Kali ni aku nak kongsi pula sebahagian daripada jenis-jenis emel yang aku takkan layan dan bakal aku kategorikan sebagai spam.
Mari baca:
Assalamualaikum saudara AHP.. Harap saudara AHP berada dlm keadaan baik bersama keluarga tersayang dibawah limpah rahmatNYA.. Disini saya ingin update sedikit mengenai status saya. Baru2 ni saya ada keklinik melakukan ujian Rapid Test sekali lagi utk tempoh 20minggu & keputusannya Negative. Apa pandangan saudara AHP, perlukah saya mengulangi ujian lagi pada tempoh 6bulan? Dan dlm tempoh kejadian hingga kehari ini, saya sudah beberapa kali mengelakkan diri dari melakukan hubungan seks bersama isteri dgn memberikan beberapa alasan 'bodoh' kepadanya. Namun saya pernah sekali melakukan hubungan seks dgn isteri 2hari selepas kejadian selepas kami berbaik semula. Namun kerisauan saya memuncak bila terfikirkan yg MUNGKIN saya telah pass kan virus HIV itu kepada wife saya & saya test Negatif, wife saya pula yg Positive.. Bolehkah jadi begitu, mcm saya ni carrier & virus tersebut by-pass ke isteri saya? Bolehkah AHP mendapatkan jawapan mengenai ini daripada Dr. Iskandar utk saya? Saya amat2 hargainya jika AHP sudi menolong saya. Saya benar2 ingin meneruskan hidup saya semula. Saya sayangkan keluarga saya & tidak mahu kesilapan saya ini menyebabkan saya kehilangan mereka. Terima kasih
AHP:
Untuk pengetahuan pembaca, pengirimnya telah lebih 20 kali berutus emel denganku, bertanyakan soalan yang sama. 2 x 5, 5 x2. Bahkan ada kemungkinan sekejap guna nama anonymous itu, anonymous ini, akaun emel itu akaun emel ini.
Dia ni asalnya bergaduh dengan isteri. Marah punya pasal merayau ke Bukit Bintang buat oral seks dengan pondan siam. Patut bila marah baca Qur’an, buat solat sunat taubat dan sebagainya tetapi mamat ni pergi langgan pondan!
Lepas tu mula meracau-racau takut kena HIV. Kena pukaulah, tak sengajalah. Buat test HIV dah berkali-kali selepas 3 bulan terdedah, confirmed negative tetapi risau juga lagi. Macam-macam aku nasihat, dia tetap juga tanya soalan sama. Bila dijawab, banyak pula kalau dan tapinya. Kalau dah tahu, tak perlu tanya soalan sama. Buat research sendiri, kongsi di sini. Ada juga faedahnya bagi pembaca lain.
Memang pada mulanya aku layan tapi lama-lama aku tension. Soalannya yang itu, itulah juga walaupun dah banyak kali aku jawab. Jangkitan HIV tak ada, tetapi takutnya melampau sebab dibelengu dosa. Berani buat, tak berani tanggung. Tak fikir langsung masalah orang lain.
Tadi dia emel lagi tanya soalan lebih kurang sama bahkan sangat-sangat mencerminkan ketidakfahamannya tentang HIV. Ingatkan selepas aku tak layan baru-baru ni dia dah serik.
Tadi dia emel lagi tanya soalan lebih kurang sama bahkan sangat-sangat mencerminkan ketidakfahamannya tentang HIV. Ingatkan selepas aku tak layan baru-baru ni dia dah serik.
Nampak sangat sikapnya yang mahu semuanya tersedia & terhidang di tepi lutut. Banyak titah perintahnya. Sampaikan aku dah buat beberapa entry khas untuk menjawab persoalan beliau, agaknya haram dibacanya. Patutlah asyik bergaduh dengan bini.
Maaflah kalau bahasa aku kali ni kasar sungguh. Aku akui marah memang hasutan syaitan cuma aku penat dengan dia ni. Emel begini memang aku takkan layan. Ramai yang lebih bermasalah dan memerlukan bantuan di luar sana.
Pandai-pandailah kau nak hidup bro! Assalamualaikum…