Pembawa HIV mesti BERSIH. Semua pembawa HIV mesti sokong BERSIH. Umumnya bersih ada dua. BERSIH fizikal dan BERSIH mental. Lagi tepat BERSIH Jasmani, Emosi, Rohani dan Intellectual.
Jasmani BERSIH. Maknanya jaga kebersihan tubuh badan. Kuku mesti pendek, mandi kena utamakan sabun anti bacteria, selalu shampoo, mulut BERSIH, berpakaian BERSIH dan kemas, rumah mesti BERSIH, persekitaran kena BERSIH, tempat tidur mesti BERSIH dan toilet mesti BERSIH.
Makanan juga kena BERSIH. Termasuklah daripada sumber yang BERSIH dan dimasak dengan BERSIH. Kenali apa itu makanan berkhasiat dan yang boleh meningkatkan imunisasi. Jangan makan di tempat-tempat yang tidak BERSIH. Kalau tandas restoran tu kotor, tak payah makan kat situ sebab sahlah lain-lainpun kemungkinan besar tak BERSIH.
Emosi BERSIH. BERSIH kan fikiran daripada perkara-perkara negative, mesti berbaik sangka dengan rahmat Allah, mesti bijak saring maklumat, mesti menyayangi rakan-rakan senasib, tolong dan sokong, bimbing dan bantu supaya emosi betul-betul BERSIH. Niat BERSIH, hasilnya BERSIH dan Allah kasih.
Rohani BERSIH. Mestilah…. Jaga solat, baca dan amalkan al Qur’an, hayati segala nilai-nilainya, banyakkan qiamullail, zikir, solawat, doa dan taubat. Jadikan ayat-ayat syifa’ sebagai peneman. Rohani BERSIH, BERSIH hati. Kuatlah yang lain-lainnya.
Intelektual BERSIH. Kuasai maklumat dan fahami betul-betul tentang HIV dan AIDS. Bila faham, baru mental kuat untuk lawan virus, stigma, judgmental dan diskriminasi. Jangan menipu, membelit dan hipokrit terhadap masyarakat dan diri sendiri. Itu tidak BERSIH!
Bila BERSIH dalam semua perkara ni, baru kita jadi kuat. Jadi pembawa HIV mesti sokong BERSIH. Mesti tunjukkan kita utamakan keBERSIHan. BERSIH itu bagus sebab nak buang segala yang kotor. Siapa yang tak sokong BERSIH sebab mereka pengotor dan biasa dengan kekotoran.
Jadi, ayuh kita mesti sokong BERSIH demi masa depan kita dan generasi akan datang!