Friday, June 24, 2011

IMAM MUDA DAN JENAZAH PEMBAWA HIV


Pada episod minggu ini, kesemua Imam Muda (IM) memulakan Medan Imam Muda dengan tazkirah tentang kematian diiringi bacaan Yaasin sebagai permulaan yang menyentuh perasaan.

Tugasan minggu lepas, kesemua IM diberi tugasan menguruskan jenazah yang tidak dituntut dan berisiko tinggi (HIV). Jenazah ini terdiri dari jenazah pembawa HIV yang tidak dituntut oleh waris dan sudah melebihi jangkamasa 3 bulan di Hospital.

Sebelum memulakan tugasan, kesemua IM di bawa ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur untuk diberi keterangan dan maklumat tentang etika dan cara menguruskan jenazah daripada urusan pemandian, kafan, sembahyang dan pengkebumian.

Mereka diiringi dan dipantau oleh Ustaz Abdul Malik dari JAWI dan Tn Hj Abu Bakar Lajis dari Jabatan Forensik HKL dan dipimpin oleh 4 mursyid Imam Muda Musim ke-2.

Seringkali diingatkan kepada semua IM  bahawa mereka perlu sentiasa  menghormati jenazah dengan melakukan setiap prosedur tanpa banyak soal dan bercakap.

Kesemua IM juga dibawa ke tanah perkuburan Karak, Kuala Lumpur untuk melihat tempat di mana jenazah hendak dikebumikan seperti episod dalam Imam Muda musim pertama. Dalam keadaan tersebut, kesemua IM nampak begitu fokus dengan memberi sepenuh perhatian kepada tugasan kerana ia adalah satu tugas yang berat.

Pihak JAWI memberi penerangan dan menunjukkan demonstrasi pemakaian khas bagi melaksanakan tugas fardhu kifayah ini iaitu apron, penutup kepala, mask (penutup hidung), dan sarung tangan.

Setelah selesai, diingatkan kepada semua IM  bahawa HIV atau AIDS sebenarnya tak akan berjangkit setelah seseorang itu mati dan jangan sesekali memandang serong terhadap jenazah yang sedemikian rupa serta perlu senantiasa menghormati jenazah semasa melakukan prosedur-prosedur wajib.


Setelah selesai, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Karak, Kuala Lumpur untuk disemadikan. Kesemua IM berkesempatan menguruskan pengebumian jenazah dan dalam semua prosedur.


Artikel penuh:

http://caricarimoncacos.blogspot.com/2011/06/imam-muda-17-jun-2011.html