini lahir pemimpin-pemimpin besar dunia seperti Winston Churcill, George W. Bush dan lain-lain.
Ramai di kalangan datuk dan nenek kita yang lahir pada zaman ini. Ada juga antara kita ibu bapa mereka lahir pada zaman ini.
2. Generasi kedua ialah ‘The Silent Generation’
Terdiri daripada generasi yang lahir pada 1921-1940. Disebut demikian kerana masa ini tidak melahirkan tokoh-tokoh besar.
3. Generasi ‘Baby Boomer’ (1941-1956)
Kebanyakan generasi ini lahir dari pasca perang dunia kedua. Mereka tidak kaya. Ada di kalangan mereka yang kerja kerajaan. Pencen sekitar tahun 2000-2012. Mereka merupakan generasi terakhir zaman industri.
4. Generasi seterusnya ialah ‘Baby Buster’ (1957-1969)
Generasi “moden”. Ia dipanggil ‘baby buster’ kerana ia berlawanan dengan ‘baby boomers’. Di mana peperangan sudah berakhir. Orang sudah mula kuat bekerja dan sudah mula mengabaikan keluarga dan kasih sayang. Generasi yang melihat perang dingin.
5. Generasi-X (1970-1985)
Kenapa generasi ini disebut generasi “X”? Sekelompok pengkaji Inggeris mendapati keanehan pada anak-anak remaja pada zaman itu. Ada 4 keanehan yang ditemui:
- They sleep together before marriage (mereka tidur bersama sebelum menikah).
- They don’t believe in god (mereka tidak percaya Tuhan).
- They don’t respect parents (mereka tidak hormat ibu bapa).
- They dislike Queen (mereka tidak menyukai ratu Inggeris).
Setelah diselidiki, didapati generasi “X” lahir dari generasi boomer yang kuat bekerja, di mana wang dan karier menjadi keutamaan mereka yang mengakibatkan terlalai untuk keluarga dan kasih sayang terhadap anak-anak. Generasi “X” merupakan generasi yang tidak pandai mengasihi kerena mereka tidak pernah merasa kasih sayang.
Generasi “X” terbahagi kepada 2 sub generasi:
1. Generasi MTV (1970-1980), ada di kalangan generasi ini yang sempat melihat era sebelumnya, tempoh peralihan sebelum masuk ke generasi internet. Generasi ini membesar dalam era 80-an. Melihat keruntuhan tembok Berlin. Sedar tentang keruntuhan Soviet Union. Lahirnya bilionair muda seperti pengasas Yahoo dan Google sekarang. Generasi ini adalah generasi zaman peralihan antara idea zaman industri dan idea zaman informasi.
2. Generasi Boomerang (1981-1985), generasi peralihan Gen-X ke Gen-Y. Sempat juga merasakan kehidupan zaman MTV, tapi dah penghujung. Mungkin kerana mereka lebih celik dan ke depan dalam bab komputer dan internet, ketika usia remaja mereka sudah diperkenalkan dengan teknologi tersebut. Ibu bapa mereka pernah mengalami kelembapan ekonomi sekitar pertengahan 80-an. Lalu berlakulah New World Order dan idea-idea futuristik dan sekitar konsep globalisasi. Generasi ini kelihatannya sudah tidak berpegang dengan idea industri.
6. Generasi-Y (1986-2001)
Kemudian muncullah generasi “Y”, yang lahir pada sekitar 1981-2001. Generasi ini lebih parah lagi. Mereka harus berdepan dengan pendidikan yang lebih mahal, rumahtangga berantakan, perceraian ibu bapa, ada di kalangan mereka yang lahir daripada keluarga yang kaya (helicopter parents), dan ada yang dibesarkan dari keluarga homoseksual (same sex parents).
Mereka lahir zaman Soviet Union sudah runtuh. Amerika menjadi kuasa unggul dunia. Ini permulaan generasi internet. Celik-celik dah kenal playstation, game dan seumpamanya.
7. Generasi-Z (2001-?)
Generasi baru. Tak sempat tengok WTC runtuh. Tau-tau Amerika dah jadi ketua pemimpin anti keganasan. Celik-celik dah ada email. Bila ibu memasak, ibu letak dalam walker tengok Astro, tonton rancangan AF dan rancangan realiti TV. Mereka tak boleh hidup tanpa handphone. Agak awal untuk kita mengenal pasti generasi ini kerana mereka masih berada dalam lingkungan usia 9 tahun ke bawah.
Yang pastinya sekarang ialah dunia sedang berhadapan dengan generasi-Y, generasi yang dikenali dengan Generasi Digital, ‘Echo Boomers’ atau Generasi Millennium. Gen-Y cenderung bersikap mandiri, sangat visual dan tidak sabar terhadap hal-hal yang tidak sesuai dengan selera dan keperibadian mereka yang unik.
Penelitian keunikan generasi ini secara umumnya lebih memihak kepada fikrah bukan Islam dan orang bukan Islam terutama Barat. Kerana mereka yang banyak mengawal dan mencorakkan perkembangan semasa dunia menurut agenda dan selera mereka. Namun bagi kita ummat Islam kita mempunyai identiti dan sejarah kita sendiri, malahan juga mempunyai agenda dan cita-cita tersendiri di bumi Allah ini. Setiap fasa usia zaman pasti ada tokoh yang kita segani bagi pihak kita malahan menggerunkan musuh.
Empayar Islam telah melalui fasa permulaan dakwah di Mekah, fasa penegakan daulah Islamiyyah di Madinah, dan fasa pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin. Empayar Islam terus berkembang luas di zaman-zaman pemerintahan kerajaan Islam Daulah Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah. Apa yang mereka ungkapkan pada generasi kedua sebagai “silent generation” sebetulnya tidak terkena kepada kita ummat Islam. Walillahi Izzati wali Rasulihi walil mukminin.
Demikian juga apa yang dikatakan generasi ketiga iaitu “Baby Boomers” sudah berakhir dengan berakhirnya perang dunia ketiga. Bagaimana hendak kita katakan dengan rakyat Palestin yang sehingga kini masih bertemankan hidup dengan bom dan peluru? Apakah mereka tidak bersama masyarakat dunia yang lain merentas zaman? Zahirnya mereka adalah mangsa kuasa besar zaman millennium yang Allah anugerahkan mereka untuk meraih pahala syahid walau tidak bersama Rasulullah dan para sahabat dalam peperangan Badar, Uhud, dan Ahzab.
Sebagai daie yang berhadapan dengan ummat manusia yang berbagai ragam dengan perubahan era dan zaman perlu peka dengan segala yang berlaku. Sentiasa menaiktarafkan sistem dan metodologi dakwah dan kepimpinan agar menghasilkan natijah yang baik setimpal dengan cabaran masa kini.
ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD!!!
Ustazah Norlida bt Kamarudin,
Naib Ketua Wanita,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Almukhlisah
Naib Ketua Wanita,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Almukhlisah