Sebagai perkongsian untuk semua pembawa HIV positif, ahli keluarga mereka dan renungan bersama. against stigma, judgmental, negative thinking, discrimination and malpractice!
Friday, June 03, 2011
SERAMAI 91,362 RAKYAT NEGARA INI DIJANGKITI HIV SEJAK 1989
KOTA BHARU 22 Mei - Seramai 91,362 rakyat Malaysia telah dijangkiti HIV sejak virus tersebut kali pertama dilaporkan di negara ini pada 1986 dan bagi tempoh sama seramai 16,352 orang disahkan menghidap AIDS.
Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Profesor Dr. Adeeba Kamarulzaman berkata, dalam tempoh yang sama, sebanyak 12,943 kematian telah direkodkan disebabkan oleh epidemik itu.
Jelas beliau, kaum lelaki mencatatkan jumlah terbanyak yang dikesan menghidap HIV/AIDS iaitu sebanyak 97,085 orang dan daripada jumlah itu, seramai 11,239 telah meninggal dunia.
"Statistik turut menunjukkan seramai 10,629 wanita telah dijangkiti bermula 1988 dan daripadanya seramai 1,704 orang telah terkorban.
"Ini adalah statistik yang dikeluarkan Majlis AIDS Malaysia (MAC) melalui sumber yang diterima daripada Unit Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya ketika ditemui pada Bengkel Latihan Fasilitator Manual Islam dan HIV/AIDS Kelantan di sini, hari ini. – Utusan
AHP: Aku sebenarnya kadang-kadang keliru untuk publish entry sebegini. Bimbang ada pula pembawa HIV yang sentap bila baca cerita tentang kematian akibat HIV/AIDS ni. Laa… semua orang pun mati! Kematian berpunca daripada pelbagai sebab dan sebab lain lagi ramai. Terpulang bagaimana cara kita mengingati kematian. Jika dengan mengingati kematian kita akan lebih menghargai kehidupan, meningkatkan amal ibadah, menjaga kesihatan dan berakhlak mulia, eloklah ingat mati kan?