Sebagai perkongsian untuk semua pembawa HIV positif, ahli keluarga mereka dan renungan bersama. against stigma, judgmental, negative thinking, discrimination and malpractice!
Thursday, June 09, 2011
RISIKO HIV- SIASAT PASANGAN JIKA MENIMBULKAN SYAK
KUALA LUMPUR: “Siasat suami jika ragu-ragu,” kata peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Zain, kepada golongan isteri jika meragui kegiatan suami di luar.
Menurutnya, ia perlu bagi memastikan suami tidak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral seperti melakukan jenayah atau maksiat. “Sebenarnya ini yang tidak diketahui kebanyakan wanita. Mungkin kerana hormat serta percayakan suami, ramai terus percaya bulat-bulat sesuatu pengakuan dibuat suami.
“Siasatan ini dibuat atas banyak sebab. Satu daripadanya bagi menjaga kepentingan isteri kerana jika ada perkara tidak betul dilakukan suami, akhirnya ia akan memberi kesan kepada isteri serta anak juga,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, seseorang isteri boleh menyiasat suaminya dengan merujuk kepada jabatan agama bagi menyiasat sama ada mereka berkahwin di luar pengetahuan atau tidak.
Katanya, isteri harus menyimpan sekurang-kurangnya 30 peratus perasaan was-was dan berhati-hati terhadap suami. (AHP: Ini pendapat peribadi Datuk kita ni, bukan ketentuan hukum syarak)
“Ia bukan untuk tujuan tidak baik, sebaliknya supaya pasangan suami isteri saling mengingati antara satu sama lain bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.
“Tidak salah menyimpan sedikit perasaan cemburu untuk suami atau isteri. Bukan tidak percaya, tapi sifat berkenaan perlu dalam sesebuah hubungan,” katanya.
Merujuk kes Sara, Mohd Zaidi mengakui penipuan itu tidak mustahil berlaku kerana pelbagai cara dilakukan seseorang untuk mengelak dikesan melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Malah, Mohd Zaidi turut mengakui pernah menerima 10 kes perceraian pada tahun lalu membabitkan pasangan yang sudah tidak tertarik lagi kepada pasangan masing-masing, sebaliknya terpikat kepada pasangan sejenis.
“Meskipun jumlah ini kecil, ia membuktikan gejala perceraian akibat ketagihan nafsu seks sejenis ada berlaku.
“Oleh itu, pemantauan terhadap kes begini, terutama membabitkan hubungan sejenis, perlu dilakukan untuk mengelakkan ia menjadi kritikal,” katanya.
Menurutnya, apabila seseorang lelaki itu melakukan seks luar tabii dengan kaum sejenis dan kemudian bersama dengan isterinya, kedua-duanya terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis dan HIV/AIDS.
Malah, jika ada suami melakukan seks luar tabii bersama isterinya, si isteri berhak membuat tuntutan mutaah dan harta sepencarian dengan syarat jika suami mengaku melakukan kesalahan itu berserta saksi.
“Berdasarkan peruntukan undang-undang di negara ini, setiap kes persetubuhan luar tabii mahupun liwat akan disiasat mengikut kesalahan jenayah syariah negeri.
“Jika terbukti salah, isteri berhak memohon cerai kerana ia memang jelas salah dan menyeksa isteri,” katanya
Sumber: sini