APA ITU PEP DAN LTNP HIV?
Maklumat yang bakal aku kongsi ini ialah berdasarkan pemahamanku yang serba naïf melalui carian beberapa sumber dalam Bahasa Inggeris di internet dan berdasarkan pertanyaanku kepada Dr. Iskandar semasa sesi kaunseling.
Setakat ini aku masih gagal mencari maklumat mengenai PEP dalam Bahasa Melayu dan aku harap perkongsian ini boleh dimanafaatkan sebagai salah satu pengetahuan asas tentang info-info penting berkaitan rawatan HIV. Aku akui ianya serba kekurangan. Kepada yang lebih mengetahui dan pakar di luar sana, sila berikan teguran untuk pemurnian.
Apa itu PEP?
PEP akronim kepada Post-Exposure Prophylaxis.
Post adalah selepas. Exposure adalah satu situasi yang berlaku yang menyebabkan seseorang terdedah kepada risiko jangkitan melalui darah. Prophylaxis adalah tindakan yang diambil untuk mencegah jangkitan berlaku.
Golongan yang berisiko dan berkaitan:
1. Ianya mungkin berlaku kepada para pekerja kesihatan yang tercucuk jarum tercemar dengan HIV.
2. Para anggota keselamatan yang melakukan operasi menangkap para penagih dadah dan terdapat di kalangan penagih tersebut adalah IDU (Injection Drug Users) yang berisiko sebagai pembawa HIV, menggunakan jarum suntikan mereka sebagai senjata dan tercucuk ke tubuh anggota keselamatan berkenaan.
3. Barangkali juga kepada mana mana-mana pesakit yang baru menjalani pemindahan darah dan sebaik sahaja pemindahan dijalankan barulah diketahui bahawa darah tersebut telah dicemari HIV. (Pendapat peribadi)
Golongan yang tidak berkaitan:
Iaitu pembawa HIV biasa yang didapati positif selepas menjalani ujian darah.
Bagaimana ianya dilakukan?
Walaupun tidak didapati positif kerana tempoh jendela (window period) baru bermula, golongan berisiko tersebut akan diberikan kombinasi HAART rejim 2 iaitu Combivir dan Kaletra selama SEBULAN.
Berkesan atau tidak?
Apa yang aku faham, ianya adalah berkesan. Wallahu a’lam.
Apa pula LTNP?
LTNP adalah Long-Term Nonprogression. Maksudnya pembawa HIV tidak menunjukkan apa-apa simptom dalam tempoh yang panjang (Dikatakan ada yang mencecah sehingga 20 tahun)
Tapi ingat, kalau buat ujian HIV, keputusannya tetap positif. Cuma mereka rasa sihat dan ketika inilah berisiko tinggi menjangkitkan virus kepada pasangan seks masing-masing.