Masih ingat Hana? Kisahnya aku pernah kongsikan di sini dan sini. Hana dan suami sekarang sudah memulakan rawatan. Petang semalam aku menerima emel daripada Hana yang berkongsi pengalaman menyentuh hati. Aku kongsikan di sini dengan sedikit editing. Tolong berikan sedikit sokongan anda kepada Hana sekeluarga. Keprihatinan anda besar maknanya kepada mereka.
HANA
Assalamualaikum saudara AHP,
Sebenarnya x tau macam mana nak mula..emosi terganggu, nanti org ingat mengada2 dan ada pulak yg menyalahkan kita org sakit ni terlebih sensitive.... pada hakikatnya memang ini lah yg sebenarnya berlaku...
berbalik kepada cerita sya tempoh hari tentang Dr d KKM, lanjutan daripada itu sya membuat temujanji utk suami, memandangkan suami dah berhenti dri rawatan HAART, dia mencadangkan suami supaya berjumpa dgn DR pakar d hospital besar negeri.
Pagi tadi seawal 9am, sya dgn suami bersemangat ke hospital besar meredah cabaran traffik dan bermacam2 halangan beserta doa supaya dipertemukan dgn dr sebaik Dr Iskandar...kami juga dimaklumkan sebelumnya oleh Dr d KKM rawatan d Hospital sesuai kerana mereka lebih arif dlm isu HIV dan masa menunggu yg kurang kerana temujanji adalah terhad.
Hampir 3 jam menunggu selepas mendaftar dan melihat berbagai ragam pesakit yg keluar masuk dari klinik ID memang mencabar emosi...rata2 semuanya HIV+, ada yg dah tinggal tulang, ada yg batuk x henti2, ada yg di atas wheel chair, digari dan diiringi polis, banyak kesan2 dri HIV yg sebelumnya cuma dapat sya tengok d internet sebelum ini dah jelas d depan mata, lagilah terganggu emosi...suami apatah lagi, muka dah kelat sepatah pun x cakap...
Sampai je turn kami pun masuk dan terkejut sebab dlm bilik yg sama ada pasangan cina sedang mendapatkan rawatan d meja yg sama dgn seorg Dr p'puan melayu..kami dipersilakan duduk d meja yg sama oleh seorg lgi Dr p'puan cina yg memperkenalkan diri sebagai Dr pakar.
Situasi ni agak luar biasa bgi kami yg pertama x mendapatkan rawatan d hospital kerajaan.. tanpa membuang masa Dr tersebut terus membaca butir2 dlm fail utk memulakan rawatan. Tapi kami dgn jelas blh mendengar apa sahaja yg diperkatakan oleh dr d sebelah kerana terlalu dekat (berkongsi meja sama), mereka pun senasib,.. kesian sya tengok muka suami yg nampak jelas kurang selesa bila pasangan sebelah pun dpt dngr apa yg sepatutnya sulit...
Lepas memberi rawatan yg serba ringkas sebab masa rehat jumaat bermula jam 12, kami mengambil ubat dan masuk semula berjumpa dgn seorg lagi Dr lelaki cina yg agak muda. dia memberi keterangan tentang cara utk mengambil ubat dgn betul dan memberikan tips2 yg agak berguna serta kesan2 sampingan pengambilan ubat tersebut...
huh sekarang sya faham kenapa banyak pesakit HIV yg enggan mendapatkan rawatan....2 minggu lgi kena melalui smua sekali lagi... Dri H'pital sampai rumah suami cuma diam tanpa sebarang kata, huhu tertekan...
AKU
Waalaikumussalam wrh wbk.
Semoga Hana dan suami tabah dan sabar selalu.
Jangan fikirkan apa orang kata, teruskan berhubung dengan saya jika perlu.
Terima kasih berkongsi pengalaman ini. Ianya sungguh berharga, menyentuh hati dan menimbulkan kesedaran.
Sejujurnya saya cuba mengelakkan berkongsi pengalaman sebegini di blog.
Sejujurnya itulah antara punca saya enggan mendapatkan rawatan selain bersama Dr. Iskandar selagi termampu.
Tidak pernah saya ceritakan secara details tentang kesengsaraan mereka.
Kenapa? Kerana saya bimbang ianya boleh melemahkan semangat rakan-rakan lain yang berjuang untuk menghadapi HIV.
Bagi saya, kita perlu bijak menyaring maklumat.
Walau bagaimana sedihpun, reality adalah reality.
Masalah tetap ada di mana-mana.
Ada yang berada di luar kawalan kita dan ada yang yang di bawah kawalan kita.
Di luar kawalan kita?
Sudah tentulah situasi yang Hana dan suami tempuhi di hospital.
Siapa kita untuk mengubahnya?
Dalam kawalan?
Anggap sahaja bahawa itu reality yang mesti Hana & suami tempuhi untuk lebih kuat berjuang sebagai HIV fighter.
Ianya latihan untuk menguatkan minda Hana dan suami berjuang menjaga kesihatan diri dan demi anak.
Mesti kuat JERI.
Ingat JERI?
Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual.
Manipulasikan apa juga stress secara secara positive.
Jangan biarkan ianya negative.
Bersungguh-sungguh rapatkan diri dengan yang Maha Pencipta.
Doa sungguh-sungguh.
Minta apa saja dan yakin setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati.
Cuma kita yang belum menemui caranya.
Doa boleh mengubah takdir, Insya-Allah...
Ada beribu-ribu lagi rakan kita yang menghadapi situasi yang sama dengan Hana.
Mereka tetap fight, berada dalam masyarakat dan membantu rakan-rakan yang lain.
Mereka mampu hidup seperti insan lain.
Kita tidak boleh bergerak sendiri atau memendam segala ketakutan.
Mesti kongsi dengan rakan-rakan senasib yang memahami.
Anggap saja ianya peringatan dan kerisauan awal yang normal bagi satu perjuangan yang panjang.
Insya-Allah Hana sekeluarga akan memperolehi syifa'.
Do not ever retreat nor surrender!
Jangan mengalah dan saya serta rakan-rakan lain sentiasa ada di sini mendoakan dan menyokong.
Situasi tersebut juga kadang-kadang melibatkan beberapa faktor seperti kerana lambat memulakan rawatan, pemakanan, bersikap negative dan enggan mengambil HAART.
Seperti pesakit kronik lain, katakan pesakit jantung ada bermacam-macam tahap sakit.
Ada yang masih boleh berjalan, terlantar dan meninggal.
Begitu juga kita.
Apa nak hairan, orang sihatpun boleh mati.
Yang penting kita mesti ada maruah diri dan berikhtiar.
Belajar daripada pengalaman tersebut.
Tanamkan azam, "aku tidak mahu jadi seperti itu."
Hadiahkan doakan semoga sahabat-sahabat kita itu tabah.
Selebihnya kita serah kepada yang Maha Mengetahui.
Please jangan panic, pelihara solat, banyakkan membaca Qur'an, zikir dan cuba hafal doa-doa syifa' secara perlahan-lahan.
Merayu dan minta apa saja. Allah sukakan hambaNya yang merayu kepadaNya
Maafkan saya, saya akan kongsi pengalaman Hana ini di blog sebagai renungan kepada rakan-rakan yang lain.
Seperti biasa saya akan buang identiti asal demi menjaga maruah Hana sekeluarga.
AHP: Aku selalu kata kepada anak-anak. Andaikan perjuangan aku dapat bertahan selama 1 tahun sahaja sekalipun, bermakna 1 tahun aku dapat menghadiah masa-masa berkualiti kepada mereka dan berbakti membantu rakan-rakan senasib. Aku tak rugi apa-apakan?