Thursday, June 09, 2011

BERBAIK SANGKA KEPADA ALLAH TIDAK SIA-SIA


Dipetik daripada : Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni (2007), Lā Tahzan (Jangan Bersedih). Kuala Lumpur : Jasmin Enterprise, h. 403-404.

Allah Taala berfirman menerusi sebuah hadis qudsi: “Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu maka berprasangkalah ia kepadaKu sesukanya”.

Seorang penulis berkata:  “Berharap adalah alat untuk membina kesabaran dan ia akan membantu untuk bersabar. Alasan untuk berharap dan alat untuk membinanya adalah berbaik sangka kepada Allah kerana berbaik sangka kepada Allah adalah jaminan supaya tidak gagal.”

Orang-orang yang mulia cenderung mengangkat orang yang bersikap baik kepada mereka, mengesampingkan orang yang kurang ajar kepada mereka dan malu tidak meluluskan harapan orang yang berharap kepada mereka. Lantas bagaimana dengan Zat Yang Maha Pemurah yang tentunya tidak akan suka memberi kepada orang-orang yang mencita-citakan Zat tersebut lebih dari yang mereka impikan tentang-Nya.

Contoh kecintaan Allah kerana sikap hamba-Nya yang selalu menaruh harap kepada-Nya dan menunggu bantuan dari naungan dan tempat kembalinya, ialah bahawa jalan keluar dari kesusahan itu hanya akan datang selepas hamba itu menemui jalan buntu selepas tidak tahu lagi mesti ke mana ia mengarahkan cita-cita dan keinginannya selepas pintu harapannya tertutup selepas kehabisan akal dan selepas tidak tahu lagi bagaimana mengakhiri tekanan dan ujian terhadap dirinya.

Untuk apa semua itu? Supaya menjadi pendorong bagi dirinya untuk mengarahkan harapannya kepada Allah dan supaya menjadi amaran supaya terus meningkatkan persangkaan baiknya kepada-Nya.

“Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat mengabulkan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.”    Surah al-A’raf: 194