Mak aku 82 tahun. Dah jalan bongkok, pakai tongkat sebab sakit lutut. Kalau jalan jauh kena duduk atas kerusi roda. Sentiasa kena ulang alik ke hospital. Ada macam-macam penyakit kronik seperti diabetis, jantung, kolestrol dan darah tinggi.
Dalam rumah mak jalan pelan-pelan sambil memegang dinding. Mak aku comei dan mak selalu pakai minyak wangi (attar) bau kelambu Kaabah. Aku suka cium mak aku. Cium mak dapat pahala, pandang mak dapat pahala tapi pandang isteri lama-lama ada makna. Hehehe….
Dulu-dulu mak duduk ‘memondok’ tapi sejak mak selalu tak sihat dan pelupa ni, mak gilir-gilir tinggal dengan kami adik beradik. 2,3 minggu rumah sini, mak nak jalan rumah sana. Mak nak jalan rumah anaknya yang lain pulak. Ayah dah lama tak ada, meninggal sebab TB dah hampir 10 tahun lalu.
Mak suka bila ramai anak cucu ramai berada di sekeliling mak. Bila anak cucunya ramai, mak lupa segala sakit pening. Mak sibuk nak ke dapur macam orang sihat. Bila mak senang hati, duit ringgit mak langsung tak kisah. Maka ramailah cucu cicit yang ambil kesempatan. Jenuh nasihat, mak cakap, “bersedekah, dapat pahala…”
Sebenarnya mak memang ‘kaya’. Segala hasil harta sepencarian mak dan allahyarham ayah muda-muda dulu semua mak dapat hasilnya walaupun dah bahagi-bahagikan kepada nama anak-anak.
Saham Felda, FELCRA, RISDA, tanah sawit dan tanah getah semua mak dapat. Congak-congak, paling cikai mahu cecah RM 4 atau 5 ribu sebulan. Mak pulak tak perlu bayar apa-apa installment atau bills.
Masa aku kecil-kecil dulu mak memang susah. Dialah isteri, ibu dan peneman ayah. Ke hutan, ke kebun, buka bendang atau teroka tanah semua mak buat. Balik rumah mak bukan boleh rehat, mak kena masak dan uruskan anak-anak. Pagi-pagi mak kena bangun sediakan semua keperluan kami sebelum ke mana sahaja bersama ayah.
Selalu bila balik sekolah, mak dan ayah belum sampai rumah. Aku selalu makan nasi sejuk dengan ikan salai. Tumbuk lada dengan belimbing rebus, makan dengan ulam petai atau jering semai, sedap…
Mak dan ayah balik petang, terkejar-kejar sampai lewat malam. Malam, aku selalu tengok mak anyam tikar mengkuang atau rebus jagung, petai atau apa saja keperluan kampung untuk dijual, dijeruk dan sebagainya. Ayah pulak sibuk tolong mak sambil-sambil mengasah parang, pisau getah, menjalin lukah, tangguk atau bubu. Eletrik dan air paip jauh sekali.
Ayah ajar kami mengaji. Silap baca, kena libas. Aku pulak jenis tak makan saman, jadi faham-fahamlah. Ayah nak libas aku lari. Ayah tak larat kejar, hehehe…
Aku selalu tolong mak jual ulam kerdas, jagung rebus, jeruk maman, bayam, jeruk mempelam dan sebagainya. Awek langsung tak mandang aku. Hampeh!
Ayah ajar kami mengaji. Silap baca, kena libas. Aku pulak jenis tak makan saman, jadi faham-fahamlah. Ayah nak libas aku lari. Ayah tak larat kejar, hehehe…
Aku selalu tolong mak jual ulam kerdas, jagung rebus, jeruk maman, bayam, jeruk mempelam dan sebagainya. Awek langsung tak mandang aku. Hampeh!
Sekarang, bila kami pergi kerja mak tinggal sorang-sorang. Walaupun tak berapa larat, mak tetap berdegil nak masak. Mak masak sambil-sambil menyusur berpapah pada meja makan atau cabinet dapur. Tak boleh nak larang takut mak terasa hati. Bimbang sangat-sangat mak lupa tutup gas dan sebagainya.
Mak tahu aku ada ‘jangkitan kuman’ disebabkan pemindahan darah di hospital tempohari tetapi mak tak tahu aku ada HIV. Mak risau sebab aku sentiasa berulang alik ke hospital. Mak selalu nak masak sebab mak tengok aku ‘tak berselera makan’. Aku sebenarnya bukan tak berselera tetapi terpaksa kawal makan. Kalau tak, diabetis aku tak terkawal.
Jadi mak masak macam-macam masakan kegemaran aku masa kecil-kecil dulu. Masak tempoyak ikan patinlah, sambal pedas tumis tempoyak dengan petai atau bilislah, acar ladalah, lemak rebung campur sardinlah, sambal ikan sungai campur kelapalah, macam-macamlah… Kadang-kadang mak bagi duit minta belikan macam-macam lauk!
Bila gitu, aku ‘terpaksa’ makan banyak sebab tak mahu menyinggung hati mak. Kalau aku tak tambah, mak tanya: “Tak sedapke mak masak?” Aduis… “Sedap mak, sedaaap…” aku pun tambah lagi. Tahu-tahu habis 3 pinggan. Tahu-tahu gulaku tinggi. Tak apalah, menyenangkan hati ibu dapat pahala.
Selalu bila mak suruh tambah nasi aku yang sejemput, aku jawab: “Memang nak sangat tambah mak tapi doctor tak kasi sebab tak mau gula tinggi.”
Seperti biasa mak tak puas hati: “Mak ni lagilah ada macam-macam penyakit. Tak apa makan banyak sikit. Kalau nak ikut sangat doctor cakap, mak ni semua tak boleh makan. Habis mak nak makan apa?“ Macamana aku nak jawab ni doctor?
”Tak boleh, nanti kuman ni merebak.” Barulah mak senyap kejap tapi dalam cenggitu mak tetap sua-suakan pinggan nasi tambah dan lauk. Bagi mak, makan banyak barulah sihat. Besarnya kasih sayang mak walaupun aku dah tua.
Bila aku sakit-sakit badan, mak bersungguh-sungguh nak urutkan badan aku. Mestilah sedap tangan mak kita yang sentuh kita kan… Tapi aku selalu mengelak. Tengok mak jalanpun terkedek-kedek, aku tak sampai hati nak manja-manja. Inikan pula nak urut aku. Kasihan mak. Mak bukan larat sangat pun.
Sebelum tidur seboleh-bolehnya aku elakkan makan atau minum. Tetapi kalau mak ada, siaplah aku. Mesti mak terkedek-kedek datang hantar segelas susu dengan kek pisang. Penat aku mengelak, teringat pesanan Dr. Iskandar tapi takkan aku nak hampakan hati mak? Tau-tau aku belasah kek pisang tu sampai satu tupperware. Haa… amik kau!
Maklumlah makan sambil mata mandang tv. Akibatnya bila mak pergi rumah adik beradik yang lain, aku terpaksa ambil masa untuk dapatkan kembali rentak diet aku.
Satu yang paling best bila aku cakap, "Mak, i love you!" Mak pandai jawab, "I love you..." Cute je bunyiknya.
Dalam begitu, makin tua aku tengok mak makin sensitive. Pernah suatu hari mak sakit perut tetapi terpaksa tinggal sorang-sorang kat rumah sebab kami terpaksa bekerja. “Tak apa ke mak tinggal sorang? kalau tak saya ambik cuti?” “Pergilah…” mak jawab.
Kejap-kejap aku call rumah, bertanyakan keadaan mak. Akhirnya aku panic bila dengar mak menangis. Mak kata perut mak sakit teruk. Berkejar aku balik. Bawak kereta kalah Michael Schumacher. Bila sampai rumah, mak tak katapun sakit perut tapi mak sibuk minta picit kepala dengan badan. Hilang cerita sakit perut mak. Hehehe…
Paling kelakar bila mak tengok tv. Telinga mak tak berapa dengar, jadi volumenya semaksima mungkin. Bergema satu rumah, bergegar tahi telinga. Duduk dalam bilikpun boleh dengar dengan jelas. Mak suka tengok astro oasis. Berulang-ulang kali tengok final Imam Muda, mak tetap tak jemu.
Kesudahannya aku cukup hafal satu dialog: “Pemenang Imam Muda kall ini ialah Imam Haaaa….saan!” Hahaha… aku tak faham kenapa ustaz tu cakap cenggitu sebab bila dia dah cakap “Haaa….” Tu automaticly orang tahulah pemenangnya bernama Hasan. Kecualilah dua-dua nama bermula dengan “Ha” seperti sorang nama Hasan, sorang lagi nama Harun. Wallahu a’lam!
Eh, apa aku melalut ni, aku pun tak faham.
Satu perkara yang buat aku serba salah bila bawak mak jalan-jalan. Sambil-sambil pimpin tangan mak, aku segan terpaksa bercakap dengan mak seolah-olah memekik. “APA, MAK NAK BELI APA?!” Orang keliling selalu jeling-jeling sebab mereka ingat aku tengking mak aku. Orang tak tahu masalah pendengaran mak.
Kadang-kadang mak marah aku depan orang. “MAK TAK DENGAR, KENAPA CAKAP PERLAHAN SANGAT?” Sabar je lah. Hehehe…
Aku sayang mak aku. Kau orang sayang tak?
p/s- Hargailah mereka selagi berkesempatan. Betapa beruntungnya jika masih berpeluang berbakti terhadap ibu dan bapa.