Friday, June 10, 2011

APA PEMBAWA HIV RASA SETIAP KALI MEREKA MENDAPATKAN RAWATAN?



Aku yakin ramai juga di kalangan kakitangan KKM yang membaca blog ini. Jadi eloklah aku kongsikan perasaan pembawa HIV setiap kali berurusan di hospital atau klinik. Moga ada pengajaran kepada semua.

Apa-apapun, perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Lain orang, lain pengalaman dan perasaannya. Secara umum aku yakin lebih kurang sama saja.

Kalau nak ikutkan pandangan peribadi, aku memang tak mahu ke hospital. Klik sini untuk memahami kenapa aku berperasaan begitu. Memandang hospital saja pun dah cukup buat aku terasa semput nak bernafas.

Walau bagaimanapun berfikiran positif banyak membantuku. Jauh lebih ramai doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang bagus-bagus berbanding segelintir yang bermasalah. Lagipun hidup ni kena realistic, always expect an unexpected! Ingat qadha’ & qadar tuhan. Kalau tak, boleh sasau dibuatnya.

Setiap kali hadir memenuhi temujanji di Hospital atau Klinik Kesihatan (KK) sebenarnya aku datang dengan penuh rasa rendah diri. Selain risaukan macam-macam kemungkinan seperti result bacaan terkini CD4, Viral Load, jangkitan dan sebagainya, pembawa HIV hadir ke klinik dengan seribu satu kemungkinan tanggapan negative yang menjadi punca jangkitan.

Penyakit lain normally tidak ada stigma begitu.

Parking saja kereta di kawasan parkir, debaran mula tak terkira. Nak melangkahpun lemah lutut. Awal-awal dulu aku sering tidak dapat tidur walau seminitpun jika keesokan harinya ada appointment. Sepanjang perjalanan (memandu) fikiranku menerawang tak tentu hala. Untuk meredakannya, aku rancang dan catat apa-apa soalan yang perlu ditanya pada doktor.

Bukan setakat rendah diri, malu dan rasa sangat hina sedangkan dalam kes aku, sehingga sekarang aku ‘tidak tahu’ punca sebenar jangkitan.

Aku rasa dinilai sebagai seorang tua yang tak sedar diri. Akibat sikap tak sedar diriku itu aku mendapat ‘penyakit’ yang paling ‘hina’ dan selayaknya untukku. Kalau cepat mengalah, memanglah aku pun tak mahu mendapatkan rawatan.

Tambahan kalau banyak sangat karenah,  birokrasi dan soal jawab berbaur provokasi semasa ambil darah. Tak mustahil ada yang ‘meletup’, menyentak syringe needle dan cucuk semula ke badan si mulut cabul tu.

Sehina mamapun manusia, maruah orang jangan dibuat main-main. Datang hospital atau klinik untuk rawatan tetapi kalau terima macam-macam andaian, sindiran dan kutukan, buat apa kami pergi? (Aku bukan cakap bohong, ramai pembawa HIV yang terkena!)

Sampai sahaja ke kaunter pendaftaran, aku semakin tidak selesa kerana perlu memaklumkan ada temujanji dengan Doktor Pakar Perubatan Keluarga. Sah-sahlah kalau dah selalu appoinment dan buat ujian darah, kakitangan hospital dan Klinik Kesihatan (KK) khas untuk kes-kes HIV ni tahu masalah sebenar kita. Kalau di hospital berkenaan pula, biasanya ada  hari-hari khas untuk rawatan pembawa HIV.

Nak pandang muka dia orang pun aku tak sanggup. Terasa macam kucing terbiar buruk kepala! Betul…

Sambil-sambil menunggu jumpa doktor tu aku bimbang benar terjumpa orang yang mengenaliku. Maklumlah macam-macam kemungkinan. Aku ni boleh tahan juga glamournya. Antara daerahku dengan KK tempat aku mendapatkan rawatan, risiko terjumpa kenalan memang ada. Kadang-kadang kita tak perasan orang tapi orang perasan kita.

Bagi mereka yang tahu, KK tempat rawatan aku tu KK khas untuk rawatan HIV walaupun turut merawat pesakit-pesakit lain. Kalau terjumpa orang kampung yang faham prosedur tu, katakan pemandu ambulan atau nurse yang berasal dari tempat yang sama, uwaaa… menangislah aku! Hehehe…

Bila perlu buat ujian darah pula, terpaksa bergerak ke makmal dan bagitau nak buat test HIV. Lagilah aku rasa lemah semangat. Ikutkan hati terus nak balik je. Bila dah selesai semua tu kena pergi farmasi untuk ambil ubat. Bubuhlah nama ubat apa pun, katakan ‘lembayung senja’ atau 'herba perwira', dia orang tetap tahu ianya anti-biotic atau HAART untuk pembawa HIV.

Mudah cakap sepanjang masa sepanjang sesi rawatan rasa tertekan. Itu belum cabaran terpaksa masuk wad sebagai pembawa HIV.

Cuba bayangkan, bukan sedikit cabarannya. Sebab tu jangan sesekali buat perkara tak betul dik oii… Kemungkinan stigma, diskriminasi dan judgmental bukannya sikit. Jauhilah zina atau sekurang-kurangnya amalkan seks yang selamat! Nak suntik dadah, jangan kongsi jarum dengan orang lain. Nak buat dosa atau nak terlentuk tergolek, risiko dan dosa kau tanggung sendiri.


My Best Doctor, Dr. Iskandar Firzada bin Osman


Apapun aku tabik, aku akui berdasarkan pengalaman yang aku lalui di KK tersebut, semua kakitangannya sangat-sangat professional dan berjaya meringankan tekanan aku. Kalau aku pandang wajah mereka pun, mereka pandai cover line buat-buat muka tak faham.

Dr. Iskandar dan kakitangan yang berurusan denganku memang best! Bahkan aku bagaikan ada ‘keistimewaan khas’ untuk berjumpa Dr. Iskandar. Sampai sahaja, tak perlu banyak karenah, tunjukkan sahaja Buku Temujanji diabetes aku tu dan tunggu Dr. Iskandar panggil. Tak payah daftar apa-apa, rekod perubatan dah tersedia pada doktor.

Tanyalah apa saja, beliau akan layan dengan sabar. Sampai aku sendiri rasa bersalah bimbang menganggu masa rawatan pesakit lain. Ambil darah pun Dr. Iskandar sendiri yang uruskan. Sediakan tabung, syringe dan sebagainya. Tinggal ambil ubat sahaja kena buat sendiri. Itu pun mana-mana ubat yang tak ada, beliau akan uruskan.

Ada masalah, bila-bila masa aku boleh mesej atau call. Bila dikenang-kenang, menitis air mata aku dengan kebaikan mereka. Allah bantu aku dengan cara menemukan aku dengan doktor dan kakitangan KK sehebat mereka. Mereka cukup terlatih untuk itu. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan mereka.

Jadi, kepada semua rakan pembawa HIV, tekanan memang ada tetapi kita perlulah positif untuk mendapatkan rawatan. Peluang lebih banyak daripada masalah dan kakitangan KKM semakin ramai yang berkemahiran tinggi sama ada dari aspek pengetahuan dan psikologi untuk merawat kita.


AHP: Sesekali aku terfikir juga, kalau dulu doktor-doktor di hospital daerahku ini buat Bone Marrow Biopsy sampai 3 kali tebuk kat punggung untuk kesan kanser dan bila ditanya, dengan mudah doktor Cina kat hospital Ampang tu kata: “itu tidak perlu, resultnya saya tak tahu, pemindahan darah pun saya tak tahu.”  Andaikan aku betul-betul ada kanser (Nauzubillah…) akibat AIDS suatu hari nanti, adakah mereka akan jalankan semula prosedur tersebut?

Setakat ni apa yang boleh aku kata, aku rela mati daripada diperlakukan sesuka hati begitu. Apa-apa pun, hanya Allah yang Maha mengetahui apa akan terjadi kepada kita suatu hari nanti. Yang pasti aku sentiasa berdoa dianugerahkan khusnul khatimah dan dipelihara segala aib serta maruah. 


p/s- Hari ni hari Jumaat. Jangan lupa Solat Jumaat! :)