Friday, July 29, 2011

BEBERAPA FAKTA PENTING MENGENAI HPV


Fakta:

Sekitar 50% daripada mereka yang aktif seks boleh mendapat virus HPV. Kebanyakan dari mereka tidak tahu mereka telah dijangkiti.

Apakah jangkitan HPV merupakan sesuatu yang biasa?
Jangkitan virus human papillomavirus (HPV) merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita melalui hubungan hubungan seks.

Kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV in tidak mempunyai apa-apa tanda.


Kajian mendapati jangkitan virus HPV disebarkan melalui:
Tidak ada kajian yang mengesahkan jangkitan virus HPV disebarkan melalui:
Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti virus HPV, iaitu:
  • Melalui faraj dengan orang yang dijangkiti virus HPV
  • Melalui anal/lubang dubur orang yang dijangkiti virus HPV
  • Tempat duduk tandas
  • Bercium di mulut, berpeluk atau berpegangan tangan
  • Kurang menjaga kebersihan diri
  • Berkongsi makanan atau alat/bekas makanan
  • Berenang di kolam mandi awam



Siapa yang akan dijangkiti?

Sesiapa sahaja yang melakukan hubungan seks dengan orang yang telah dijangkiti HPV. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan seterusnya mereka yang dijangkiti ini boleh memindahkan virus HPV ini kepada pasangan yang lain melalui hubungan seks, tanpa mereka sedari. Oleh kerana virus HPV sukar dikesan dan boleh “menyorok” untuk jangka masa yang panjang, seseorang yang dijangkiti itu, boleh “menyimpan” virus HPV ini walaupun telah bertahun tidak melakukan hubungan seks.

Apa yang membuatkan seseorang itu lebih cenderung untuk dijangkiti HPV?

Mengadakan hubungan seks pada usia yang terlalu awal, mempunyai ramai pasangan dan mempunyai pasangan yang sering bertukar ganti pasangan seksual. Tidak semua yang dijangkiti virus HPV akan mengalami apa-apa masalah kesihatan. Terdapat banyak jenis virus HPV, dan ianya terbahagi kepada 2 kumpulan utama.

Kumpulan pertama boleh menyebabkan Ketuat Kelamin (HPV “risiko rendah”/”low-risk” HPV), dan kumpulan kedua boleh mengakibatkan kanser pangkal rahim bagi wanita (HPV “risiko-tinggi/“high-risk” HPV).

Virus HPV bukan virus yang sama dengan virus HIV atau virus Herpes Simpleks (HSV-1/HSV-2). Walaupun kesemua virus-virus ini tersebar melalui hubungan seks, virus-virus ini memberi simtom dan penyakit yang berbeza.

Apakah yang dimaksudkan dengan HPV “risiko rendah”?

Dikenali sebagai HPV “risiko rendah” kerana ia tidak menyebabkan kanser. HPV “risiko rendah” menyebabkan kesan perubahan yang tidak ketara kepada pangkal rahim wanita. Perubahan tidak ketara ini tidak akan menyebabkan kanser. Ianya tidak berbahaya dan bersifat sementara.

Kadangkala HPV “risiko rendah” boleh juga menyebabkan Ketuat Kelamin. Ketuat Kelamin tidak akan bertukar menjadi kanser. Tiada penjelasan yang jelas mengapa HPV “risiko rendah” yang menyebabkan timbulnya ketuat kelamin ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan HPV “risiko-tinggi?

Dikenali sebagai HPV “risiko-tinggi” kerana ianya berkait rapat dengan kanser pangkal rahim. HPV “risiko-tinggi” juga dikaitkan dengan kanser di bahagian kelamin yang lain seperti zakar dan dubur. Lazimnya, HPV “risiko-tinggi” tidak mengakibatkan masalah kesihatan. Untuk sesetengah orang, HPV “risiko-tinggi” akan tinggal di dalam badan dan menyebabkan perubahan sel.

Perubahan sel inilah yang boleh membawa kepada kanser, jika dibiarkan tanpa apa-apa rawatan.

Adakah HPV “risiko-tinggi bermaksud kanser?

Tidak. HPV “risiko-tinggi” bukan kanser. HPV “risiko-tinggi” boleh menyebabkan kanser jika ia terus tinggal di dalam badan dan mengubah sel-sel tubuh selama beberapa tahun. Barah pangkal rahim adalah masalah kesihatan yang serius yang diakibatkan oleh HPV “risiko-tinggi”.

Walau bagaimanapun, barah pangkal rahim boleh dielak dengan melakukan ujian Pap Smear bagi mengesan sebarang kelainan kepada alat kelamin dan organ reproduksi anda. Pengesanan awal perubahan yang diperoleh daripada ujian ini adalah langkah pencegahan terbaik bagi mengelakkan barah pangkal rahim.

Terdapat juga vaksin yang boleh melindungi wanita dari kebanyakan kes kanser pangkal rahim. Sila hubungi doktor anda untuk keterangan lanjut mengenai vaksin ini.