Tuesday, June 21, 2011

JIKA DIJANGKITI HIV AKIBAT TRANSFUSION DARAH. APA TINDAKAN ANDA?


Aku kongsikan satu perbincangan dalam sebuah forum tentang isu tersebut. Mungkin ada beberapa maklumat yang boleh dijadikan panduan.  


Ibu Sy Ada HIV-Aids Setelah Transfusion Darah Dari (Hospital)

Fadhilat


- Sun 22/May/11, 10:14am [Last Comment]

salam semua...
di sini sy ingin meluahkan dan tanya pendapat warga mc sekalian...pikiran sy lagi bingung tentang keadaan ibu sy yg ada penyakit hiv-aids positif.

mengikut kisah silam ibu sy ni dia tiada kisah silam yg buruk yg buat jangkitan aids.berpisah dah lama denga bapa sy sejak sy bayi lagi.dan kini umur saya dah 3o tahu.
pernah sekali ibu sy masuk wad hkl untuk rawatan kekurangan darah...waktu 7 bulan yg lepas.besar kemungkinan ibu sy dijangkiti aids melalui transfusion darah.sebelum tanda jadi (sign)untuk tambah darah itu oleh ibu sy,doktor ada memberitahu ibu sy kemungkinan darah nak masukan tu berisiko.persoalanya kenapa mereka suka hati masukan darah ke tubuh badan orang yg ada virus hiv-aids?kenapa mesti ada virus penyakit pembunuh yg tiada penawar...?

menurut kata doktor setelah disahkan ibu sy ada hiv-aids minggu lepas dri 7 bulan tersebut.dia kata,x mungkin bolehberjangkit dri transfusion darah.sbb darah disaring.

then doktor hkl suruh rujuk ke hospital sg buluh yg khas untuk penyakit berjangkit ini.doktor sg buluh pula mengatakan memeng darah yg ditransfusi 1-3% ada risiko virus hiv-aids dlm darah tersebut.so councelor h.sg buluh mengatakn kalau nk rujuk,saman pihak hkl buat la dia kata.tapi xde kene mengena dgn h,sg buluh.kami cuma merawat je.

jadi di sini sy ingin dapat tahu bagaimana sy nak mulakan siasatan ini...harap warga mc beri pendapat dan cadangan pd sy yg lgi kebingungan dan kesedihan pada ibu sy.kini ibu sy kurus tinggal tulang,nak jalan kene papah.cuba bayangkan masalah ini jadi pada ibu anda...tolong lah sy tunjukan cara penyelesaian.

Niche: Diskusi Tuntutan Dan Tribunal | Business Guide

1.    Effarizza - 22 May 2011, 10:22am 
bersabar ye.. saman je hospital tu lau benar ksilapan dr pihak mereka..
2.    Raja Hajariah Bt Raja Yahya - 22 May 2011, 10:28am 
Astarfirrullahalazim ,satu kecuaian atau telah di takdirkan,auzubillah-saman kot.
3.    Muhamad Azli Bin Mansor - 22 May 2011, 10:48am 
emmmm.....memang kena saman..saman jer..ajar ckit dia orang nie
4.    Bennameer - 22 May 2011, 10:57am 
laporkan ke pihak akhbar..buat publisiti sampai dapat perhatian dan permeriksaan dari pihak yg berkenaann. Supaya tiada lagi mangsa atas kelalaian mereka. Ini semua kes aniaya kalau terbukti benar. Saman mereka bukan sahaja utk pampasan tapi pengajaran.. Buat masa yg sama ..jagalah ibu anda.. dia amat memerlukan sokongan dari anak2nya.
5.    Ummi Zarina - 22 May 2011, 11:12am 
pada pendapat sy, jangkitan 7 bln tak kan ubah fizikal pesakit. kalau fizikal pesakit mula berubah bermakna jangkitan sudah berlaku lebih dari 5 tahun. dalam hal ini, tak perlu bersikap negative. jangkitan boleh berlaku dgn banyak cara. window period (tempoh pengeraman) virus hiv adalah 6 bulan, lepas tempoh tu baru antibodi utk virus dapat dikesan tapi belum mengubah fizikal atau tahap kesihatan pesakit. sblm nak buat tuduhan yang berat ni baik awak minta pendapat peguam sbb takut awak pula yg disaman balas. darah yang masuk ke dalam tabung darah telah di saring menggunakan kaedah ELISA. amat sukar berlaku kesilapan. pengalaman saya dalam bidang perubatan belum jumpa pesakit yang tenat lps 7 bulan terjangkit. lebih baik awak minta nasihat peguam. untuk kukuhkan dakwaan awak, awak kena cari doktor yang kata darah tu berisiko. minta dia jelaskan. saya amat simpati dgn musibah yang mnimpa keluarga anda. buatla yg terbaik tapi mengikut lunas undang2.
6.    Kelissa - 22 May 2011, 3:46pm 
Saya cadangkan minta pandangan pakar perundangan, kerana mereka lebih arif.. Doktor yg menyatakan darah itu berisiko juga perlu dipanggil untuk penjelasan. Bersabar ya.. Sentiasa doa untuk ibu anda.
7.    Fadhilat - 23 May 2011, 12:42am 
ummi zarina-
terima kasih pendapat dan pandangan.
doktor hkl yg kata darah berisiko dah tentu ibu sy x ingat yg mana satu..

then nape doktor hospital sg buluh kata 1-3% boleh terjadi jangkitan?

kenapa doktor sg buluh x explain yg aids jadi teruk klu tempoh 5 tahun?sedangkan dia tahu transfusion darah berlaku kurang dari 10 bulan di hkl?

maksud sy..dr. sg buluh kaunseling sy secara personal explain,seperti berikut.
dr. :encik dh tahu penyakit ibu awk kan?
sy :ye sy tau doktor..
dr. :sy dpt tahu jangkitan melalui transfusion darah dri hkl...
dr. ;so apa2 tindakan yg encik nk buat sy x ambil tahu.
sy :ye sy phm doktor sbb bukn dri hospital sg buluh ni.ianya terjadi di hkl

di hospital sg buluh sy talk 2 doktor pakar yg seolah mcm tiada menyangkal kalau tempoh 7 bulan lepas trans darah boleh berjangkit aids positif.

mungkin sy rasa proses jadi hiv-aids lebih cepat positif melalui transfusi darah dri berjangkit melalui hubungan sex yg makan masa bertahun.

ada sesiapa yg lebih arif dalam ni..tolong jelaskan sy???
diharap semua yg arif tu lebih hati terbuka tiada memihak/menafikan kalau benar2 sahih kes ini boleh berlaku.

bagi sy walau secanggih mana pun sesuatu machine,pengendalian,saringan mcm ELISA tu,kalau tangan manusia yg cuai dan lalai mengendalikanya x mustahil jadi satu kes.

nobody perfect
8.    Zafana Food Ventures - 23 May 2011, 11:13am 
Salam,
1. Biasanya akan ada tempoh 3 bulan selepas jangkitan sebelum jangkitan itu appear as positif; Faktor 5 tahun itu tidak benar; memang transfusi darah 7 bulan lepas boleh menyebabkan HIV positif.
2. Lantik peguam untuk buat saman pemula, mungkin perlu buat laporan polis dulu, tapi dapatkan pandangan peguam dulu.
3. Laporan rasmi ke HKL dan KKM juga perlu, dapatkan nasihat peguam
4. Biasanya kerajaan akan selesaikan di luar mahkamah, ada jumlah wang yang akan dibayar, cari peguam yang agree untuk dibayar bila selesai kes (biasa diorang akan ambil sekitar 40%)
5. Jangan risau pasal rekod darah, sebab jenis darah yang dimasukkan dalam ibu anda akan direkod dlm rekod perubatan ibu anda
6. Memang ada kebarangkalian darah yang diberi kepada pesakit akan jadi HIV positif, disebabkan oleh tempoh waktu 3 bulan yang saya jelaskan no 1 tadi (sewaktu hospital screen darah yang diderma, mungkin virus itu tidak muncul lagi, tapi dia muncul 3 bulan kemudian, dan darah biasanya boleh disimpan sebulan jer)
7. Berdoa, bertawakkal dan bersabarlah tuan, wallahualam
9.    Fadhilat - 23 May 2011, 11:47am 
zafana food ventures--teima kasih

pada yang lebih arif dialukan lagi beri pandangan dan nasihatuntuk sy lebih semangat menengahkan isu ini.

sy rasa pendapat zana food ventures sama pemikiran dengan sy.
10. Ummi Zarina - 23 May 2011, 1:03pm 
apa yg saya maksudkan keadaan fizikal pesakit bukan positive atau negative. yg di sebut 3-6 bulan tu window period bg virus hiv. kalau 3 bulan u cuma buleh detect antigen bukan atibodi yang mcm kit hivscreening. ada ujian khas untuk itu. mcm pendapat saya yg awal dulu, minta nasihat peguam dulu. lagi baik cari doktor tersebut. sememangnya mcm zafana cakap, mesin pun tak leh detect antibodi utk penderma dalam window period. kebarangkalian untuk mendapat jangkitan tu tetap ader. cuma keadaan fizikal pesakit yang membezakan tempoh jangkitan. darah yg dimasukkan mesti direkod dan rekod di simpan 5-7 tahun. depa buleh cari semula penderma tu untuk confirmation. saya rasa cara doktor di hospital sg bulh juga tidak bertanggungjawab sebagaimana piagam pelanggan depa. sepatutnya depa bg u cara bagaimana u nak buat bukan lepas tgn mcm tu jer. better u lantik lawyer utk bercakap bg pihak u utk elakkan birokrasi. benda ni bukan main2. seksa ibu u biar ader pembelaan yg sewajarnya. saya tau bukan duit yg u nak tapi bila ader duit, rawatan pun sempurna. i pernah terima kes jangkitan ketika sambut org bersalin n tolong org excident. tarik nafas panjang2, istigfar...insyaallah allah akan tunjukkan jalan. buat ms ni jg ibu awak baik2. sabar la yer..berat mata memandang berat lg bahu memikul. lupa sy nak cakap, dalam rekod perubatan ibu awk di hkl akan ader doktor mn yg bercakap ngan ibu awak. dia mesti cop nama dia setiap kali lawatan dia. awak boleh sepina rekod tu.
11. Wanzam - 24 May 2011, 11:39am 
sya po ada kes serupa dgn en fadhilat,dimana anak buah saya sms kecil selalu masuk hptal krn paru2 ada masalah.pastu pnahmasuk darah n skrang ada hiv..dktor kata darah 2 dah disaring..tetapi mgkin perkakasan operation x di pantau..skrg anak buah sy dah usi 8tahun..di dikesan hiv pd usi 3tahun..ibu bapa dan keluarga sy suma dah wat test hiv tp semua clean..bingung
12. Fadhilat - 25 May 2011, 12:23am 
salam

ummi zarina--terima kasih pandangan anda.ini semua untuk lebih sy memahami.ye memang betul...dr.hostl sg buluh seolah yakin mmng jangkitan transfusi darah boleh berjangkit aids.so dia mcm x explain ataupun menegah kalau pertanyaan sy tu salah.


wanzam-sy berminat nakkenal anda.mcm mana keadaan anak buah awk tu?apa tindakan ibu bapanya?
13. Shana 5 - 25 May 2011, 7:48am 
fadhilat saya tumpang simpati dengan ibu awak tu, tapi saya tak da pengalaman tentang bab2 ni..apapun sabar la menghadapi dugaan dari allah.jagalah ibu awak sebaik mugkin..dia memerlukan sokongan dari anak2.
14. Ahmad Nawawi - 25 May 2011, 8:41am 
salam, dugaan yang menimpa ada hikmahnya bersabar dan bertawakkal dengan Allah SWT. Ada org yang dugaan nya lebih teruk lagi. saya syorkan cuba perubatan alternatif disini cuba tel klinik ni, insyaAllah dah ada yang sembuh, 05-434 6875/0124531578.
15. Wanzam - 25 May 2011, 10:19am 
fadhilat: kes anak buah saya skarang dia cme pergi ambil ubat je dan mantain..hptal tanggung kos ubat tersebut.katanya kalau nak fight kes 2 dan didapati hptal x bersalah,kos ubat akan ditanggung oleh pesakit sndiri: ubat untk hiv adalah mahal..so kami semua cme akur je ngan pihak hptal supaya berdiam diri..sbb kos lwyer,dan turun naik mkmah untuk fight goverment agencies adalah sukar dan mngkin akan bpihak pd pihak hptal..
16. Afg7525 - 25 May 2011, 11:20am 
saya cadang lapor kat suhakam jugak..
17. Tuan Shazul Ida - 25 May 2011, 4:32pm 
sy rase simpati kdn ini..

banyak faktor sbnarnye, hanya org yang btl2 arif memahami..
18. Fadhilat - 25 May 2011, 11:23pm 
salam..
--wanzam,
kenapa awak ckp cam 2?cara awk mcm mematahkan semangat sy untuk buktikan yg benar.kenapa mengalah kalau melibatkan kes penyakit YG TIADA UBAT DI DUNIANI?adakah ibu bapa budak tu takut dgn kerajaan...?kenapa takut kalau benar?

ya allah...tunjukanlah hamba mu ini jalan yg sebenarnya...

di sini sy bukan nk kes saman menyaman..bukan nk wang ringit yg dipampas boleh ganti keperitan ibu sy skrng...
19. Tuan Shazul Ida - 26 May 2011, 10:02am 
mungkin family tu ade sebab tersendiri...
bukan kerana patah semangat, takut dgn krjn...
fikir positif.
20. Kaseh Khadija - 26 May 2011, 6:09pm 
kawan baik sy baru berusia 22 tahun juga disahkan kene virus hiv lepas jalani satu pmbedahan di hspital..atas kcuaian org lain dia jadi mangsa..bingung juga,apatah lg dia yatim piatu..sedih lihat keadaannya smakin hari smakin lemah..tapi semangatnya cukup kuat wlaupun dia hidup sndirian.
21. Sharina 7 - 26 May 2011, 11:02pm 
sy b'simpati bce crite2 di atas..pd pndapt sy ni bkn pasl nk fight atau x..tp kte ptt bk mate phak berkenaan spy hal cmni xt'jd lg di kemudian hr.. sape yg mnjadi mgsa kne tmpil ke hadapn n buat aduan spy prkara ni di ambil serius oleh pihak b'wajib n lpas ni hal ni x t'jd kpd org len plak.
22. Shana 5 - 27 May 2011, 10:59am 
sharina 7: saya sokong pendapat anda...buat aduan rakyat kat tv3 biar satu malaysia tahu..cari kebenaran,isyaallah akan ada penyelesaian
23. Muhamadramadzan - 28 May 2011, 12:28am 
salam Fadhilat...
saya juga bersimpati...dari apa yg saya baca dan teliti,bkn ibu awk saja mangsanya..tp ramai lg yg kena......saya sokong cara awak yang nak ambik tindakkan tu...jangan takut dgn kerajaan...klu susah2 sgt report je kat pembangkang...byk kes juga yang pembangkang cuba selesaikan...awk juga kena byk buat persedian untuk kes ni supaya kes awk terbela....mmg susah skit la klu kita nak menentang kerajaan ni...dorg blh buat ape saje....ape2 pun saya harap kes ni berpihak kepada awk....
24. Fairuz 33 - 29 May 2011, 10:57pm 
Kepada En. Fadilat hakikatnya anda masih ada peluang untk mgubati ibu anda, jika anda mengatakan penyakit ini tidak mempunyai ubat anda sbenarnya silap, merujuk pd hadis Rasulullah yg mnyatakan setiap penyakit yang diturunkan ada penawarnya kecuali mati... Buat masa ini bawalah ibu anda berubat, perubatan homeopati antara yg terbaik untk merawat penyakit ini yg jelas sudah terbukti... Setiap kejadian pasti ada hikmahnye.
25. Hakimi - 30 May 2011, 3:01am 
fadhilat,sy sympthy with ur mother...n memahami what in ur mind,but ur are not profeesional...like a child,kata nk solve ur mother problm,tapi dok meghentam kerajaan,mengapi2kan org lain,yg wat salah hkl tp menghentam krajaan...so,cuba la bw tawakal,doa kat Allah,suci kan hati tu...if hati x bersih cam mana Dia nk bantu...n jgn bertindak melulu n menuding jari x tentu pasal....that only my advice....>>
26. Fadhilat - 31 May 2011, 1:58am 
salam semua...

terima kasih atas pandangan semua pihak..

hakimi---kat cni sy bukan nk menghentam kerajaan..sy x berparti mana2 pihak.cuma mungkin awk x jadi mcm sy.cuba ibu awk yg ada penyakit ini,apa perasaan awk kalau ibu awk x boleh nk urus diri sendiri kerana penyakit bahay ini?

di sini sy dalam kebingungan dan meminta pendpat dri org ramai apa yg sy nak mulakan..sy ni tiada bapa,dan tiada adik beradik yg boleh membantu menyelesaikan masalah ini.sbb sy yakin jangkitan aids dri hospital.

hari demi hari kemurungan yg sy rasai..
walau pun ada sedikit gembira tetapi tidak boleh mengubati pikiran dan hati sy tika ini untuk melihat penderitaan ibu sy skrng ni.

sy cuma mau hak asasi dan kebenaran.
negara kita demokrasi..bukan jajahan.
27. Elisa Yin - 31 May 2011, 9:36am 
eem..saya setuju dengan hakimi..tu bukan salah kerajaan..tapi salah doktor dan pihak yang bertanggung jawab..jika hospital swasta pun,ia tetap sama..cuma bezanya..hospital kerajaan ni ramai sangat org yg mengunakannya berbanding swasta...maka kita akan lihat jelas,byk kes yang mengerikan seperti kes kamu dan lain-lain.di swsta pun ada terjadi kes ni tetapi sikit coz mereka rawat pun sedikit..berbanding hospital kerajaan yang pesakitnya terlalu ramai...mereka mungkin ada kesilapan,tetapi mereka juga banyak berjasa...walaubagaimanapun...merekaperlu bertangungjwb..jika kamu mahu menyaman,saya sarankan terima nasihat dari pakar dan mereka yg ada pengalaman terlebih dahulu...dan sediakan wang yang banyak/minta tajaan mana-mana pihak yg perihatin...nak senag,wak try mintak pembangkang suh mereka menyokong..tu kalu benar-benar nak fight..peratusan untuk menang lebih tinggi...jika kamu hanya nak saman guna peguam cikai-cikai..rasenya,baik lupakan..semua org tau hakikat dan kenyataan,yang susah nak fight kerajaan....bukti u perlu kukuh.perlu undang-undang dan akta..saman-menyaman perlu ada itam putih..fikir-fikirkan...itu hanya pandangan saya..

yang penting,kamu jagalah ibu kamu sebaik yg mungkin,kerna kamu amat diperlukan skrg...dia yg melahirkan dan menjaga..jadi x salah kalu kamu jaga dia pulak...bersabar lah atas dugaan tuhan yg esa..xkisahla hiv/aids..dia masih suci dan ibu..tiada apa yg kotor dan menjijikkan,malainkan sikap manusia itu sendiri..kotor dan busuk didunia,wanyi di syurga.insyaallh...
28. Anamia - 31 May 2011, 11:04am 
semua yang terjadi adalah ujian pada manusia. Tapi Allah tidak minta kita mengalah selagi ada DAYA, kita perlu ATASI samada teruskan perawatan dan perubatan untuk ibu. Satu kes yang berlaku di Raub Pahang , dimana seorang bapa memenangi kes kecuaian hospital sehingga mengakibatkan isteri dan anaknya terjangkit HIV. Beliau menag RM 1 juta. Beliau berkata bukan wang yang beliau mahu, kerana kesihatan yang ada telah hilang nikmatnya ..tapi beliau berharap ia menjadi pengajaran kepada pengurusan , staf hospital khasnya dan kerajaan.

Dalam hal ini puan boleh mencari peguam yang boleh membantu kerana selepas file di buka dan ada asas untuk pendakwaan, maka ibu puan nanti akan di hantar pada doktor pakar swasta bagi tujuan medical report yang lebih terperinci. Cuba jumpa lawyer yang macam NGO tu dan dapatkan pandangan . Bawa lah beberapa dokumen yang sesuai untuk tujuan rujukan. Perjuangan ini tidak untuk hari ini tapi ia untuk hari esok serta anak cucu kita. Jangan patah semangat. Teruskan perjuangan ...
29. Shahril 9 - 31 May 2011, 5:00pm 
boleh call saya
0173864461
saya kerja law firm
ada menyediakan khidmat nasihat percuma untuk siasat kes ni lebih lanjut
30. Fadhilat - 01 Jun 2011, 2:10am 
salam semua...

terima kasih banyak2 atas pendapat semua..

apakah kalau sy ajukan ke pembangkang,ada masalah bgi sy untukberurusan apa2 yg mengaitkan dengan kerajaan?


gementar juga rasa kalau betul semua ni akan jadi topik yg hangat hingga meliputi pihak media.

bagaiman pendapat kalau sesiapa yg mengalami masalah yg sama atas jangkitan dri kecuaian pihak hospital,tampil sekali dengan sy untuk mengajukan ke mana2 pihak seperti PKR,NGO dan sbgnya.

bgi sy tuntutan wang x bermakna dibandingkan penderitaan ibu sy sekarang ni..tetapi rasa kemarahan memang berkobar dlm hati ni dengan kecuain dri hospital..
31. Muhamadramadzan - 01 Jun 2011, 9:19am 
Fadhilat> soal pembangkang tu adalah 1 cara untuk anda bertindak. mngkin dgn cara itu mereka akan bawak isu ini ke parlimen. Ini bukan kes biasa2 yang terjadi. saya tengok bukan 1 2 kes sahaja yang jadi. saya juga jarang dengar kes ni di media. saya pun tak cakap kita nak cari salah sape2 dan bukan soal duit semata-mata, tapi kita nak benda jadi lebih berhati2 di masa akan datang. mungkin orang lain tak rasa apa yang awak rasa. bagi saya kes mcm ni amat serius kerana melibatkan nyawa. mungkin dgn mengambil tindakkan mereka akn lebih teliti dan berhati-hati. mungkin juga mereka boleh menyediakan alat2 yang lebih canggih lagi untuk membuat saringan atau mengelakkan benda mcm ni terjadi lagi.
32. Niniz - 01 Jun 2011, 3:42pm 
Fadhilat > Saya sokong jika hal ini dibawa ke Aduan Rakyat TV3. Atau, emelkan ke news@tv3.com.my minta mereka siarkan aduan. Then 1 lg cara, postkan masalah anda ke laman Facebook @ Twitter Y.A.B Perdana Menteri kita. Sebabnya PM akan mendengar masalah2 rakyat sbb kerajaan yg terapkan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".. So, disinilah hak kita utk melihat sejauh mana pemimpin kita prihatin thdp permasalahan rakyat.
Kita cuba ikhtiarkan dulu hal ni. Then, awak boleh cuba buat rawatan perubatan Islam. Cuba minta penawar @ paling tidakpun minta agar ibu anda diberikan sedikit tenaga supaya apabila badan sihat & segar, dia berupaya bangun/setidaknya solat duduk agar tidak mudah patah semangat dan melawan penyakitnya. Ada byk kes HIV yg ajaib dimana mereka boleh hidup lebih lama dari tempoh yg diuar-uarkan oleh doktor. Ini semua kuasa Allah. Jgn patah semangat yea.

Ini nombor telefon Pusat Darussyifa' Bangi (tmpat Ustaz Harun Din), 012-3292792 - Us. Hisham
019-3634124 - Us. Jufry
Boleh cuba call dan try berubat disana yea. Semoga semuanya baik2 belaka hndaknya. Amiinn...
33. Hasan 10 - 01 Jun 2011, 7:52pm 
salam, actualy wife saya adalah seorang dr di hkl....ada apa-apa yang saya leh bantu hasan_bnm@yahoo.com
34. Fadhilat - 03 Jun 2011, 1:18am 
wasalam semua...
niniz--terima kasih cadangan tu..insyallah sy akan pergi.

muhammadramdzan---terima kasih banyak2 cadangan tu..sy aka teliti dan cuba.

hasan 10--patut ke awk boleh bantu sy dri wife awk?mungkin tolong info kan sy dah berapa kali kes ni terjadi di hkl..terima kasih atas kesudian anda.
35. Norman 9 - 03 Jun 2011, 1:25am 
sy nk tompang tanya gak ye...

kes en fadhilat ni sama dengan kes kwn dri kwn sy punya mak dia.

bagaimana kalau mak dia i/c merah(penduduktetap)indonesia.adakah kerajaan /pm mendengar aduan mak i/c merah?.

sama ke keadilan yg diadilkan pada mak kwn sy tu?

apakah dia harus melaporkan ke kedutaan indonesia kat kl ni?

tolong semua warga mjlh yg bijak pandai beri pandangan


terima kasih ye





AHP: Ambillah beberapa tips jika bermanafaat. Terpulanglah kepada pandangan masing-masing menilainya. Aku? Aku dah jelaskan pendirianku banyak kali dalam soal ni.