Thursday, July 28, 2011

TRUE STORY: PENYESALAN SEORANG BEKAS PENZINA


Baru-baru ini entry bertajuk MENERIMA KEPUTUSAN HIV POSITIF (3) menerima komen yang merupakan perkongsian pengalaman dan pengajaran daripada salah seorang pengunjung,
Memandangkan ianya boleh dijadikan renungan dan iktibar bersama, aku publish kembali komen tersebut dalam entry ini. Mari baca:

Salam Saudara,
Saya mempunyai pengalaman yang saya lalui sendiri dan ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.
Straight to the point, Saya dulu suka langgan pelacur. Namun apabila saya telah memiliki teman wanita saya sudah berhenti buat maksiat tu lagi. Tapi hati saya masih takut sekiranya saya dijangkiti HIV. Saya gelisah apabila memikirkan perancangan perkahwinan. Apa jadi sekiranya saya HIV? Saya pasti tidak dapat memiliki gadis yg saya cintai buat selama-lamanya. Bagaimana dengan kerja?? Bagaimana saya nak menanggung perbelanjaan ibu bapa?? Mcm mana saya nak jaga mereka?? Tu semua bermain dalam kepala otak saya berbulan-bulan lamanya.
Saya tertekan setiap kali nampak bintik-bintik merah kat badan saya walaupun tu hanya gigitan serangga atau ruam. Saya juga akan menghabiskan masa depan cermin utk memeriksa mulut saya kalau-kalau ada tompok-tompok putih sudah ada dalam mulut. Sebab tu jer tanda HIV yg saya tahu.
Saya telah menjalani ujian darah 2 kali. Pertama selepas setahun kali terakhir saya langgan pelacur,itu pun kerana keperluan kerja mewajipkan ujian darah. Resultnya negatif. Tapi saya masih ragu-ragu dan masih dibelenggu kegelisahan yang amat-amat menyeksakan. Lalu saya dengan sukarela membuat ujian yang kedua selepas setahun ujian pertama. Syukur alhamdullilah ujian tersebut juga negatif.
Beberapa hari selepas dapat result tersebut, saya kembali menyusuri tempat-tempat pelacuran yg pernah saya kunjungi. Saya lakukan untuk menginsafi diri. INI LAH TEMPAT YG HAMPIR MENJAHANAMKAN AKU. Saya marah dengan diri saya sendiri. Saya bertekad tidak akan mengulangi kesilapan yg sama.
Namun yg menyedihkan kelihatan ramai org berkumpul di pusat pelacuran itu. Sedih saya tengok anak-anak muda menaiki tangga rumah kedai itu untuk melanggan pelacur. Ada juga yg baru turun dari kenderaan, menuju ke rumah pelacuran tu. Ingin sahaja saya nak berteriak jangan naik!!! Saya menitis air mata kerana saya dulu pun macam tu juga. Namun saya masih diberi peluang untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi mcm mana dengan mereka?? adakah mereka bernasib baik seperti saya atau sebaliknya??
Saya suka ingatkan sahabat-sahabat terutama golongan muda yg baru nak melihat gelagat dunia, janganlah melanggan pelacur. Janganlah dengan sengaja mencari musibah. Nikmat bersama pelacur hanya sekejap sahaja tapi boleh meranapkan perancangan hidup, cita-cita dan harapan yg ingin dibina.
Sekian.. Yang terbaik hanyalah dari Allah swt. Yang buruk datang dari diri saya sendiri.

AHP: Terima kasih kepada pembaca berkenaan. Sebagai peringatan bersama. Firman Allah yang bermaksud:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (Al-Isra’:32)

Kepada yang terlanjur dan tersalah langkah, bertaubat nasuhalah. Insya-Allah kesalahan diampunkan. Fokus ke depan memperbaiki diri.
p/s- ada sesiapa boleh share tentang maksud JANGAN HAMPIRI ZINA?