Thursday, July 14, 2011

HIV & BONE MARROW BIOPSY (2)



Cerita awalnya di sini

Selepas kesan bius berfungsi, aku merasa sedikit tusukan kasar menembusi daging punggung. Akhirnya, saat yang aku jangkakan pun tiba. Bahagian tajam alat tersebut menyentuh bahagian luar tulang punggung. Untuk menggambarkan situasi tersebut, mari kita berimaginasi begini:

Bayangkan paku sepanjang 6 inci menusuk tulang betis mentah-mentah. Kemudian, apabila paku tersebut menembusi tulang betis sehingga ke tahap yang diyakini mempunyai sample yang diperlukan, ianya diputar-putar seperti kita memulas skru.


Seperti bergema di kepalaku bunyi “kletup, kletap, kletup, kletap...” di dalam tulangku setiap kali alat tersebut diputar berserta rasa ngilu serta sengal yang teramat sangat. Sebenarnya beza antara sakit dan ngilu tidak dapat aku bezakan ketika itu.

Aku mengaku ada masanya terjerit dan menggeletar menahan kesakitan. Jururawat menepuk-nepuk bahu untuk menenangkan dan bersedia jika aku merentap segala tiub yang dilekatkan ke tubuh. Jangan lupa, yang dibius cuma daging, bukannya tulang!

Lebih kurang 20 minit berlalu, mereka berhenti seketika dan kedengaran doktor-doktor berbincang bersama pegawai dari makmal. Lega rasanya kerana aku ingatkan semuanya dah selesai.


Rupa-rupanya sample yang dihajati tak diperolehi. Perghh...!! Dalam kesakitan aku tergelak sendirian apabila terpaksa melaluinya di bahagian punggung kanan pula....

Prosedur kedua nampaknya lebih lama, sakit, ngilu dan dalam. Kali ini doctor perempuan yang mengambil alih tugas. Perempuan lagi ganas woo!! (ehehehe..) Mereka bergilir-gilir melakukannya. “Now, your turn!”, amboi, sedapnya kau orang kerjakan punggung aku!


Tanpa disedari, menitis air mata diperlakukan begitu dan terasa betapa kerdilnya diri di sisi-Nya. Segala-galanya seperti datang dan berlaku tiba-tiba. Aku betul-betul terkejut.

Alhamdulillah akhirnya aku selesai mengharungi prosedur tersebut dalam anggaran jangka masa hampir sejam. Terdapat 3 liang lubang di punggung...

Aku tidak pasti berapa sebenarnya tusukan yang telah dilakukan untuk mendapatkan sample kerana kawasan tersebut telah dibius. Ada kenalanku, seorang doctor swasta berkata, kalau dah 3 liang bermakna 3 kali percubaan.

Kalau betul, walaupun baru sekali tetapi aku sebenarnya seolah-olah telah melalui prosedur tersebut sebanyak 3 kali. Macam kopi segera pula bunyinya, “3 in 1...”

Apabila disorong kembali ke dalam wad, aku dalam keadaan ‘high’ tetapi masih mampu berfikir secara waras. Katanya dose yang diberikan memang lebih tinggi daripada biasa.

Melalui petua yang aku baca, aku minum fresh oren dan Alhamdulillah kesan ‘high’ tersebut tidak terlalu lama. Dalam 3-4 kali juga aku terpaksa kencing dalam bekas khas, ‘urinary’ (begitulah kalau tak salah istilahnya) kerana tak mampu berjalan ke tandas. Nasib baik isteriku ada membantu.


Isteriku yang seorang lagi dan anak-anak memang aku larang datang melawat sementara waktu. Aku tak mahu mereka sedih melihat aku terlantar kesakitan. Menjelang petang aku dah mampu berjalan perlahan-lahan ke tandas.

Sehingga sekarang kesakitannya masih terasa. Aku tidak mampu duduk lama-lama dan cepat lenguh pinggang dan badan. Kadang-kadang terasa perit di tulang kawasan tusukan. Kata orang kesakitan ini akan mengambil masa berbulan-bulan. Bila? Wallahu a’lam!




AHP:

Jika ditanya secara ikhlas, adakah aku masih sanggup menghadapi prosedur tersebut jika keadaan memerlukan? Jawapanku adalah TIDAK!

Ini pengalaman peribadi aku, mungkin bagi orang lain situasinya tidak sama.

Terdapat 2 perkara yang berbeza dalam penggunaan istilah air tulang sum-sum dengan air tulang belakang. Air sum-sum di bahagian tulang punggung manakala air tulang belakang di bahagian belakang badan. Ianya melibatkan saraf tunjang.

Dalam kebanyakan kes ibu-ibu bersalin melalui pembedahan, air tulang belakang mereka biasanya diambil untuk keperluan mengesan jangkitan kuman tanpa mereka sedari.

Seminggu selepas pemindahan darah tersebut tiba-tiba doktor pelatih membuat screening ujian HIV. Alhamdulillah negative. Ujian ELISA juga negative kerana tempoh tersebut masih di peringkat window period. Lebih kurang 2 bulan kemudian…Tada!! HIV positive. Alhamdulillah Kau pilih aku untuk merasai nikmat ini Ya Allah.  


Keadaan yang aku alami jauh berbeza dari yang digambarkan dalam video ini. Punggungku terlondeh terus, darah bersepah, malpractise, lama dan sangat- sangat menyakitkan!