Wednesday, June 08, 2011

HIV- LARANGAN BERPUTUS ASA ATAS RAHMAT ALLAH TA’ALA


Terus terang cakaplah. Aku sebenarnya frustrated betul kalau ada di kalangan rakan pembawa HIV yang belum apa-apa dah berputus asa. Asyik termenung, enggan mendapatkan rawatan, melayan perasaan sendiri, minta dilayan dan dibelai daripada A-Z.

Macamlah masalah dia sendiri je yang paling besar. Bagi mereka, orang lain tak ada masalah langsung agaknya.

Sedangkan ada HIV ni bukanlah teruk sangatpun. Bersepah penyakit dan ujian lain yang lebih berat. Tak kasihan ke pada anak isteri/suami? Jangan jadi bacul, tewas sebelum berjuang.

Sorry to say, dulu bukan main macho dan hero...! Bila diuji sikit, belum apa-apa dah nampak warna sebenar diri yang serba lemah.

Entahlah, aku tak mau mati dengan cara selemah itu. Hidup di sana kekal abadi. Derita neraka lagi azab. Ingat bila mati selesai masalah ke?

Kalau masih nak menangis meratap, terpulanglah. Aku dah tak tahu nak kata apa. Ramai lagi yang tabah dan nak memilih untuk berjuang.

Sebelum tu kalau anda seorang Islam mari rujuk Qur’an bahawa berputus asa daripada rahmat Allah Ta’ala termasuk DOSA BESAR.

Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Ibrahim berkata :’Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabbnya, kecuali orang-orang yang sesat.’”(Q.S. Al Hijr: 56)

Dan firman-Nya lagi yang bermaksud:
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”(Q.S. Yusuf : 87)

Confirmed berputus asa daripada rahmat Allah dan merasa jauh daripada rahmat-Nya adalah berdosa besar. Jangan ingat dosa besar tu cuma seperti yang biasa umum fahami.

Kewajiban seorang manusia adalah selalu berbaik sangka  terhadap Rabb-nya. Jika kita meminta kepada Allah, maka kita perlu selalu sentiasa berprasangka baik bahawa Allah akan mengabulkan permintaan kita.

Jika kita beribadah sesuai dengan syariat, kita perlu sentiasa optimis bahawa amalan kita akan diterima dan jika kita ditimpa suatu kesusahan kita tetap berprasangka baik bahawa Allah akan menghilangkan kesusahan tersebut.

Tu lah, konon marah sangat dengan stigma, judgmental dan diskriminasi masyarakat tapi sikap negative sendiri tak mahu ubah!

Maaflah kalau kata-kataku kali ini agak keras dan kasar. Aku tak mahu stress kerana sikap negative orang lain. Stress boleh buat aku sakit. Tak laratlah asyik nak usap dan belai sepanjang masa…


Antara rujukan: 100 Pelajaran dari Kitab Aqidah al Wasithiyah, Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin