Thursday, June 09, 2011

HIV- BERHENTI MENCEMUH MEREKA


Bagi peserta program realiti Astro Oasis, Imam Muda musim kedua, Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, pesakit HIV perlu diberikan peluang untuk disayangi.
“Mereka sering mendapat cemuhan berbanding hak perikemanusiaan yang dipandang enteng oleh masyarakat sekeliling kita.
“Melalui dakwah secara uslub misalnya, pendekatan secara berhikmah untuk menyentuh hati mereka dirasakan satu tindakan yang tepat dalam meningkatkan kembali harga diri mereka,” tuturnya yang yakin dengan hikmah tersendiri dalam setiap kejadian yang direncanakan oleh Yang Maha Kuasa.
Menjelaskan peranannya dalam masa yang sama untuk cuba mengubah haluan hidup golongan penuh risiko berdepan wabak HIV, bagi anak jati Segamat, Johor itu langkah terbaik adalah menanamkan rasa empati jika diri sendiri berada di tempat mereka.
Persimpangan jawapan kepada persoalan berkesan atau tidak, jawab Nazrul penggemblengan usaha semua pihak adalah jaminan solusi setiap konflik.
“Semua orang perlu bersatu padu untuk mengekang penyebaran virus ini dan usah lagi stigmakan pesakit HIV dengan ideologi yang telah terbina selama ini,” serunya yang juga menggalakkan majikan di seluruh negara agar tidak membanding bezakan pekerja yang menghidap HIV dan individu sihat.
Apa yang pasti, perjuangan untuk menyalakan kesedaran mengenai HIV/AIDS bukanlah satu perjuangan untuk diri mereka yang hidup dengan penyakit itu semata-mata.
Hakikatnya, ia adalah satu mujahadat dalam memastikan mungkin satu hari anak, adik, abang, kakak, pak cik, jiran, rakan atau lebih tepat orang kita sayang juga hidup dengan penyakit yang sama.

Sumber: sini



AHP: Bilalah agaknya lebih ramai golongan agama ni menyiapkan diri dengan maklumat tentang HIV dan turun padang membantu saudara seagama? Kalau tak, tak payah aku highlight kan Nicholas Snow