Tuesday, July 05, 2011

BETUL KE DOKTOR SEKARANG KURANG KUALITI? (LUAHAN HATI SEORANG DOKTOR)

Assalamualaikum kepada semua sahabat bloggers di serata dunia..huhu..
Pertama sekali mintak maaf kalau entry ni menyinggung doktor2 diluar sana...Entry ini tidak bermaksud untuk menindas golongna Doktor..Saya juga InsyAllah doktor dimasa akan datang..Dr (ENG)...hehehe..ok..Sabor ye para2 Doktor kat rumah atau di hospital yang tengah merawat pesakit.hehe

Persoalan ini timbul berikutan pada bulan lepas, ada kes yang berlaku di Kangar kalau tak salah, seorang bayi meninggal ketika baru dilhairkan dan ibunya mengalami sakit ape ntah..Ok..difahamkan, Doktor yang PIC untuk operation tu adalah Doktor pelatih (houseman)..doktor pelatih tak mahir ke yang sampai jadi cmtu??

Walaupun dia sebagai pelatih, kalau betul2 dia mahir, tentunya lebih hebat dari Doktor yang dah lama..Dalam kes ini jugak, kita boleh persoalkan dimana Doktor senior? Tapi, ramai juga org cakap, dalam sampai ajal dia nak buat macam mana kan?? Tapi apa pun kita cakap, sebagai ibu dan bapa kepada bayi tu, mesti terasa jugak..takde ke Doktor kat Malaysia ni????

Kalau ikutkan statik JPA, 1 tahun beribu student yang di luar negara belajar Doktor..pastu tak nak balik Malaysia alasannya gaji murah..Kalau nak jadi doktor fikir tentang gaji, tapi tak pikir nak tolong orang, lebih baik tak payah jadi doktor..sia-sia je JPA tolong bagi biasiswa, tapi tak nak berkhidmat dengan kerajaan..Hmmmm..

Banyak cerita dari hospital2 yang saya dapat tentang doktor pelatih(houseman) ni...Ada yang cakap, mereka ni sombong dengan staff dekat hospital..tau la doktor pun, tak perlu la sombong sangat..pastu, ada satu cerita dari hospital jugak, ada seorang doktor senior suruh houseman buat apa ntah, pastu doktor tu tak tahu buat sedangkan benda tu adalah basic..Basic la bagi para2 Doktor..tapi kalau macam org biasa memang la tak tau ape2..

Perbezaan doktor dapat kita lihat dari segi doktor swasta dan doktor kerajaan..kalau doktor swasta tu, senyum je memanjang..kalau doktor kerajaan ni, senyum jugak..tapi kadang2 je...tapi bukan semua la..kenapa boleh jadi cmtu?tak cukup gaji ke??

Harapan saya sebagai rakyat Malaysia, pulanglah untuk berkhidmat di negara kita..Doktor ditugaskan untuk merawat pesakit, bukan untuk mengumpul duit..minta maaf kalau terkasar...Saya tahu ramai sangat bercita2 nak jadi Doktor..saya pun dulu bercita-cita nak jadi doktor..tapi hanya kamu orang2 terpilih je yang dapat jadi Doktor..So, tunjukkan kepakaran anda sebagai seorang Doktor yang menghormati orang lain..bantuan anda sangat2 diperlukan..Doktor merupakan golongan yang paling penting untuk mengubati orang yang sakit..tanpa anda, mungkin orang yang patah kaki tu, patah buat selama-lamanya...

Entry ni ditulis berikutan banyak aduan dan cerita dari kawan-kawan saya sekitar malaysia dan luar malaysia mengenai seorang doktor baru...

I LOVE DOCTOR

p/s: kepada rakan2 ku doktor di zagazing, india, indon, malaysia, mesir entry ni bukan untuk anda..kerana nila setitik, habis susu sebelanga..



Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat semua pengunjung setia blog ini yang tidak pernah jemu bertandang ke blog ini.

InsyaAllah, hari ini saya ingin berkongsikan luahan hati seorang bakal Doktor yang mana diambil daripada comment entry saya yang agak panas iaitu Betul Ke Doktor Sekarang Kurang Kualiti . Betul ke tidak? Kalau nak tahu, sila klik di tajuk berkenaan..Banyak hujah2 dan pendapat dari pelbagai pihak..Mungkin ada kebenarannya, mungkin juga tidak..Walaubagaimanapun, saya percaya kalau betul perkara ini berlaku, bukan melibatkan semua Doktor..Tetapi hanyalah sebahagian kecil..Betul kan?

Sehubungan degan itu, saya mendapat comment yang agak panjang dan boleh dijadikan entry..So, ini lah keluhan hati dan juga perasaan seorang yang bergelar Doktor..KAmi sedia mendegar apa saja pendapat anda..Kami juga manusia seperti anda..jom baca...

**************

saya sebagai seorang doktor yang hampir tamat zaman sebagai seorang dr pelatih....minta maaf banyak2 dulu saya memang bercita2 besar ingin jadi seorang doktor dan membantu masyarakat.... tapi kadang-kala saya sedih masyarakat banyak menyalahkan dr ini dan itu.....

REALITINYA cubalah anda banyangkan saya harus bekerja sehingga 36 jam jika saya oncall TANPA REHAT...... tapi KKM sentiasa menafikanya..... dan kdg kala terpaksa oncall 3 hari seminggu bayangkanlah wahai bloggers.... masa bila kami ingin TERSENYUM kalau mental dan fizikal keseluruhan kepenatan.....

Ditambah jika kami tidak oncall harus datang kerja dari jam 7 pagi hingga 6 ptg.... ada sesetengah jabatan mengharuskan kami datang pada waktu malam untuk adakan ROUNDS...bayangkanlah...... kami tidak ada hari untuk kami bercuti....

JIKA kami ingin bercuti harus meminta dan ditolak dalam cuti tahunan, cuti sakit juga ditolak dari cuti tahunan...... dari hari isnin hingga ahad NO HOLIDAYS....tidak kah ini satu kezaliman ????tapi demi masyarakat kami relakan...kami diamkan mulut pekakkan telinga....

UNTUK pengetahuan bloggers ONCALL yang kerajaan kira untuk kami sebagai doktor hanyalah RM100 hingga RM180 per12JAM dibandingkan RM60 hingga RM100 per sejam pihak swasta.... adakah ini berbaloi dengan apa yang kami kerjakan??? tapi kami diamkan dan pekakkan telinga DEMI masyarakat ...

Kami sebagai dr pelatih bukan suka-suka kehulu kehilir memakai lab cot menunjukkan kami DR tapi ini adalah peraturan hospital.... jika kami tidak memakainya dikawasan hospital kelak ditegur oleh PENGARAH hospital....

jadi kepada bloggers..... demi masyarakat selalu kami pedamkan perasaan kami.... ini tidak dikira kami dimaki dihamun oleh dr yang lebih senior.... depan2 pesakit... jadi janganlah ingat kami harus berkerja sempurna jika perkara2 diatas masih ditakuk lama....sebab kamipun manusia seperti anda, ada masa penat,sedih ,kecewa, depres tapi kami pedamkan demi masyarakat...

Kepada bloggers inilah realiti seorang manusia seperti saya yang bergelar DOKTOR


AHP: Agaknya inilah yang dikatakan beza antara jiwa besar & jiwa kecil. Apa-apa karier pun ada cabarannya. Teringat kata-kata Dr.Iskandar: “PROVE YOURSELVES WORTHY”

Melalui pengalaman peribadi semasa terlantar di hospital. Ada doctor yang bagus, ada doctor yang tak berapa bagus. Muka sentiasa masam mencuka. Bercakap pun nak tak nak, macam merungut-rungut. Depan M.O. atau Specialist memang lembut gigi daripada lidah. Bila tahu kita ada karier tertentu dan yang datang  melawat ‘somebody’, barulah layanan serta merta bertukar bagus. Terus jadi ‘kawan’.

Bukan nak bersungut, reality untuk pengajaran. Buat kerja dengan ikhlas, insya-Allah walaupun cuma sebagai doctor biasa, gaji berkat, hati senang dan keluarga bahagia!