Sunday, July 24, 2011

HIV- MISI TUA BERMULUT CABUL



Waa… dahsyat tajuk entry kali ni kan? Orang media faham kenapa aku pilih tajuk sensasi sikit ni.

Kali ini aku nak kongsi pengalaman benar seorang lagi pembawa HIV yang perlu hadir untuk menjalani rawatan di hospital. Aku ingatkan perkara-perkara mengarut begini boleh dikatakan pupus dan stigma tersebut lebih kepada inferiority dalaman pembawa HIV itu sendiri, rupa-rupanya TIDAK!

Mari baca:

Semalam iaitu pada 20hb Julai, aku gi lagi ke Hospital Seremban untuk buat blood check selepas hampir setahun tak buat. Sepatutnya blood check tu kena buat setiap 3 bulan. Giler ah.

So macam biasa, aku sampai hospital agak awal, sebab aku tak suka lambat, nanti orang ramai. So lepas serah borang semua, aku pun tunggu la sampai giliran aku.

Bila sampai je giliran aku, aku pun duduk kat kerusi untuk diambil darah. Kali ni pompuan yang ambik darah aku. Seorang makcik. Nasib aku agak malang sebab apa yang pernah berlaku dulu, kini berlaku lagi. Makcik tu mula menghamburkan soalan yang bagi aku sangat sensitif.

Soalannya :
- Mana ko dapat benda ni? Ko cucuk jarum ke? Ke dari awek?

Lepas tu, dia bagi cakap lagi, “Rugi je ko ni. Muka hensem, muda lagi, body sihat, tapi dah kena benda ni”. Ok, tu merupakan satu penghinaan yang sangat2 teruk yer! Adakah orang yg dah dapat HIV akan berakhir hidupnya? Tak kan. Tapi cara makcik tu cakap, macam aku dah takde harapan lagi. Patutkah seorang pengamal perubatan menjatuhkan moraliti pesakit?!

Ok, tu je. Bye!!


Blog sahabat kita ini sebenarnya antara blog terawal yang banyak meninggalkan impak positif ketika aku baru-baru didiagnos sebagai HIV+.  Sudah beberapa kali beliau share pengalaman-pengalaman begini dalam entries beliau sebelum ini.

Memang betul, pengalaman tersebut merupakan dakwaan sebelah pihak tetapi  tidak ada perlunya beliau berbohong dalam isu tersebut.

Kepada rakan-rakan yang berdepan pengalaman tersebut, aku sarankan, catat nama, dan buat laporan terus kepada Pengarah Hospital. Biar si mulut cabul begini dapat kaunseling sikit supaya sikapnya boleh diperbaiki dan untuk mengelakkan rosaknya imej KKM.

Walau bagaimanapun jangan sesekali mengalah dan tak mahu mendapatkan rawatan disebabkan sikap dungu begini. Nanti kita yang jadi 2 kali ganda lebih dungu. Anggaplah semua ini ujian Allah untuk menguatkan mental kita.

p/s- Kadang-kadang terfikir, kenapalah Dr. Iskandar bersusah payah mengambil sendiri darahku. Sebagai Doktor Pakar Perubatan Keluarga yang menjadi ketua di KK tersebut, beliau hanya perlu memberikan arahan kepada staffnya. Antara hasilnya ialah aku tidak pernah berdepan dengan sikap negative yang dirasai oleh sahabat kita ini. Sikap terpuji beliau sangat-sangat membanggakan dan  meningkatkan nilai positif dalam diriku.