Ditulis pada 31 Mei 2011
Entry ini ditulis ketika fikiranku kusut dan kacau bilau. Kebetulan pula dalam sehari dua ni aku terlalu sibuk dan berita yang aku terima melalui emel lewat petang tadi benar-benar menyentuh perasaan dan menyakitkan hatiku. Apakan daya, hanya bersabar sahajalah yang mampu aku lakukan. Hanya Allah sebaik-baik tempatku mengadu.
Entry ini ditulis ketika fikiranku kusut dan kacau bilau. Kebetulan pula dalam sehari dua ni aku terlalu sibuk dan berita yang aku terima melalui emel lewat petang tadi benar-benar menyentuh perasaan dan menyakitkan hatiku. Apakan daya, hanya bersabar sahajalah yang mampu aku lakukan. Hanya Allah sebaik-baik tempatku mengadu.
Sepanjang minggu yang lalu aku berhubung dengan seorang rakan pembawa HIV melalui emel. Aku kira umurnya sebaya atau senior sedikit daripadaku.
Aku difahamkan beliau mahu memulakan hidup baru dengan cuba berdikari. Baru sahaja diterima bekerja dengan satu pihak swasta yang terkenal di negara ini. Berdasarkan gambar profile emel beliau, aku yakin beliau cukup sihat dan layak untuk melaksanakan tugas tersebut. Beliau kelihatan sangat segak dan berketrampilan.
Sebelum diterima sepenuhnya, sudah tentu beliau perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dengan doctor panel company tersebut. Inilah sebenarnya punca kerisauan beliau. Untuk memudahkan pembaca memahaminya, aku copy dan paste kembali sebahagian daripada emel kami untuk renungan bersama. Maaf terdapat sedikit editing untuk menjaga privacy dan maruah beliau.
Emel pertama beliau:
Saudara Positive4eva,
Saya mempunyai masaalah yang dirasakan berlaku pada semua penghidap penyakit ini. Adakah hak kita boleh untuk tidak memberitahu kepada majikan kita tentang penyakit kita ini? Kerana kalau mengikut kata doktor kita tak perlu memberitahu tentang penyakit kita kepada orang lain kecuali kepada isteri kita sahaja... adakah hak ini juga boleh digunakan semasa kita memohon pekerjaan?
Soalan saya yang kedua, apakah hak kita apabila kita dibuang kerja kerana pihak majikan mendapat tahu penyakit kita melalui laporan doktor panel? Adakah majikan boleh membuang seseorang yang menghidap penyakit ini???
Setahu saya pihak kerajaan menggalakkan institusi2 pekerjaan menerima orang2 yang menghidap penyakit ini sebagai galakan untuk meneruskan kehidupan yang normal kerana kita sedia maklum kebanyakan orang yang mendapat penyakit ini adalah kerana keterlanjuran mempunyai perangai yang tak elok pada masa silam. Apakah tidak ada ruang untuk orang2 seperti kita ini kembali ke pangkal jalan...???
Sekian Terima Kaseh,
Balasan emel daripada aku:
Segala maklumat pesakit adalah private & confidential.
Majikan hanya berhak mendapatkannya dengan kerelaan pesakit setelah mendapat kebenaran bertulis daripada pesakit itu sendiri.
Berbincang dengan doktor/ kaunselor jika saudara menghadapi masalah ini.
Hubungi dan dapatkan nasihat professional daripada PT Foundation dan Majlis Aids Malaysia. Minta nasihat mereka untuk berhubung dengan Majlis Peguam yang bersedia membela kita jika perlu.
Jangan sesekali terpengaruh dengan kehendak majikan.
Semua ini stigma, diskriminasi dan jugmental tolol yg tak perlu dilayan.
Beberapa emel kami yang lain abaikan sahaja dan inilah emel terakhir daripada beliau petang tadi:
Assalamualaikum sahabat,
Saudara apa yang ditakuti dan dirisaukan sudah terjadi! Mungkin ini semua sudah takdir Allah ke atas hamba2-Nya. Mungkin ada hikmah-Nya di sebalik setiap ketentuan oleh-Nya. Mungkin apa yang kita tak suka itu sebenarnya adalah baik untuk kita dan apa yang kita suka itu sebenarnya tidak baik untuk kita...
Itulah apa yang terjadi kepada saya sekarang. saya sudahpun diberhentikan kerja oleh pihak majikan saya sebaik sahaja keputusan Laporan Perubatan diketahui. Tiada apa lagi yang boleh dibuat saudaraku melainkan kena terima dengan redha akan keputusan ini.
Saja saya menulis emel ini kepada saudara untuk meringankan sedikit sebak di dada ini dan meluahkan perasaan yang terbuku. Tak apalah saudara disini saya mengucapkan berbanyak2 terima kaseh diatas nasihat dan pandangan saudara terhadap masalah saya.
Akhir sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kaseh kepada saudaraku,
Yang Benar.
XXX
Aku betul-betul sedih dengan berita ini dan pedih tamparannya terasa ke mukaku sendiri. Peristiwa sebegini bukanlah kali pertama aku 'saksikan.'
Aku ingin bertanya kepada semua pembaca, adilkah diskriminasi ini terhadap kami. Pernah atau tidak masyarakat terfikir bahawa di sebalik setiap pembawa HIV yang dinafikan hak dan anda hukum itu turut menderita adalah isteri/suami, anak-anak dan keluarga mereka?
Mereka mampu menjalani kehidupan seperti biasa. Mereka mampu berdikari. Rawatan terbaik sentiasa diberikan dan mereka sama sahaja seperti pesakit-pesakit kronik lain yang boleh dirawat.
Kenapa sekejam itu hukuman terhadap mereka yang telah insaf dan mahu berdikari. Adakah bekerja bersama pembawa HIV boleh membuat pekerja lain mati? Rugi dan tercalar benarkah reputasi company mengambil pekerja yang mempunyai HIV?
Adakah pembawa HIV tidak perlu makan, tidak perlukan perbelanjaan persekolahan anak-anak, bayaran rumah atau kenderaan? Siapa yang sedang anda hukum? Pembawa HIV yang insaf atau keluarganya yang tidak berdosa?
Kerana tidak percayakan sistem yang ada sekaranglah aku merahsiakan statusku sebagai pembawa HIV daripada keluarga dan majikanku. Kerana tidak percaya kepada keadilan dunialah aku tidak mahu mengambil tindakan saman terhadap pihak yang aku yakin menyebabkan aku dijangkiti HIV semasa pemindahan darah. Kerana tahu buruknya wajah sebenar keadilan yang didodoikan itulah aku akur tuntutan insuran rawatanku di hospital dibakul sampahkan.
Mentality masyarakat yang lebih chronic daripada masalah HIV itu sendiri. Rhetoric pula memang mudah, memang murah dan muntah! Kononnya segalanya private dan confidential. Kononnya pembawa HIV perlu diberi sokongan, janjinya pembawa HIV perlu diberi peluang tetapi apabila di belakang berapa ramai yang kata “padan muka” daripada yang membela.
Muka siapa yang anda padankan? Muka anak-anak pembawa HIV! Bila HIV sahaja, yang mereka bayangkan cuma pengamal seks bebas, gay ataupun penagih dadah. Muak!
Muka siapa yang anda padankan? Muka anak-anak pembawa HIV! Bila HIV sahaja, yang mereka bayangkan cuma pengamal seks bebas, gay ataupun penagih dadah. Muak!
Kepada rakan-rakan pembawa HIV, usahlah terlalu yakin dengan keadilan dunia. Kita hanya sekadar pembawa HIV yang dianggap beban dan tidak berguna. Apa sangatlah nilainya suara kita.
Selagi boleh survive, ayuh kita survive. Jangan menyerah kalah. Jika anda bekerja dan punya peluang berdikari, rancanglah untuk berdikari atau bekerja sendiri. Jangan percaya sangat nasib kita akan dibela. Banyak lagi kisah-kisah sedih seperti ini dan hanya NGOs tertentu sahaja yang betul-betul membantu dan bersimpati.
Kita ni dahlah ‘sakit’, jangan biarkan manusia-manusia jijik materialistic itu menyakitkan kita. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Kita tunggu sahaja pembalasan-Nya terhadap insan-insan yang mereka zalimi.
AHP: sebaik-baik penolong dan pemelihara hanyalah Allah. Sebaik-baik hakim hanyalah DIA!