Monday, June 06, 2011

HIV- AWAS JANGKITAN KELAMIN MELALUI AKTIVITI HOMOSEXUAL

Soalan 1

Saya lelaki berumur 30 tahun. Walaupun mempunyai teman wanita, saya ada nafsu dan keinginan terhadap kaum sejenis.

Kini, saya turut menjalin hubungan dengan lelaki. Kami selalu mengadakan seks setiap hujung minggu.

Adakah masalah ini mempunyai kaitan dengan kesihatan psikologi dan memberi kesan terhadap kesihatan? Saya juga ingin kembali ke pangkal jalan dan mohon doktor memberi sedikit bantuan.

n JEJAKA DELIMA, Pulau Pinang.


Saudara Jejaka Delima

Terima kasih atas soalan anda.. Saya mengambil masa yang agak lama untuk menjawab soalan saudara kerana merasakan perkara sebegini boleh menimbulkan banyak kontroversi jika tidak ditangani dengan baik. Apa yang saya perkatakan nanti adalah pendapat peribadi saya. Terus terang saya katakan, pengalaman saya yang sedikit ini masih tidak berjaya dalam mengubah seseorang yang homoseksual (minat kepada kaum lelaki sahaja) sepenuhnya kepada heteroseksual (minat kepada kaum wanita sahaja). Ada juga istilah biseksual yang bermaksud berminat atau mampu melakukan hubungan seks kepada kedua-dua kaum lelaki dan wanita.

Berdasarkan soalan, saudara boleh jadi seorang homoseksual atau mungkin biseksual (sebab saudara mengatakan saudara mempunyai teman wanita). Perlukah saudara berubah untuk menjadi seorang heteroseksual? Jawapannya adalah 'Ya' kerana semua agama melarang hubungan seks sesama jenis.

Adakah mudah untuk bertukar menjadi heteroseksual? Jawapannya 'Tidak' kerana perasaan ini mungkin telah terbentuk sejak kecil lagi atau mungkin setelah menghadapi perubahan persekitaran yang menyebabkan saudara terdorong berminat kepada sesama jenis. Ada juga kajian yang mengaitkan genetik atau faktor keturunan dengan homoseksual.

Risiko

Pengalaman saya semasa latihan program kesihatan lelaki di Melbourne, Australia beberapa tahun yang lepas yang turut melibatkan beberapa sesi di klinik golongan homoseksual ini (yang mana pesakit, doktor dan petugas adalah dari golongan yang sama) mendapati mereka mempunyai risiko yang tinggi terhadap penyakit jangkitan kelamin termasuklah HIV/AIDS.

Penyakit kelamin yang paling kerap dijumpai adalah disebabkan bakteria chlamydia trachomatis dan juga ketuat (viral wart). -AHP: Tolong search image, aku tak sanggup nak paparkan di sini.

Mereka juga mempunyai risiko tinggi berkaitan dengan penyakit mental terutamanya kemurungan yang kebanyakannya disebabkan kegagalan dalam perhubungan.

Ia diparahkan lagi dengan masalah penerimaan keluarga dan masyarakat. Walaupun begitu ramai juga di kalangan mereka yang hidup bahagia berpuluh tahun lamanya bersama pasangan masing-masing sebagaimana pasangan heteroseksual yang lain.

Saya tidak menggelarkan mereka sebagai 'pesakit' tetapi perasaan tersebut masih perlu dirawat. Bagaimanakah rawatan yang perlu dilakukan? Saya pasti pakar psikiatri adalah lebih arif dengan kaedah perawatan ini termasuklah menggunakan kaedah yang dipanggil CBT (cognitive behaviour therapy). Saudara boleh membuat temujanji dan berjumpa pakar psikiatri yang boleh membantu saudara.

Apa yang saya sering nasihatkan kepada golongan tersebut ialah kembalilah kepada agama masing-masing. Banyakkan sembahyang dan berdoa. Anggaplah ini adalah cabaran hidup yang cukup hebat yang diberikan oleh Tuhan untuk kita berjaya di kemudian hari. Bagi mereka yang merasakan boleh berkahwin, teruskan niat tersebut di samping banyak berdoa.

Memang ada risiko kemungkinan akan menganiaya isteri, tetapi saudara perlu berdoa semoga diberi kekuatan untuk menjadi seorang suami yang sempurna. Ada yang datang berjumpa saya selepas berkahwin dan mengatakan bahawa setiap kali melakukan hubungan seks dengan isteri, bayangan kaum lelaki adalah dalam fikiran mereka. Mereka merasakan bukan sahaja menipu diri sendiri tetapi juga menipu isteri.

Nasihat saya, teruskan perkahwinan tersebut di samping banyakkan sembahyang dan berdoa dengan Tuhan. Jika dikurniakan zuriat, ini akan lebih merapatkan hubungan suami isteri.

Jauhkan dari mendekati atau mengenali lelaki yang boleh mendorong saudara terjebak semula ke dalam aktiviti aktiviti homoseksual. Bagi saudara, mungkin elok jika dibuat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui status saudara termasuklah jangkitan penyakit kelamin, HIV, penyakit hepatitis dan sebagainya.

Lakukan banyak aktiviti-aktiviti lain termasuklah bersukan yang boleh menghalang saudara mengingati dan terlibat dalam aktiviti homoseksual.

Sumber: sini